Friday, May 13, 2016

3 Perkara Tersembunyi Kemsis 3.0 (PART 1)


Mengapakah kita selalu berjauh hati
Selalu sendiri dan terasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi
Berat bagiku
Berat bagiku

Melepaskanmu bukan 
Mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidurku tak lena
Mengenangkanmu.



Assalamualaikum. Hai, tengah throwback ke para fasilitator dan peserta KemsisKelate? Buat yang membaca tapi taktahu wadehel si kartini ni tetiba menyanyi untuk mukadimah ntahpapeje pfft, sila bukak youtube dan cari lagu Terakhir by Suffian Suhaimi.

Okay.

Tu hari, I ada terlibat dengan program Kembara Khidmat Siswa 3.0 jelajah Kelantan. Before this siri pertama jelajah ke Kota Tinggi diikuti siri kedua ke Kuala Terengganu. So, here we go, siri ketiga jelajah siswa ke Kolej Vokasional Pasir Mas.

Jujur la cakap, siri ketiga kali ni memang hardcore. Tema untuk kali ni pengurusan or dalam omputehnya "Management". Dari sini memang I dan rakan rakan belajar sungguh macam mana nak manage dengan begitu fleksibel dan efisyen. Okay guys, straight to the point. There are many hidden story that you might know but some of you will just "wow...?"

Here we go.


1) 9 BARISAN KOMANDO

Dari segi bahasa, komando boleh didefinisikan sebagai askar yang sedia berkhidmat pada bila bila masa sahaja. Dari segi istilah dalam konteks kemsis ini, komando telah dikenalpasti sebagai barisan manusia manusia yang berhati tegeng (kental) dan sedia menerima apa sahaja tugasan walaupun dalam sepasukan yang kecil.

WOI, PANJANGNYA DEFINISI. Persoalannya, sila huraikan apa itu 9 Barisan Komando. (15 Markah)

Baiklah gegais dan gegirls. Jom baca ringkasan komsas untuk topik ini. Cerita ini mengisahkan tentang permasalahan yang terjadi di saat saat akhir sebelum kami semua kena pi gerak ke Kelantan. Sepatutnya, kami seramai 30 para fasilitator kena gerak hari Rabu; jam 9 malam. Tiba tiba sehari sebelumnya iaitu hari Selasa, kami difahamkan bas tiada untuk waktu kami ingin bertolak itu atas masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Dan, bas akan kembali beroperasi pada hari Khamis jam 9 malam. Siapa sangka sungai yang tenang ada badak sumbu berendam dalam tu? Ganas ganas belaka perancangan sebegini.

Oleh yang demikian, pada selasa malam ketua pengarah program telah memberi kata putus untuk hantar 9 orang daripada 30 orang ke Kelantan terlebih dahulu memandangkan pihak sana telah ready untuk segala kelengkapan para peserta dan para fasilitator sepanjang program selama 3 hari 2 malam. Gerak naik apa yang 9 orang ni? Naik bas sendiri ler. Beli tiket siap siap naik bas apetah I tak ingat kat terminal bas Pasir Gudang.

TAPI TAPI APA KAITAN DENGAN 9 BARISAN KOMANDO?

Wei, cuba bayangkan jap. Peserta program ada 100 orang. Para fasilitator yang dihantar untuk hari pertama cuma 9 orang? Berapakah skala 9 orang fasi kepada 100 orang peserta program? Berapa berapa? I malas nak kira, kelas Matematik pun I cabut masa kelas dah habis. Kau ingat tak penat ke 9 orang fasilitator nak handle 100 orang pelajar untuk tempoh lebih 24 jam?

HAHAHAHA, legend.

Tolak perempuan seluar merah dan baju biru tu, merekalah 9 Barisan Komando tersebut. Tak sama dengan Barisan Nasional tau. Eh.




2) KOLAH

Kolah adalah satu tempat tadahan air digunakan untuk para manusia membasuh baju ataupun mengambil wuduk ataupun untuk mandi (optional). Sumber air kolah merupakan air terusan daripada perut bumi yang dipercayai asli dan menyegarkan. Namun itu semua dahulu. Sekarang air kolah adalah bersumberkan daripada paip pair yang ditanam oleh para kontraktor zaman kini. Projek sistem perparitan dan sistem paip dipercayai mampu menjadikan kontraktor itu kaya  untuk satu tempoh yang lama.

