Assalamu'alaikum brother sister semua. Ohh pakcik makcik sekalian. Ehh jap (Betulkan tudung yang senget.)
Okay adik-adik comel, kakak-kakak cantik, brother-brother smart dan semua yang vogeh vogeh sekalian. Tini nak cerita sikit pengalaman pertama Tini berpuasa di hostel.
HOSTEL? Ini baru first time Tini rasa apa itu erti puasa sebenar. (tunduk sambil pakai spek hitam dan lilit selendang datin.)
Pengalaman berpuasa di KMJ (Kolej Matrikulasi Johor, wahana ilmu berzaman... *menyanyi.)
Okay, stop. Menyanyi pulak. Masa mulamula puasa kat hostel. Bingung jugak kan nak makan apa untuk sahur. Serius mati kutu. Sebab mak dah bekalkan sup ayam sebagai bekalan. Masa mulamula tu memang la sahur sup ayam. Tapi pertahanan badan Tini tak kuat. Tiga hari lepas tu Tini demam panas selama tiga hari tiga malam.
Ohh, ini namanya ujian di bulan puasa. Alhamdulillah. Pergi kuliah pun macam separuh mati woo menahan kesejukan aircond dewan kuliah. Nampak tak betapa kentalnya Tini demi harapan ibu bapa yang ingin melihat anaknya berjaya. Cewah ini poyo infinity. Tapi itulah hakikatnya.
Since that, mak sarankan sahur je mesti makan nasi. *mengeluh panjang.
Yelah, kemalasan over 140% untuk turun ke kafe beli nasi. Tapi demi mak dan kesihatan Tini, kuikuti jua.
Ehhem.
Pada suatu hari di kafe di malam yang sejuk. Brother-brother kafe yang gatal itupun masaklah seperti biasa. As usual, rutin mereka menggatal dengan student-student perempuan di sana. Ohh siapa yang suka diusha itu akan gelak gelak gedik. Dan nasi goreng paprik pun siaplah.
Esoknya, masa sahur. Peh selera betul Tini makan nasi goreng paprik tu. Kuah banjir bebb. Dah separuh makan......
TADAAA!
Ada lalat berenang-renang di dalam kuah paprikkuuuuuu. Oh ini sadis. Kesian kau lalat, mati kelemasan dalam kuah paprik tu. Bukan salah lalat. Salah brother gatal tu la. Tapi takpa, kali pertama. Tini tak buat aduan. Takpe brother gatal, hari tu hari kau. Muahahaha(gelak jahat.)
______________________________________________
Since that incident, harihari Tini sahur nasi kosong lauk seketul ayam goreng. Beli kat bazar Ramadan. Sejuk pun sejuk la. Janji tak buat Tini sakit perut. Alhamdulillah semua okayokay je sepanjang 3 minggu berpuasa di sini. Buat brother gatal, silalah insaf dan jangan menggatal dengan anak dara orang. Dan anak dara orang, janganlah easy to melayani kerenah mereka ini. Lalala~
(Betulkan spek mata James Bond.)
Dan dan, bulan puasa ni jugaklah tekanan diberi. Sebab ada ujian pertengahan semester (UPS). Peh standard macam SPM dulu. Ada pengawas bagai. Hahah, okay ini tak kelakar. Tini menggelabah agaknya. Masa jawab 2nd paper iaitu Chemistry, kalkulator Tini..
Pangg! Pangg! Pangg!
Omak! Kalkulator aku...!!! Jatuh terpelanting. Jauh ke depan. Wuuu. Pengawas dengan muka serius datang ke arah bunyi tersebut dan mengambil kalkulator tu dan bagi kepada Tini. Okay ini membengangkan diri saya yang sedia pemalu ini. Lepas pengawas blah, Tini pun ketawa senyapsenyap. Ketawa ayu ayu. Hihihihik.
Okay, lepas last paper. KMJ baik hati buat majlis berbuka puasa bersama semua pelajar KMJ. Duduk la reramai. Makanan boleh tahan banyak wa cakap lu. Terburai usus perut.
Makan sedulang nasi kongsi 4 orang, buah pear sorang sebiji, kurma, air sirap bandung, kuih donat, jeli kelapa. Sinchan pun tak terlarat nak makan semua ini kerana beliau hanya makan cokobi di Jepun itu.
Bersama roomate dan jiran depan bilik. Nampak tak anggota polis banyak di situ.*baju biru.
Kat Malaysia ada jual tak? Macangg Best.
Okay, malam terakhir di bulan puasa di KMJ. Kemaskemas bersama roomate. Sambil pasang lagu raya Dendang Perantau. Mengemas sambil menangis. Tssk tsskk. Ok ini propa je.
Cerita puasa di KMJ berakhir di sini. Walaupun Tini makan tidak seberapa. Namun berat badan cuma turun 7kg je. Ohh masih gemuk. Fine. Di kesempatan ini, Tini nak mohon maaf dari hujung kepala hingga ke hujung kaki andai tersalah budi bicara dan sumbang dalam perlakuan sehingga mengguris perasaan korang-korang semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maap maap dan maap zahir serta batin. (:
Assalamu'alaikum. (^^,)
*Kejadian berlaku di rumah di Rengit. Ini namanya terlebih dos makan masa berbuka.
Jangan tiru aksi ini ya.
Friday, August 17, 2012
Thursday, June 21, 2012
Ohh Matrikulasi.
Assalamu'alaikum.
Pergi sekolah naik ferari,
Naik ferari singgah ke 7 Eleven,
Di matrik kena laju berlari,
Barulah dapat pointer yang relevan.
Ohh hoii orang kampung! I'm back. Peh dah sebulan kot Tini tak update belogg yang ceria ni. Hihi, as Tini pun busy dengan kehidupan di matrikulasi ini. Okay Tini banyak benda nak story mory ni. (Menggeliat dan mematahkan jari jemari sampai bunyi 300Mega Hz.)

