Thursday, July 9, 2015

KFC dan Badut.

Buat sekalian badut di Malaysia dan seantero dunia, ketahuilah post ini bukan ditujukan kepada anda semua tapi apa orang kata kerana nila setitik rosak susu sebelanga begitu juga kerana badut seorang rosak nama baik baduts sedunia.

Well, I bukan taksuka badut. I respect diorang sebab sanggup menghiburkan ramai orang dan tampil berani depan public berpakaian bewarna warni demi melihat kanak-kanak atau orang orang tua gembira dan tersenyum.

TAPI TAK BERKESAN PADA I.
Sejak azali lagi I jenis takut kat badut. Sebab muka dia yang berconteng sana sini baju jahit ikut suka hati mungkin sebab mak I dulu amek upah menjahit masa I kecik2 dulu, so I macam expert bab kelim kelim baju, jenis jahitan. So when it comes to attire badut, I jadi wooooo kenapaa begitu menakutkan jenis jahitan baju dan muka manusia ini? SIAPAKAH MANUSIA YIIINEYY?

And in fact I berdoa dan berharap I tidaklah dijodohkan dengan bakal suami yang ada part time kerja badut sebab I tak rela bangun pagi pagi setiap hari gaduh dengan laki I sebab dia selalu habiskan mekap I terutama gincu yang I baru beli beberapa hari lepas. I pakai gincu tu kat bibir, tapi laki I sapu kat mata la, kat pipi lukis lukis kat sekitar mulut dia. Penat kot kalau setiap hari I kena beli gincu baru tapi I pakai 5% je gincu tu selebihnya dia pakai. One more habis bedak sejuk I buat penat penat laki I tepek tebal tebal kat muka dia terus pergi kerja kat sepital kanak-kanak. I taknak jadi isteri derhaka belasah suami I yang kerja sebagai sorang badut hanya sebab mekap omaigad nanti satu Malaysia gelakkan I dan Berita Hairan yang keluarkan tajuk akhbar "Isteri Tomoi Suami Angkara Alat Solek".

Ok I nak cerita sikit pengalaman I dengan badut ni.
As I said, I memang jenis takut badut. Takut yang kalah letak result final exam sebelah menyebelah dengan badut pun, I takkan amek result I tu sampai badut tu pergi dari tempat kejadian. I google jenis takut I ni dan ianya dinamakan Coulrophobia iaitu fobia pada badut.

So, here the story. Masa umur I around 2 tahun sampai 7 tahun my dad akan bawak kami anak beranak pergi shopping mall setiap hujung minggu saja jalan jalan. Kadang I je mengada ajak daddy I pergi mall dengan alasan nak makan kepci. Then, one day I keluar dengan daddy dan abang I dengan tujuan nak beli kepci bungkus makan kat rumah.

I taktahu la ada event apa kat mall tu. Oh nama mall tu Queensbay Mall Penang. I membesar banyak kat Utagha sana. Dah tua tua ni baru rasa hidup di selatan. So, masa event tu ada banyak sangat badut dengan pelbagai jenis warna dan pelbagai rupa bentuk pakaian. Niat I masa tu nak makan kepci je tapi eh apehal banyak sangat badut ni I jadi seramshit, I kat Queensbay ke kat Clownbay ni?

Inilah the baduts yang kita boleh kategorikan biasa.


Ini pula apa yang ada dalam otak I masa berhadapan dengan clown kategori biasa. Dan situasinya.
Mampus I cenggini macam mana nak survive dalam mall yang cukup besar tetapi dipenuhi dengan manusia manusia yang menakutkan seperti di atas yiinneyy. Inilah yang sedang I fikirkan pada ketika I berhadapan dengan puluhan badut dalam mall tu. Tolonglahh batu belah batu bertangkup telanlah haku, haku taknak masuk mall ini lagi. Masa ni baru teringat kat Pintu Suka Hati Doraemon tapi semuanya dah terlambat sebab I kat Penang bukan di Jepun. Aaaaaaaaaaaaa

TAPI.
I nak makan kepci. Jarak kepci dengan puluhan badut di depan mata I masa tu lebih kurang 50 meter je. Belok kiri ada dia pegang belon. Belok kanan ada dia lontar lontar bola. Nak terus ada dia tengah lukis kartun. Kelas engko badut lukis kartun part time kartunis majalah Apo?! kot. So masa tu I dah confuse jalan mana yang terbaik agar I dapat follow daddy I pergi makan kepci. Daddy I jalan je ke depan, I follow dari belakang. Follow rapat beb, mana tahu kalau jadi apa apa kat I, I tinggal tarik je baru daddy I kan.

