Saturday, April 28, 2012

Dilema Perempuan

Assalamu'alaikum. Fuhh jangan fokus sangat pada tajuk entry aku. Aku pun tengah comot momot ni makan Nutella. Sedap sampai dah tak hengat dunia dah ni. Macam orang mabuk. Ohh ya, abang aku ada beli coklat banyak gila dari Langkawi. TAPI TAPII, semua selamat mendarat ke dalam perut comel aku. Hihikk.
Setelah meletup perut aku dan dikejarkan ke hospital, aku pun usha ahh laman web Matrikulasi. Alhamdulillah rezeki aku dapat Kolej Matrikulasi Johor. Punya excited aku. Tapi aku lupa daratan. Aku ni taklah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Well, aku dah ukur baju di badan aku. Ternyata baju jenama Matrik ni memang tak muat ahh aku pakai. Baru masukkan lengan je dah koyak dah.
Haa, nampak kan. Aku sebenarnya memang TAKNAK matrik ni. So masa apply tu serius aku main main je letak kos SAINS. Sebab aku macam agak aku takkan dapat punya la. Tapi dapat juga. Ohh mak tak rela nok. Yela, kos sains. Pulak tu program 1 tahun JE. So bincang punya bincang dengan famili aku, aku pun decide tolak matriks. Wei, janganlah maki aku sebab aku tolak matrik. Aku bukan pengecut taknak sahut cabaran. Tapi aku berhati-hati taknak menyesal kemudian hari. Sekarang ni aku cuma mampu berharap pada UPU. Wahai pihak UPU, silalah mencintai saya nyaa punnn~ Pleaseeee. Aku apply UPU pun takdalah memilih kos yang hebat mana macam kauorang. Back to basic point, AKU UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI. Hihi.
Itulah kos yang aku apply. Dapat sangkut satu tu dah cukup buat aku nak lari keliling kampung cakap "AKU DAH BERJAYA MASUK UNIBERSITI". Elehh setakat amek diploma, orang kampung sekarang mana pandang. Kalau dolu-dolu bolehlah buat kenduri besar-besaran kecoh satu kampungg. Ahh berangan kau TINI. Nampaknya terpaksa aku diamkan diri dan berlagak biasa.
Berlagak biasa. Takda siapa akan nampak aku. JANJI tak tipu.

Di samping aku tunggu IPTA, aku pun ada dapat private college punya. Alhamdulillah, dapat kos yang aku nak. Iaitu Diploma FARMASI. Gila melonjak aku sampai terlajak ke Awan Nano si Hafiz tu. Pilot Air Asia pun terpaksa brek kecemasan bila nampak kelibat aku. Sorry abang abang pilot. Bukan salah saya. Heheh. :D Memula aku dapat offer dari Royal Medical College Perak. Aku tolak sebab jauh. Even kolej tu under MARA, tapi aku taknak. Jauh sangat, homesick la sayaa nanti HEHE.

Second, alhamdulillah aku dapat KLMU. Farmasi jugak. Aku ada tepon pihak sana minta daftar untuk intake Julai. Hehe, saja masuk lambatlambat. Lagipun mana tahu aku dapat offer lebih baik dalam tempoh tu. InsyaAllah, amin. Okay itu je la aku nak bebel. Nak sambung makan Nutella. Comot sampai ke telinga. Kbye, Assalamu'alaikum.
Sonokknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. (^^)

Monday, April 9, 2012

Pengalaman bekerja di kilang.

Assalamu'alaikum.

Esok adalah hari last aku kerja kat kilang McTronic, Benut.
Seronok rasanya. Tapi sedih juga. Kilang? What the yellow?
Why must kilang? Kerja berat, gaji sikit. Well, actually seronok weh.
Kerja manamana pun sama je. Asalkan kauorang pandai jaga diri.

Dah sebulan lebih aku kerja. Aku kenal semua pekerja production situ.
Mereka baik. Peramah. Sporting. Banyak tolong aku.
Aku bekerjasama dengan warga Vietnam, Myammar, Indonesia dan Nepal.
Hopsss, Malaysian pun ramai okayy. Actually dorang taklah teruk pun.
You all hormat dorang, dorang pun hormat la you all.

First time masuk sini. Serius, seminggu tak lalu aku makan. PENAT.
Mana taknya, kerja aku tak duduk LANGSUNG! 12 Jam berdiri.
Aku ni dah la tak pernah berdiri lebih 2 jam. Inikan 12 JAM!
But masuk minggu kedua, dah takda apa dah. Alah bisa, tegal biasa broo!
Kerja aku simple, tapi kena teliti. Hihik, tapi tu dulu.
Sekarang kerja aku training budakbudak baru masuk. Fuhh macam *bos pulakk :P


Kena marah? Hahaha dah biasa kena marah dengan leader dan bos.
So what? Dorang nak marah pun sebab kerja kita tak betul kan.
So buat apa dorang suruh, senang. Bos senang hati, kita pun senang hati.

Esok aku last, aku rasa macam kejap je aku kerja.
Aku macam sayang nak berhenti. Aku macam nak sambung balik.
Hmm, Takpe nanti aku fikir nak sambung balik ke tak. HEHE.
Bukan apa, aku dah kenal semua orang kat production tu.
Seriusly, aku akan merindui mereka semua. Baik local mahupun luar negara.


Btw, kerja kilang ni banyak mengajar aku erti sabar.
Erti penat lelah mencari rezeki. Pengorbanan untuk diri sendiri.
Hohoh, ingat kerja kilang gaji sikit ke? Banyak wooo. Tak caya?
Jumpa aku nanti, aku bagitahu berapa. Kat sini tak syiok ahh.
Hehe, okayy byee.

Assalamu'alaikum.