Wednesday, December 21, 2011

Cinta Muka Buku.

assalamu'laikum.entry kali ni pasal "love in facebook." kenapa aku buat entry begini?sebab aku MENGALAMINYA! (^^)

okay,entry aku hari ni lebih kepada kehidupan aku.so siapa berminat.bacalah.kalau tak,tengok je. (:

cinta muka buku?yeahh.aku mengenali si dia juga di laman sosial facebook.actually dia ni budak kelas aku dulu.tapi aku tak pernah perasan kewujudan dia.hahaha sebab aku baru pindah ke sekolah tu awal 2010.sebulan kemudian aku pindah ke sekolah lain.sobss.

how we start contact each other?hm,seperti aku cakap.aku langsung tak kenal dia.dan dia pun langsung tak kenal aku.tak silap dia add aku kot kat FB.aku tengok mutual frenss dia ramai kawankawan lama aku.so aku approve.

jengjenggjenggg,dah DUA bulan after aku approve.baru dia tegur aku.cisss,sombong gila mamat ni.cehh padahal aku yang sombong.time tu aku layan dia macam orang lain.bergurau kasar bagai.sebab orang yang aku tak kenal.malas nak bagi muka sangat.kihkihkih,pastu dia tanya aku budak sekolah SMKB** ke?kelas ape?then aku jawab.shock abes rupanya dia satu kelas dengan aku dulu.hohokk.

pastu pastu (excited bercerita.) kitorang pun selalu chat kat FB.time tu aku memang jenis layan kepala.dia gurau kasar.aku lagi kasar.macam perempuan tiada kesopanan.HAHAHA.then one day.kelas lama aku buat jamuan.dorang ajak aku join.so aku join la.huk aloh.kawan lamaa kot.rinduu.

since that la aku dapat hidu dia suka aku.(perasan kan?) XD sebab apa aku kata begitu?sebab dia GENTLEMEN la giless servekan makanan dan minuman utk aku.haha,aku time tu mmg kejam.depandepan dia aku hulur makanan tu kat orang lain.hahaha,aku nampak perubahan muka dia.aku buat macam orang blurr je.padahal BERBUNGA!then dia cakap aku comel.SEE? aku tak expect dia cakap macam tu.yelah budak handsome cakap aku comel.rasa macam ohhh GOD,happynyosss.hahaha.


2bulan lepas jamuan.kitorang exchange no phone.mulalah start mesej.mesej punya mesej bulan Mac 2011 dia ngaku dia suka aku.so since that semua persoalan terjawab.lepas 3 bulan barulah dia kata dia sayang aku.hahaha terharu.aku memula tak sayang dia.tapi lamalama tengok dia caring kat aku.lepas tu selalu ajar aku dalam subjek yang lemah.so sayanglah kan. XD

itu jee,kenal dari bulan Februari 2010.tapi cakap sayang (love) bulan Jun 2011.giless aa.semoga hubungan antara aku dan dia berkekalan hingga ke syurga (: aminn.

assalamualaikum.

Wednesday, November 30, 2011

Faktor Utama Mengapa Budak Zaman Sekarang Cepat Matang.

assalamu'alaikum.
kalau korang perasan la kan,bebudak era moden ni makin cepat matang.kekadang tu aku tengok umur baru 10tahun dah pandai bercinta.gilerr aaa.meh kita trivia sikit. :D
1.pendedahan IT seawal zaman kanakkanak.
ahha,masa aku kanakkanak dulu memang harapan la nak kenal IT tu ape.al-maklum la,aku bukan datang dari keluarga berada.tapi,sekarang biasalah,ibu bapa moden.bayi dalam kandungan dah buatkan emel untuk budak tu.haha macam tak logik kan?tapi tak mustahil ada berlaku.(: sekarang ni budak umur 4tahun pun dah ada facebook tau.tak percaya?haha.it is true.kekadang tu budak2 ni lagi faham dan mahir dalam IT dari kita.
2.faktor persekitaran yang tidak mesra alam.
tak mesra alam?yup.korang cuba bandingkan zaman dulu dan zaman sekarang.kalau dulu,budak2 bebas nak main kat luar rumah dengan geng dorang.sekarang ni?main kat padang depan rumah pun dah kena culik.baru keluar setapak dari pagar rumah dah kena rogol.hish,mana la budak zaman sekarang tak cepat matang.sebab kehidupan mereka sekarang banyak risiko untuk ditempuhi.itu membuatkan mereka berfikir dengan rasional bahaya yang menanti.(:
3.kurang meluangkan masa bersama keluarga.
haishh,sekarang ni aku perhatikan ibu bapa sibuk dengan kerja manakala budakbudak ni pula sibuk dengan aktiviti sekolah.aktiviti sekolah tu okaylah.bukannya tak bagus.cuma kalau dah selalu takda kat rumah,bebudak ni akan lebih rapat dengan kawankawan sekolah mereka berbanding keluarga mereka sendiri.DAN tak semua kengkawan mereka itu sebaya.tentu ada yang lebih tua.so kalau dah bercampur dengan seniorr,pemikiran of course juga macam senior juga.so cepatlah bebudak ni matang.