So, pebende kaitannya dengan cerita kau ni tini?
Well, dalam banyak banyak siri jelajah Kembara Khidmat Siswa ni kan; this was the first time I mandi guna kolah. Bilik mandi takda. Yang toilet pun air paip takde. Masa dalam perjalanan ke Kelantan pada Khamis malam tu, yang 9 komando ni dah cakap dah dalam group wasep yang kita semua akan mandi beramai ramai guna air kolah. I ingat depa memain. So, I ignore tutup data tido dalam bas bergoyang ke kiri goyang ke kanan.

Sampai sampai je Kolej, check in hostel. I nak mandi. Memang betul la apa diorang kata. Memang mandi kolah. KENA mandi ramai ramai. I repeat. RAMAI RAMAI. I dah rasa macam mandi kat Wet World kat tempat ada pancuran naga ke cendawan, buat bulatan keliling pancuran naga siap sedia untuk menerima terjahan air yang kuat dari atas. Gituh la imaginasi I bila nampak kolah tu dan terbayang kami mandi beramai ramai di keliling kolah tu.

"Kau jirus aku, aku jirus kau balik okay?"


Jujurnya I kata,
Balik je kem, badan I gatal gatal.

Mungkin sebab tak biasa mandi kolah.
Balik je apa lagi sental badan guna sabut besi.

Calar balar.

Gambaran kolah yang kami semua mandi beramai ramai. (sila gunakan akai opkoz la perempuan dan lelaki asing)



3) CHECKPOINT URUSETIA

I bet pergi la mana mana kem pun pasti akan ada aktiviti explorace. Explorace merupakan sebuah modul aktiviti berbentuk fizikal bertujuan untuk menguji fizikal, mental dan kerjasama yang kukuh daripada setiap ahli dalam kumpulan tersebut. Checkpoint biasanya ada around 7-8 checkpoint depends kepada jumlah student yang join. So, in the particular day, ada about 100 orang student. Therefore, there are 8 checkpoints total in that college. Setiap checkpoint dijaga oleh 2 orang fasilitator.

For your information, I bukanlah fasi. I cuma seorang cameragirl atau bahasa umumnya I merupakan salah seorang urusetia. I taktahu la idea siapa pada awalnya tetiba je diorang create satu checkpoint called checkpoint urusetia yang dihandle oleh para urusetia termasuk I sekali terlibat memperdajeikan mereka. Perdajei? Huishh ayat macam la kami semua jahat gila. Checkpoint urusetia ni macam checkpoint bonus la untuk para pelajar yang TAMAKKAN POINT TERKUMPUL sebab semuanya berlumba nak jadi JUARA.  Bagus, mereka ada semangat itu.

So, apa cabaran untuk checkpoint urusetia ni?


Bawang putih seringkali dijumpai dalam makanan bergoreng iaitu nasi goreng. Ada makcik kantin yang tumbuk bawang putih halus halus je, ada makcik kantin gaduh dengan suaminya lalu menumbuk sekali sahaja bawang putih dan maka itulah ramai student tercekik bawang putih sebesar halkum ini.



Untuk cp urusetia, Edie (pencetus idea bawang) bersama sama urusetia yang lain telah berjalan jalan memantau progress explorace yang dihandle oleh para fasilitator. Pastu sukati dia je panggil bebudak untuk laksanakan cp bawang ni dengan mengumpan mereka untuk meraih point terkumpul lebih tinggi dari sedia ada. Wait, kena buat apa dengan bawang ni?

Makan ke?
Buat masker muka ke?
Baling ke anjing ke?

well opkoz la semua sekali salah. Bukan makan, tapi kunyah dalam mulut TANPA MENELAN juga tidak dibenarkan untuk muntahkah kembali dalam tempoh tertentu.