SAKITNYAAA JARIKUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU
So far, Tini memang akui. Pembelajaran di matrik sungguh laju, laju laju dan laju. Serius tak tipu wa cakap lu. Tapi alhamdulillah setakat ni Tini boleh bawak. Kuiz okay, tutorial pun siap. Lecturer pun best!
Tini mulanya memang tak biasa dengan asrama-asrama ni. Serius Tini cakap, Tini memang anak manja. Tini memang tak pernah rasa macam mana basuh baju sendiri, tak pernah rasa macam mana mandi ramai-ramai. Tapi minggu orientasi betulbetul berkesan buat Tini.
Tini akui memang Tini sangat pemalas apabila di rumah. Tapi since masuk sini, semua rushing. Semua kena cepat. Siapa lambat kena tinggal. Siapa la suka kena tinggal. Tini cuba sekuat dan semampu yang boleh untuk menyesuaikan diri. Homesick? Of course la ada. Tapi Tini tak tunjuk pun Tini homesick. Bila homesick, just sibukkan diri dengan kerja lain.

Tini sukakan eksperimen! :D
Kawan-kawan praktikum? Nice aaa. Tini selesa berkawan dengan dia orang. Dorang semua jenis layan kepala jugak ah. Tapi pandai weii. Terasa kerdil diriku ini. Pada mulanya, ada 19 orang je, now dah ada 24 orang student. Gilo padat. Woww.
Tini dah mula okay dengan suasana belajar kat sini. Mungkin ramai kat luar sana cakap, belajar kat matrik laju, laju dan laju. Memeyy ahh laju, so kenalah rajin. Jangan tangguh tangguh kerja. Eh jap, one more, kalau tak faham lincah-lincah ah tanya kawan or lecturer. Kalau tak, menangis ah kau sorang2 dalam bilik. Hoho.
Okaylah bai, nak sambung study. Esok ado kuliah. Assalamu'alaikum.

Sayur labu masak lemak. Tetiba Tini lapar. Hikhik, :P

Subscribe to:
Posts (Atom)