Wednesday, February 6, 2013

Pengalaman Mistik Gua, Mungkin?

Assalamu'alaikum.

Selamat sejahtera.
Bertahun lama,
Kurahsiakan..
Cewah ehemm, nyanyi pulak kiteww.

Okay, mistik?
Mistik tu pada definisi aku adalah makhluk makhluk ghaib yang saja usik usik manja kita untuk sesatkan kita.
Gua bukan apa.
Gua nak share sikit.

Suatu masa dulu (baru baru jugak.) Kecoh sebuah uniberciti tempatan diganggu makhluk halus.
Nehh, itu perkara biasa. Apa yang penting?

__________________________________

Iman.
Ya, iman. Iman kena kuat.

Ekceli gua nak cerita pengalaman mistik gua dekat kauorang.
Kebanyakkan berlaku di tempat gua belajar sekarang.

Kemon. Penghuni asrama setiap tahun ditukar ganti.
So kita ni bukan penghuni tetap kat situ. Paham tak?
Kenalah pandai jaga diri okayy.

_______________________________

Kejadian pertama : .... (cewah.)
Tengah berjalan nak ke koperasi. Hati gua bagai ditarik tarik untuk memandang ke tangki air kolej gua.
Gua nampak apa yang tak patut gua nampak.
Sokay, gua toleh semula ke depan. Gua istighfar dalam hati.
Dan gua jalan seperti tiada apa yang berlaku.

-----

Kejadian kedua : ....
Dalam bilik gua.
Malam Jumaat.
Malam penuh rahmat.
Alkisah gua dan roomates gua baca Yasin reramai dalam bilik.
Ehemm, sedang gua baca surah Yasin. Gua dengar.
Sayup sangat. Sayup. Ada suara lain selain suara roomates aku.
Suara itu pun ikut sama baca bersama kami.
Well, gua abaikan je suara tu. Gua faham, 'beliau' saja nak uji kami berempat.

-----

Kejadian ketiga : ....
Tempat BBQ kolej gua.
Malam tu kelas gua buat majlis BBQ.
Just for memories together.
Masa tu gua sibuk amek gambar orang.
Then bila kekawan gua dah duduk makan, baru gua amek makanan.
Masa gua amek makanan tu, gua dengar ada bunyi pelik dan diikuti bunyi burung yang amat bising.
Gua tak pasti kawan2 gua yang lain dengar ke tak.
Gua malas nak fikir time tu sebab gua lapar gaban.
Takut memang ada sebab tempat tu agak gelap ahh kan.(:

-----

Itulah kisah gua. Banyak lagi. Tapi taknak la cerita banyak.
Gua cuma harap saban hari gua makin kuat untuk tepis itu semua.
InsyaAllah, amin.

Babaii~ Assalamu'alaikum.