Then, jalan punya jalan. Terdingkit dingkit I jalan dengan kadar 0.8 decibels agar badut baduts sekalian ni tidak menyedari kehadiran seorang kanak-kanak berumur 4 tahun ni. Tapi malang tak berbau, ada seorang badut telah lama peratikan I dari jauh terbawa lukisan hatimu hilang mencari kemanakah pergi. This clown tetiba datang dekat dengan I pastu lambai ke I sambil senyum.

Dan I ingat dialog dia sampai sekarang.

"Hello sweet girl, wanna some balloon? It's free just for you sweet girl."

Memang indah dan manis ayat itu, tapi tidak bagi seorang Kartini yang penuh kefobiaan pada badut sejak azali lagi. Nampak macam mesra rakyat je badut ni, tapi well otak I memang akan gambarkan macam gini.

"Hello adik manis, mahu belon dan ikut abang lari ke Kanada? Sana ada banyak gula gula manis macam adik manis yiney. MUEHEHEHEHEHEHE" *poof! keluar gambaran muka creepy macam zombie*


Bila dah situasi macam tu, I macam terkesima kejap sambil tangan I paut kuat kuat pada baju daddy I. Bila I toleh ke depan, rupanya bukan baju daddy yang I paut, rupanya baju badut yang I paut. Then I macam slow motion nak key in data dalam otak dan initializing action yang patut I buat sekarang. Harus diingatkan seawal usia 4 tahun lagi I dah kena buat keputusan yang serius terhadap tindakan seterusnya yang patut I ambil.

Hmmmmmmmm apakah masa depanku hancur berkecai di sini? Adakah aku akan ke Kanada dan akan meninggalkan daddy dan mummy I di Malaysia? *initializing information*......... Cepat sikit otak cari langkah untuk escape dari terjebak ke Kanada. Lincahhh 

DAN

Langkah-langkah tersebut.
1) Menjerit sekuat hati di tengah tengah kumpulan badut sambil pegang erat baju badut tu.
2) Menangis kat situ tanpa mempedulikan apa yang sedang berlaku dan berharap daddy I nampak I tengah melalak.
3) LARI.

Setelah memikirkan pro and cons langkah langkah tersebut, I buat keputusan untuk pilih langkah ketiga. LARI. Tapi sebelum lari, I kena cari dimanakah radar daddy I pergi. I scan satu persatu dan dah jumpa. Daddy I ada dengan abang I kat sudut sebelah kiri. Diorang tengah tengok badut buat belon. I apalagi terus berlari TANPA melepaskan tangan I yang berpaut pada baju badut tu. Badut tu pun ikut berlari sama dengan I then I rasa terancam sebab "apehal hengko ikut lari dengan aku?" but then baru perasan tangan I pegang baju dia. I dengan rasa insecure tahap innocent ntahpapeje terus pijak kuat kuat kaki badut tu then I lepaskan tangan I.

Terus I dapatkan daddy dan abang I, I tarik tangan daddy I ajak balik sebab I tak sanggup nak harungi ombak zombi di depan mata I masa tu. Daddy dan abang I follow je. Balik rumah terus daddy I cerita kat my mom.

My mom gelakkan I. Then my mom tanya soalan yang buat I serba salah the whole day.

"Mana KFCnya?"


Wednesday, February 11, 2015

Part 2 : Berpiknik Pizza Ala Ala Tepi Pantai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada Pak Jabit si Jawa Everest yang memiliki ilmu kebal pakai baju tshirt dan seluar pendek ketika mendaki puncak Everest amboi terbang guling guling Kak Limah atas atap rumah tengok Pak Jabit begitu kebal.