Cara-cara memenangi checkpoint ini.
1) Seorang wakil kumpulan mesti mengupas sebiji bawang dalam masa 10 saat.
2) Wakil kumpulan mengagihkan setiap potongan kepada semua ahli kumpulan sama rata.
3) Semua ahli kumpulan dikehendaki memegang bawang putih tersebut guna gigi.
4) Semua ahli kumpulan harus memotong bawang putih kepada dua bahagian dengan cara menggigit bawang tersebut.
5) Seterusnya, masukkan kesemua bawang putih ke dalam mulut.
6) Biarkan dalam mulut selama 20 saat.
7) Last but not least, kunyah bawang putih tersebut perlahan lahan umpama mengunyah chewing gum. Jangan telan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
8) Buat muka cool + berjoget lagu pudar, rossa; bonus 70 markah (semua student taktau PADAN MUKA HEHE)


Difahamkan, kesemua para pelajar mengalami trauma yang sangat teruk terhadap sebiji bawang putih lepas je mengharungi checkpoint ni.

"Tobat aih aku boikot bawang putih selama tujuh keturunan. Termasuk para urusetia yag buat checkpoint ni"


ELEH. Dua tiga hari lepas habis program, kata rindu nak makan bawang. Pastu kata rindu abang dan kakak fasi dan urusetia. 


Kemain ngko adik adik. ELEH.


-------------------------------------------------PART 1 END----------------------------------------------------

Nantikan Part 2 okay guys. I update lepas I habis final exam. Kasi berdebo sikek. For sure, lagi best dari part 1. Hewhew

Tuesday, March 8, 2016

5 Jenis Test Kat Universiti (Photoless)

Semester 6. Tahun 3. Selangkah ke tahun akhir.

Rasa macam tak percaya dah nak habis belajar. Masa memula masuk rasa macam lama gila buat degree empat tahun dalam hati merungut mengomel tak puas hati kenapa belajar degree begitu lama sehingga empat lima tahun.

Masa daftar masuk as pelajar degree pada tanggal 1 September 2013, terdetik dalam hati.

"KENAPA KENAPAA LAMA GILAA EMPAT TAHUN NAK KENA DUDUK SINI?"
"AKU NI DAH LA TAK PERNAH LAMA LAMA BELAJAR KAT SATU TEMPAT. PALING LAMA SETAHUN SETENGAH."

"Tolong la mak bapak, kita takmau lama lamaa kat sini."

CEH.
POYO.

Dah jadi pelajar tahun ketiga dah nak masuk tahun terakhir pun, pernah terdetik macam mana la life aku lepas habis belajar. Jadi seram jadi gentar nak go thru real world.

OK. Panjang mukadimah entry kali ini. Mari aku ceritakan sikit pasal dunia universiti. Salah satu benda yang student universiti PASTI akan lalui adalah kuiz dan test! Opkoz la bebeh sebab sistem pemarkahan universiti lain beb dengan sekolah. At the first time, bila masuk U, bila lecturer kata nak buat test. AKU CUAK. Cuak sebab ingat test tu macam ujian bulanan kat sekolah. Kena duduk jauh jauh, jarakkan meja pastu ada cikgu ronda ronda dalam kelas tengok pelajar jawab ujian bulanan.

PEH. KUNO GILA PEMIKIRAN SEORANG KARTINI.

........
Rupanya begini, ada beberapa jenis test yang aku rasa semua orang pernah rasa. Ni pengalaman aku.

JENIS TEST KAT UNIVERSITI.

1) Strict Ikut Akta.
Test yang macam ni paling tak disukai oleh para mahasiswa dan mahasiswi di mana mana universiti sekalipun. Kenapa ek tak disukai? Hal ini demikian kerana para pelajar kena mempersiapkan seratus peratus persiapan untuk menjawab test akan datang. Dalam kategori ini, para pelajar akan ditempatkan di satu ruang dewan kuliah yang besar agar mereka duduk jarak jarak dan possibility untuk berbincang bahkan meniru kawan sebelah sangat tipis. Tambahan pula (amboi penanda wacana), test sebegini merapatkan lagi ukhuwah antara lecturer-lecturer or antara lecturer-staff. Sebabnya dalam test sebegini, barangkali ada lebih 3 hingga 4 orang pengawas yang akan memantau kami. Nampak je perilaku mencurigakan (antaranya tunduk bawah sebab google kat phone or tengok nota etc etc), kertas test terus dirampas. Sobs. Rasa macam penjenayah yang tunggu masa nak ditangkap je.





