Friday, May 3, 2013

Episod Kedua.

Assalamualaikum.

Ini adalah sambungan daripada episod pertama yang telah aku tulis sebentar tadi. Eh? Apsal macam kejap sangat. Hm sebab aku tengah free nak buat benda benda ni semua. Okay.

Lepas pendaftaran, maka petang 28 Mei 2012 itu aku dan student-student KMJ lain pun diminta berkumpul di dataran wawasan. Maka bermulalah minggu orientasi selama seminggu di sini. Banyak aktiviti telah dilakukan bersama akak akak dan abang abang fasilitator. Mereka semua adalah ex KMJ batch lepas. Okay seronok tapi agak penat la kan. Tido pukul 2-3 pagi. Bangun kol 5. Pergi jemaah kat masjid bla bla bla bla bla. Then dapat tahu praktikum memasing. Dan dibawa oleh fasi masuk ke bilik tutor. Dan jadual kelas pun dapat. Okay padat gilos. -_________-

-----------------------------------seminggu berlalu-------------------------------
(maaf gambar orientasi takda sebab terlalu busy dengan aktiviti)

___________________________________________________________________________

Tadaaa! selesai sudah orientasi. Terus masuk kelas. Kelas pertama yang aku masuk pada minggu pertama hari pertama jam pertama di KMJ adalah Kuliah Sains Komputer.

Teruja sungguh aku sehari sebelumnya. Memula macam tak sabar nak masuk kuliah. Masuk masuk je terus duduk port depan sekali. Peghh keterujaan saya ini seperti bayi yang dapat iPhone 5. Fuh advance baby sekarang.*kesat dahi berpeluh*

Masa memula masuk kuliah. My expression was like :

NO FEELING AT ALL! Aku serius. Sebab pada hari pertama aku masuk kuliah. Hari tu la aku demam panas teruk gila. Peghh. Demam penat terkejut orientasi tak cukup tido. Datang datang kelas duduk dalam air cond. Tahan je la. Dalam hati taknak ngadu kat mak. Kekonon cekal nak berdikari. Last last mak detect jugak sebab suara lain. Awuwuwuw.

But.

Masih lagi kuatkan hati untuk terusk ke kelas setiap hari. Walaupun demam berlarutan selama 3 hari. Dugaan anak manja macam aku ni kan. *Flip tudung* (Mohon jangan flip komputer bila baca blog aku.)

Outing pertama selepas habis orientasi. Walaupun penat tahap keturunan ke lapan belas Goku, masih mampu untuk tersenyum. Tersuka tersangat bila dapat outing. See? Masa tu tak banyak bawak baju. Tudung masa orientasi aku sebat pakai buat outing. Terasa macam pekerja kilang baru balik kerja. (ceh padahal memang pernah kerja kilang dulu) XD


Minggu pertama dalam lab chemistry. Pegh nampak tak muka semua excited dapat lab coat. Teruja tahap tikus dapat masak sedap sedap dalam cete Ratattouie(sebat je eja.) tu. Muka aku macam cikgu. Ini serius. Kawan kawan aku yang ada save gambar ni dalam phone dorang dan tunjuk kat mak diorang. Mak diorang tanya yang pakai tudung pink tu cikgu ke? Tetttt----- =__='
Its okay la. Doakan la yang terbaik untuk aku.




Lab Fizik, menyempat je ambil gambar dengan Shida. Maaflah muka aku macam nak kena kesat dengan kertas pasir je. Mohon jangan menyampah. Hihihi XD

Penutup episod kedua : Gambar masa senamrobik Satu Malaysia. Kot. Ke Senamrobik Matrikulasi? Ah whatever. Tapi time ni memang bahagia dan buat senamrobik beria bersungguh sungguh mengalahkan orang yang conduct kitaorang. Buat apa nak malu? Enjoy yourself!


*Aku masih ingat abang fasi praktikum aku pernah pesan : "Whatever happen, keep in your mind don't ever give up" *

----------------------------------bersambung-------------------------------------------------

Episod Pertama.

Assalamualaikum.

haa, sudah lama tidak hapdate.
Sedar tak sedar dah setahun aku tinggalkan blog ni.
Oleh yang demikian, aku nak cerita sebanyak mungkin pengalaman aku sepanjang berada di matrikulasi johor ini.

Wohoo!

Okay first of all.

Aku nak cerita macam mana aku boleh terjebak dalam dunia matrikulasi ni. Pada awalnya aku memang dah tolak dah matrik ni.
Tapi mungkin atas semangat dan dorongan orang yang aku sayangi. Aku pergi jua.

Percaya atau tidak,
Aku buat keputusan nak masuk matrik dua hari sebelum hari pendaftaran. Tak caya? Betul. Ini realiti.
Kelam kabut parents aku cari barangbarang untuk ke sana. Iaitu sehari sebelum pendaftaran matrikulasi.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

28 Mei 2012.

Hari pendaftaran. Maka bermulanya kisah hidupku di matrikulasi sebagai pelajar program sains satu tahun.
Berikut adalah gambar gambar pada hari tersebut


Yes. Time ni syahdu jugak la. First time nak berpisah dari rumah dan keluarga. Padahal kejap je. Bukan lama pun.
Seriously aku jujur. Aku bukanlah perempuan yang berdikari dan pandai mengurus diri sendiri. Semuanya minta pendapat orang.
And now I have to work it by myself. Macam takut tak kuat je la kan time ni.


Kereta banyak sangat woo. Rasa macam nak semput jugak la sempat nak cari parking tak jumpa jumpa. Nasib baik ada brother brother dan sister sister fasi yang tolong para ibu bapa untuk dapatkan parking.

Dapat je parking, apa lagi terus la mendaftar. Alhamdulillah pendaftaran pun selesai. Time to check in! Wohooo. :D




See, dah nak masuk asrama pun minta mak naik bilik sekali. Memula mak kata nak tolong kemas. Tapi sebagai anak yang gojes dan baik hati ini *Masuk lif tekan button sendiri*. Maka aku pun ajak mak ke kafe dan membiarkan saja barang barang aku itu terbiar dalam beg buat seketika.

Peh kafe ramai betul dengan manusia yang berbaju putih tudung putih. Yelahh memang peraturannya begitu.
Masa daftar pakai baju putih tudung putih kain gelap. *terasa rindu sekolah* hihihi.



Terasa bagai berada di sekolah harian biasa yang mempunyai kantin terbesar di antara sekolah sekolah. *shining eyes* wink wink.
Okayy, lepas selesai semua sekali.

Parents aku pun pulang. Say goodbye to them. And I was like, melihat mereka pergi dan aku pun berpaling ke blok kediaman aku.
Dan.

Perjalanan aku sebagai student matrik bermula di sini....




-Nantikan episod kedua-