Okay hari ni I nak cerita pasal Piknik Pizza bersama geng Project Management I. U all boleh baca previous post I pasal manifesto projek klinik mini tah apa i pun lupa tajuk ecececehh padahal baru semalam I tulis sambil makan nasi ayam sebelah mata je I suap pakai chopstick lagi. Terer kann Kak Tini?

Eleh masa mula mula je I semangat makan pakai chopstick. Gigih beb I suap sebutir demi sebutir nasi masuk mulut I. I menghargai petani petani apa orang kata sebutir nasi ibarat setitik peluh petani. I begitu menghargai iklan Dato' Jalaluddin Hassan dengan anak anak beliau tu "Bapak dah pulang? Ada bawa apa kakak pesan?"

"Mestilah ada, Beras kesukaan kamu taraaa!"


Gigih gigih I ni pun mampu bertahan sehingga butir ke lima belas je I kunyah 44 kali. Lepas tu....

ngaaaa I don't care anymore! I just wanna be myself. Ni baru betul makan kaki. Kaki ayam masuk dulu pheuwwwww~


Ok dah, I memang suka tulis introduction panjang panjang. Dalam exam pun I selalu kelirukan lecturer I dengan intro yang panjang satu muka surat. Muka surat sebelah baru I buat point dan elaboration. Kesian lecturer I maafkan student yang suka menulis ni. (Takdalah, I tak buat pun macam tu.)


Ni plan secara rawak je. I mean unplanned program. Pagi tu ada jumpa lecturer. Petang baru balik pastu semua pakat tanya, "Weh taknak keluar ke you all? Nak celebrate Project Management kita?" I tanya la depa nak sambut cemana nak pergi makan ke nak apa. Masing masing bagi cadangan nak pi main boling la tengok wayang la nak makan tu makan ni. I pulak cadangkan kita travel ke Eropah di sambil kita boleh kembangkan manifesto klinik mini kitaorang. Amboi cerita macam jutawan. Terus I kena pukul beramai ramai.

Ok semua pakat nak pergi makan pizza memandangkan I sorang yang tak makan kambing jadi I tolak cadangan nak pergi makan kat Kambing Golek Roost Co(I reka je nama kedai ni janganlah u all tanya kat mana awak awak kat mana). So keputusan telah dicapai bersatu demi kemuafakatan sejagat, we all decide nak bungkus pizza dua bijik bawa ke Taman Layang-layang Pasir Gudang.

Balik hostel I siap siap la mandi kasi pakai lawa siap pukul 5 camtu gerak keluar hostel dengan dua rombongan nak pi minang Jiji Jijan dan Paklong. Satu kereta pergi pick Jiji dan Jijan. Satu lagi kete pick Paklong. See begitu gentlewomannya my ladies haa gituhhh. I dan member I pick Jijan dan Jiji. Sampai je rumah depa, kitorang tunggu la. Jijan dah siap. Member I lagi sorang dekat setengah jam juga kami tunggu I taktau la dia buat apa dalam rumah pakai Qu Puteh barangkali. Ni I nak marah kenapa member I support Qu Puteh sedangkan I ni tauke As Beauty. Kecik hati I tau.

Saja I bagi gambar senget sebab I nak menunjukkan protes 30 minit kami berdua menunggu duta Qu Puteh untuk bersiap tau. Kalau u all nak tahu, dalam masa 30 minit kami menunggu, kami dah boleh buat album gambar yang boleh memuatkan selfie sebanyak 147 keping. Hiperbola bola api I bagi ni. Takpe la demi member, bukan selalu menunggu pun. At least masa tu sempat la I update pasal As Beauty I di instagram. Terer kan I boleh multitasking? (Duduk dalam kete + Selfie + Menunggu + Update Instagram). Hehe.


Okay member I dah siap dia pun keluar rumah. Masuk masuk kete je dapat jenis member macam I yang sensitif dan tajam mata, telinga dan hidung terus I dapat detect bau wangi wangian. Member I pakai perfume lah and I know the brand! Ok dah I taknak cete banyak. Harus diketahui I memang jenis suka nyakat member member I. Sepanjang dalam kereta, member I kena sakat teruk sampai I hampir putus urat kentut nasib baik I tak kentut. Tapi kalau I kentut pun masih boleh dihapuskan baunya oleh perfume yang member I pakai haa gituh. Ampunn Jiji mohon kau jangan marah aku. *baling coklat*


Sampai je kedai Pizza, We all terus order pizza. Tapi masa tu tekak I mengidam sangat nak makan burger tapi I diamkan aje la sebab I juga yang setuju nak makan Pizza. Jadi I tak join langsung geng I order pizza. Apa yang mereka order, I on aje. I tak kisah. I ada juga cuba cuba nasib tanya abang kaunter pizza tu.

