Saturday, June 1, 2013

5 Alasan Tipikal Nak Break Up.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Di bawah ni merupakan alasan nak break up yang common digunakan baik dari pihak lelaki atau perempuan.

1. "Kita dah tak serasi bersama"
Dulu kita selalu makan satu pinggan dua orang. Lepas tu kalau dating kita pakai baju sama warna @ pattern. Lepas tu akaun facebook awak akaun facebook saya juga. Ambil gambar upload kat stegremm.
*Beli satu percuma satu.
Sekarang kita makan asing asing. Awak kata awak jemu makan menu yang sama. Awak nak makan ciken cop sedangkan dulu kita selalu share makan nasi goreng ikan masin. Lepas tu setiap kali kita dating awak selalu bagi alasan taknak pakai baju sama warna @ pattern. Awak kata kelakar. Lagi bengang saya bila awak tukar password facebook awak dan awak taknak bagitau saya apa dan kenapa?

2. "Awak terlalu baik untuk saya"
Dulu kita tak kisah apa pun orang kata, janji kita bahagia. Setiap kali kita keluar je kita mesti bersalaman macam ami steri. Bila keluar tengok wayang ke jalan-jalan ke kita mesti berpegangan tangan. Yelah kita kan loving couple.

Sekarang awak macam elak semua tu. Awak kata nak jaga adab. Awak taknak timbulkan fitnah. Setiap kali kita keluar bersama, takda lagi dah bersalam. Pastu awak pun jalan seiring dengan saya tapi tak serapat dulu. Awak pun dah tak pegang tangan saya bila kita keluar. Awak dah lain. Dan awak terlampau baik untuk orang biasa macam saya.

3. "Mak ayah awak taksuka saya"
Awak accept semua yang ada pada saya. Tapi parents awak tak. Hari tu mak awak kata saya ni macam budak budak. Sebab apa? Sebab saya pakai baju kuning lambang spongebob. Apa salah ke? 
*garuk kepala*
"Stylo apa baju ni. Hm kita takda jodoh camne."

4. "Pandangan politik kita tak sehaluan"
Err err. Saya hijau. Awak biru. Err err. Kbye. 
*takmau komen panjang lebar kerana bergaduh bukan cara aku*

5. "Awak seorang player"
Dulu awak janji bukan main manis sangat. Sayalah paling hebat di mata awak. Sayalah paling perfect di hati awak. "I love you until Jannah". Saya gembira sangat. Awak kata saya comel. Baik. Macam macam la. Rasa dihargai sangat. 

Sekarang awak tak pernah hargai saya. Saya dah pakai cantik cantik kemas kemas pun awak kata saya ni tak pandai bergaya. Suatu hari tu saya nampak awak jalan dengan orang lain. Awak mengaku dia kekasih hati awak. Tapi sebelum tu awak kata kawan la teman tapi mesra kambing awak la. Ahh, say bye bye.


Pokok pangkalnya, kalau dah cinta kita boleh terima each other walau macam mana sekalipun perangai si dia, perubahan tingkah laku dia. Di samping tu berdoa la. Kalau bercinta tu jangan over sangat tau. Orang meluat. Nanti orang doakan yang takbaik pun tak elok. Rambut sama hitam, hati lain lain (:

Sekian, Assalamualaikum.