Sunday, March 31, 2013

Aku dan kambing Part 1

Di kala kambing kambing peliharaanku tersenyum kambing menari opah anyam tikar,
di kala angkasawan sedang terapung apung di planet Suka Hati la Planet Aku bukan Planet Kau.
Di kala para para makcik dan pakcik bertungkus lumus membasuh dan memandikan kerbau kerbau di ladang.

Aku.
Ya. Aku.
Aku di sini bagaikan menanti waktu demi waktu untuk menempuhi exam.

Ehhem,
Introduction yang panjang dan mengarut.
Stret to de point.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Hari ni hari Isnin. What a boring Monday. Bila nak hari Jumaat ni. Amboih kau Tini, Jumaat terus kan. Bila nak kahwin ni? Dan dann terus meroyan. Cis.

Okeh okehh.
Makin nak exam ni kan you alls, makin galak pensyarah pensyarah kat sini cakap pasal kahwin. Omaigucciii. Gua nak sambung degree dulu la. Tapi makin nak exam makin rasa malas nak study. Kerjanya melingkar keliling bulatan macam dalam cete spongebob time beliau buat Camp Fire. Selamatkan diri anda dari ikan beruang yang comel ituu.


Kambing peliharaan saya.


Rasa sayang nak tinggalkan KMJ. Tapi pada masa yang sama, rasa tak sabar nak keluar dari sini melihat dunia luar. Mengembara ke dunia yang luas. Tak sabar nak balik rumah tengok kambing kambing peliharaan yang comel comel. Tapi mereka mereka semua pasti akan gedik dengan aku bila aku balik. Diorderkan rumput masak kicap la, rumput tiga rasa laa, rumput BBQ la. Ewah kau kambing, aku sembelih buat sate kambing baru tahu. *Asah parang*

*bapak emak nantikan kepulanganku. Sambutlah anakmu dengan lagu selamat hari rayoo memandangkan kambing kitoo akan disembelih. Kih kih kihh*


"Hai Cik Tini yang comel momel, izinkan kami makan sedap sedap malam ni, bolehlah kiranya jika Cik masakkan kami rumput goreng cili padi. Pehh ohsemm ah Cik"

"Ewah kemain kau bodek kan, tidak tidak. Malam ni takda makanan sedap. Malam ni tido kandang kuda sanaa."


"sampainya hatimu, merajuk hentak kepala kat dinding laa cenggini"


To be continued...

Wednesday, February 6, 2013

Pengalaman Mistik Gua, Mungkin?

Assalamu'alaikum.

Selamat sejahtera.
Bertahun lama,
Kurahsiakan..
Cewah ehemm, nyanyi pulak kiteww.

Okay, mistik?
Mistik tu pada definisi aku adalah makhluk makhluk ghaib yang saja usik usik manja kita untuk sesatkan kita.
Gua bukan apa.
Gua nak share sikit.

Suatu masa dulu (baru baru jugak.) Kecoh sebuah uniberciti tempatan diganggu makhluk halus.
Nehh, itu perkara biasa. Apa yang penting?

__________________________________

Iman.
Ya, iman. Iman kena kuat.

Ekceli gua nak cerita pengalaman mistik gua dekat kauorang.
Kebanyakkan berlaku di tempat gua belajar sekarang.

Kemon. Penghuni asrama setiap tahun ditukar ganti.
So kita ni bukan penghuni tetap kat situ. Paham tak?
Kenalah pandai jaga diri okayy.

_______________________________

Kejadian pertama : .... (cewah.)
Tengah berjalan nak ke koperasi. Hati gua bagai ditarik tarik untuk memandang ke tangki air kolej gua.
Gua nampak apa yang tak patut gua nampak.
Sokay, gua toleh semula ke depan. Gua istighfar dalam hati.
Dan gua jalan seperti tiada apa yang berlaku.

-----

Kejadian kedua : ....
Dalam bilik gua.
Malam Jumaat.
Malam penuh rahmat.
Alkisah gua dan roomates gua baca Yasin reramai dalam bilik.
Ehemm, sedang gua baca surah Yasin. Gua dengar.
Sayup sangat. Sayup. Ada suara lain selain suara roomates aku.
Suara itu pun ikut sama baca bersama kami.
Well, gua abaikan je suara tu. Gua faham, 'beliau' saja nak uji kami berempat.

-----

Kejadian ketiga : ....
Tempat BBQ kolej gua.
Malam tu kelas gua buat majlis BBQ.
Just for memories together.
Masa tu gua sibuk amek gambar orang.
Then bila kekawan gua dah duduk makan, baru gua amek makanan.
Masa gua amek makanan tu, gua dengar ada bunyi pelik dan diikuti bunyi burung yang amat bising.
Gua tak pasti kawan2 gua yang lain dengar ke tak.
Gua malas nak fikir time tu sebab gua lapar gaban.
Takut memang ada sebab tempat tu agak gelap ahh kan.(:

-----

Itulah kisah gua. Banyak lagi. Tapi taknak la cerita banyak.
Gua cuma harap saban hari gua makin kuat untuk tepis itu semua.
InsyaAllah, amin.

Babaii~ Assalamu'alaikum.