"Abang pizza, sini ada jual burger tak?"
"Mana ada dik, ni kan kedai pizza."

I tak puas hati dengan jawapan abang pizza tu. I utarakan persoalan dalam hati I.

"Alaa buatkan la saya burger, bang. Saya ngidam burger"
"Adik, sini kedai pizza. Kami tak jual burger"
"Tapi kan bang, KFC ada je jual burger, jual spagetti"
"Dah tu apa kena mengena dengan pizza?"
"Ye la, KFC tu kan Kentucky Fried CHICKEN. Patutnya jual ciken je bang, Tapi boleh je jual spagetti dan burger. Takkan kedai pizza abang ni takda jual burger?"

*Abang pizza beredar ke dapur dan tak keluar keluar dah lepas tu.*


I pun pasrah dan redhooo je la dengan kempunan I masa tu. Nasib baiklah takda batu belah batu bertangkup kalau tak I nak juga try masuk dalam tu mana tahu I boleh bina satu populasi dan bangunkan tamadun baru. I boleh jadi Menteri Pemakanan dalam batu belah batu bertangkup tu.

Ting! Loceng bunyi menandakan pizza we all dah siap.
Tak dapat burger pun takpelah. Ada member macam diorang pun dah cukup bahagia.
Belum makan lagi pipi I dah lebar beso kembang macam ni haa tacing ah camni belum apa apa dah gemuk tapi takpelah I rasa calm sikit lepas dah tengok video "Yang Gemuk Yang Kurus"


Sampai je Bukit Layang-Layang terus we all cari port nak lepak then perform bulatan macam camp fire pulak rasanya. I tengok keliling dan I perasan this one guy yang tengah baring atas rumput sorang sorang je. I fikir dia tengah meditasi tapi bila I amati betul betul, dia tengah tidur. Penat barangkali.

Dah buat camp fire baru I tahu I ada member datang dari Jakarta, Indonesia. I baru tahu Secretary I dalam Project Management I berasal dari sana. I dan geng I yang lain pun terkejut bilamana setiausaha I tu berbual dalam Bahasa Indonesia. Fluent. Takda cacat cela. Tapi I takboleh terima secretary I tu kata dia ada mixed blood. Mix Korea dan Indonesia dan menetap di Malaysia sebab nak belajar. Bagus I respect member I ni tak semua orang sanggup tinggalkan famili jauh semata mata ilmu.

Dalam kempunan I pada burger yang I taksub tu, bila makan pizza tetap sedap juga. I tak sangka pizza yang we all beli sedap sangat. I rasa I dah boleh move on dari burger pergi ke pizza.

tengok member sebelah I begitu menikmati setiap ketebalan dan perencah yang ada dalam pizza tu. Tetiba I rasa macam I ni adalah para juri masterchef sebab setiap topping yang ada atas pizza tu I describe to my friend. Astro tolonglah lamar I jadi juri Masterchef sungguh I adalah food lover apa lagi dapat makan free siap keluar TV. Terima kasih Hesteroooo

I suarakan pendapat I pasal topping pizza tu dan hasrat I nak jadi juri Mastercep. I tak sangka member member I yang dua orang kat atas ni pun automatik jadi juri Mastercep secara tidak rasmi. Tetiba je diorang menikmati pizza tu dan saling berpandangan. Mungkin mereka berkomunikasi secara telepati menyatakan hasrat murni untuk ikut serta bersama I menjadi juri bagi Mastercep. Tema setiap minggu adalah pizza. Menggelupur peserta peserta mastercep nak create pizza baru setiap minggu.

I suka pizza masak lemak cili padi. Kontemporari sangat u all~

I rasa sampai sini je I cerita pasal our unplanned picnic pizza. U all rasa ada part 3? Soon. Bye.

Pizza! Mu tunggu kami datang lagi!