Thursday, June 21, 2012

Ohh Matrikulasi.

Assalamu'alaikum.

Pergi sekolah naik ferari,
Naik ferari singgah ke 7 Eleven,
Di matrik kena laju berlari,
Barulah dapat pointer yang relevan.

Ohh hoii orang kampung! I'm back. Peh dah sebulan kot Tini tak update belogg yang ceria ni. Hihi, as Tini pun busy dengan kehidupan di matrikulasi ini. Okay Tini banyak benda nak story mory ni. (Menggeliat dan mematahkan jari jemari sampai bunyi 300Mega Hz.)


SAKITNYAAA JARIKUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU



So far, Tini memang akui. Pembelajaran di matrik sungguh laju, laju laju dan laju. Serius tak tipu wa cakap lu. Tapi alhamdulillah setakat ni Tini boleh bawak. Kuiz okay, tutorial pun siap. Lecturer pun best!

Tini mulanya memang tak biasa dengan asrama-asrama ni. Serius Tini cakap, Tini memang anak manja. Tini memang tak pernah rasa macam mana basuh baju sendiri, tak pernah rasa macam mana mandi ramai-ramai. Tapi minggu orientasi betulbetul berkesan buat Tini.

Tini akui memang Tini sangat pemalas apabila di rumah. Tapi since masuk sini, semua rushing. Semua kena cepat. Siapa lambat kena tinggal. Siapa la suka kena tinggal. Tini cuba sekuat dan semampu yang boleh untuk menyesuaikan diri. Homesick? Of course la ada. Tapi Tini tak tunjuk pun Tini homesick. Bila homesick, just sibukkan diri dengan kerja lain.


Tini sukakan eksperimen! :D



Kawan-kawan praktikum? Nice aaa. Tini selesa berkawan dengan dia orang. Dorang semua jenis layan kepala jugak ah. Tapi pandai weii. Terasa kerdil diriku ini. Pada mulanya, ada 19 orang je, now dah ada 24 orang student. Gilo padat. Woww.

Tini dah mula okay dengan suasana belajar kat sini. Mungkin ramai kat luar sana cakap, belajar kat matrik laju, laju dan laju. Memeyy ahh laju, so kenalah rajin. Jangan tangguh tangguh kerja. Eh jap, one more, kalau tak faham lincah-lincah ah tanya kawan or lecturer. Kalau tak, menangis ah kau sorang2 dalam bilik. Hoho.

Okaylah bai, nak sambung study. Esok ado kuliah. Assalamu'alaikum.


Sayur labu masak lemak. Tetiba Tini lapar. Hikhik, :P

Thursday, May 3, 2012

Murahnya Perempuan Bergaduh Hanya Berebutkan Satu Lelaki

Assalamu'alaikum. Selamat sejahtera kepada semua readers. Hari ni Tini nak share pengalaman Tini yang pahit. Pahit tu tak pahit sangat la. Bila ingat balik, macam kelakar je. Sebab apa? Pasaii naa, Tini hairan la ada juga perempuan bergaduh sebab berebut sorang lelaki. Okayy jom Tini story mory.


Lokasi : Kantin. *di mana tempatnya, dirahsiakan.
Watak : Dua orang perempuan. Satu cantik, Satu cute. Tapi perangai hampeh.
Masa : 10 Pagi.
Peranan Tini : Insan yang tersepit di antara dua samseng ni. XD


Storynya :
Pada suatu pagi yang indah nian, burungburung berkicauan, Masyarakat majmuk di sini pergilah berehat sebentar melonggarkan segala ketegangan diri dan emosi dengan berehat di kantin. Peranan Tini sebagai pemerhati di kantin tersebut hanya mampu mengecurkan segala air liur kerana kelaparan dan kehausan tatkala mereka semua menjadi zombi yang kelaparan otak.


Okay, keadaan semua terkawal memandangkan masing-masing dah dapat otak masing-masing. Semua berjalan lancar. Tini pun relaks goyang kaki siap shuffle di kantin tersebut. Suddenly, tiba-tiba ada sorang pompuan yang boleh la cantiknya datang meluru ke tempat pompuan yang cute ni. Pastu tarik lengan pompuan cute tu. Then mereka pun bertikam lidah.


Tini memula tak amek peduli sangat, tapi pompuan cantik ni tetiba amek segelas air milo milik siapa entah kat atas meja. Lalu di campaknya rezeki itu sesuka hati lalu mengenai hatiku ini. *I mean baju Tini laa. Sonok weii, berendam air milo. Actually time tu memang terkedu. Dalam hati sumpah seranah, tapi Tini masih mampu tersenyum lantas pergi ke tandas membersihkan baju kurung Tini yang dah lencun akibat lemparan super padu si pompuan cantik tu. Ramai yang menyaksikan kejadian itu cepat-cepat meleraikan pompuan yang malang yang bermadu itu.



Tu dia muka pompuan cantik dan pompuan cute tu bila bergaduh. Somel kan mereka. Tak kuasa MAK.


Sesudah habis rehat, Tini macam malu sangat. Terus sorokkan diri kejap di surau dan menangis sepuas hati. Maafkan Tini cikgu sebab tak masuk kelas selama setengah jam. First, malu. Second, nak keringkan baju yang lencun tu dulu. Malu la sebab ramai orang menonton drama percuma tu. Alahaii.


Okay, kejadian ni dah lama dalam 2009 gitu ah. Kepada perempuan cantik dan cute itu, harap kauorang bermadu dengan bahagianya. Actually Tini dah maafkan mereka atas insiden tersebut. Tapi tak best ah kalau tuan punya badan sendiri masih belum minta maaf kepada mangsa keadaan mereka ini. Nasihat Tini kepada dua orang perempuan ini, janganlah disebabkan lelaki, kauorang bergaduh. Mana perginya maruah kita sebagai perempuan?


So, the moral of the story. Kumbang bukan seekor. By the way, kauorang perempuan yang masih sekolah tu takpayah bangang bangang sangat bergaduh sesama perempuan pasal lelaki. SEBAB BELUM TENTU LELAKI YANG KAUORANG PUJA TU JADI SUAMI KAUORANG. MANA TAHU ALLAH CABUT NYAWA LELAKI TU, HILANG IMAN KAUORANG TERUS BUNUH SEMUA ORANG YANG KAUORANG BENCI. Cis Tini dah emosi. Okay sabar.

Slogan baru : Perempuan Bebas Poligami. Ahahah, sorry mengarut. *gambar hiasan


Itu je nak cete. Kepada yang bercinta tu, be cool. Usaha-usaha juga. Berdoa jangan lupa. Kita hidup bermasyarakat, kena la hormat antara satu sama lain. Hope cerita ni kita jadikan iktibar. Cukuplah sekali Tini jadi mangsa keadaan.

Jaga diri, jaga akhlak, jaga maruah. Assalamu'alaikum.