2) Open book Without Phone
Ek eleh. Kata open book. Tapi takboleh cari jawapan kat phone. Apebendenyeee lah. Eh eh, BETUL LA OPEN BOOK. Bukannya open phone. Pernah terjadi kat aku, masa tu tak jumpa rasionalnya kenapa takboleh buka slide kat handphone padahal kita haruslah memanfaatkan teknologi sedia ada. Masa tu aku fikir kemon la kita kan Generasi Y yang tabuleyy hidop tanpaa telepong. Bila dah jadi matang sikit ni baru rasa ketidakpandaian diri sendiri. Open book la betul la kan sebab tu takboleh bukak phone. Masa lecturer cakap boleh open book, dalam hati seronok bukan kepalang pehhh pehh boleh google jawapan ah gini sonotnyee.

"Open book, but no phone allowed." (Lecturer, 2015)

Patah seribu hatiku.





3) Open book. Online resources. TAPI jangan berbincang dengan kawan.
Ni kira kategori, kau buat sendiri sendiri la. Carilah jawapan sendiri. Carilah walau apa cara sekalipun tapi tak dibenarkan berbual or berbincang dengan kawan sebelah ke belakang ke depan ke seberang jalan ke. Kategori ni lebih kurang macam strict ikut akta. Tapi berbaik hati sikit bagi cari jawapan kat sumber sumber yang dibenarkan. Segala maklumat di hujung jari je. Pelajar cukup suka kalau lecturer kata:

"Okay, esok kita ada open book test. Revise Chapter 3 sampai Chapter 6" (Lecturer, 2013)


Malam tu berjimba seolah olah tiada test esok.






4) Online test. Essay.
Apakah definisi online test? Online test boleh didefinisikan sebagai test yang dibuat oleh pensyarah dalam bentuk virtual. Penggunaan kertas adalah 0% kerana para pensyarah buat soalan di laptop mereka dan soalan tersebut diupload ke e-Learn. e-Learn adalah satu medium elektronik yang membolehkan para pelajar mengakses segala bentuk nota, tips ataupun test secara online dan terpulanglah nak print ke tak. Jimat kos bukan? Dulu zaman sekolah, cikgu yang siapkan semuanya, fotostatkan untuk kita pastu kita hilangkan. Sekarang, sehelai kertas nak print pun fikir banyak kali (amboi hiperbola). Online test ni depends pada lecturer nak start pukul berapa. Dan ada dua jenis online test (essay) ni.

1) "You can submit your file by uploading it into e-learning and click submit"
2) "Buat dalam words, pastu print out hard copy. Drop at my box."

Yang kedua paling malas nak laksanakan.






5) Online test. Objektif (ABCD @ TRUE FALSE)
Apa ingat dah masuk universiti dah takda jumpa dengan konsep "Baca Buku, Tak Ingat Jawapan, Baling dadu, Itu jawapannya". Masih ada lagi. Masih. Cumanya kat universiti ni up sikit. Online test 50 soalan, objektif. Masa diberi hanya 1 Jam. Lebih 1 Jam, terus automatic submit for grading. Nampak easy je kan objektif rasa macam tutup mata je boleh jawab. Tapi cuba try test tengok, request kat lecturer korang untuk buat online test 50 soalan objektif dalam masa sejam saje. Baru terkulat kulat para pelajar ni nak kena bahagikan masa nak baca soalan dan baca pilihan jawapan.

Benda paling hangin bila kau tengah buat test jenis gini.
Tetiba berlaku sesuatu.
Seperti Wifi putus.
Laptop mati.
Server down.
Kucing beranak.

Kawan call ajak lepak mamak sebelah rumah. (bagi yang jawab test guna phone)

Masa tu sesopan manusia boleh jadi secarut manusia.





K la, tu je nak share.
Dah penat. Nak tido.

Bye penduduk Bumi.