itu la top three sebab musabab utama kenapa budak zaman sekarang cepat matang.banyak sebab lain cuma tiga di atas ni common berlaku.so,itu je aku nak share dengan korang.sampai berjumpa lagi next entry.babai.

assalamu'alaikum. (:

Tuesday, November 29, 2011

9 Perkara Yang Aku Buat Dalam Dewan Exam SPM.

assalamu'alaikum.lama tak update,busy SPM kan.hehe,meh kite nak share ape yang kite buat sepanjang exam SPM dijalankan di dalam Dewan Sri Gemilang,SM Teknik Johor Bahru.lets go! :D

1.letak kad pengenalan dan slip peperiksaan atas meja.
hehh,korang mesti wajib lalui perkara ni.tipulah kalau tak.hehe,tapi aku ni nakal sikit.ada 1 hari exam tu,aku letak slip aku kat sebelah kiri meja,IC aku kat sebelah kanan meja.lagi best aku terbalikkan IC tu biar tak nmpak muka aku.hehe,pening pengawas tu.kihkih,maaf ye cikgu pengawas. :D

2.goyang-goyangkan pen/pensel.
yang ni berlaku bila aku tengah berusaha perah otak untuk dapatkan idea dan cara untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan soalan.kadangkadang aku rasa macam nak campak pen or pensel dekat orang lain.wei bagilah jawapan kat aku! hehe. :P

3.termenung lama.
aku memang dari dulu mmg mcm ni.aku termenung bukan ape.aku kadang2 kering idea la.kadang2 soalan dia senang je,cuma otak aku blank.so aku just relax kejap.termenung lama ke luar pintu.tengok kereta lalu lalang. (:

4.tengok muka pengawas bila dia lalu sebelah.
dah tengok buat muka kesian la.konon minta jawapan.soalan susah la ape la.riak muka merungkaikan segala rahsia kan?hohoo,tapi kalau tak menjadi.apa lagi buat derk je la.
Exam
5.berhenti menulis bila pengawas lalu sebelah.
hahaha,aku yakin ada antara korang yang berperangai begini.kan?ngaku je la.haha,aku memang tak suka la pengawas lalu sebelah aku pastu jelingjeling jawapan aku.nak lagi sakit hati,dia berhenti lama kat tempat aku.kegangguan emosi di situ ye kawankawan.so,aku akan berhenti menulis.pastu termenung.konon fikir jawapan the best nak bagi.HAHA.

6.menggeliat sepuas hati.
biasalah,exam kan lama.asyik duduk je.sakit pinggang woo.aku pun tanpa segan silu,aku menggeliat la.peduli hape aku.janji aku selesa nak jawab exam.kan kan kan. ;D

7.minta paper lebih yang melebih lebih.
melebih lebih?haha,takdalah lebih sangat.aku minta paper lebih bukan nak tulis pun.just buat contengan je.ada 1 hari tu,aku terpaksa minta paper lebih SEBAB nak test dakwat pen aku.aku conteng punya conteng sampailah dakwat pen keluar.hehe,membazir kan?habis dah dakwat pen aku taknak keluar. :P

8.senyum lebar sorangsorang.
yes,ini berlaku padaku.tak silap aku masa paper BI kot.ada 1 soalan dia kelakar nak mati.aku nak gelak kuatkuat.tapi takboleh kan.so aku senyum lebar macam orang tak siuman.pengawas yang ronda pelik je.aku tak boleh kata apa la.just senyum je.time tu mmg kelakar la. (^^)

9.duduk macam orang malas.
pernah tgok orang duduk atas kerusi tapi macam malas gile.haa itu la aku.aku takboleh la duduk tegak lamalama.mesti akan bosan.so aku akan duduk ikut apa yang aku selesa la.buat derk sudah,bukan nyusahkan orang lain pun kan.hik hik.duduk sandar kat kerusi mcm takda tulang dah. :P



itu je,by the way,aku ada lagi 2 subjek utk aku tempuhi.

06 Disember - Lukisan Kejuruteraan.
14 Disember - Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

doakan tweeny ya! love you <3
assalamu'alaikum.(:

Thursday, November 17, 2011

10 Ciri Blog yang Aku Kemaruk Nak View.


1 . blog yang ada banner kreatif gila aa.

2 . blog yang selalu post entry kelakar.

3 . blog yang LANGSUNG takda lagu.(aku tak suka membaca sambil dengar lagu.)

4 . blog yang banyak tips tentang kesihatan diri.

5 . font yang digunakan tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

6 . blog yang memuatnaik entry berkaitan haiwanhaiwan comel.(gambar,tips penjagaan dsb.)

7 . blog yang banyak cerita pasal isu semasa.(lagi2 facebook,perempuan dan lelaki,cinta.)

8 . blog yang ada lukisan doodle.

9 . cara penulisan entry yang kreatif seperti membuat dialog,drama sebabak dsb.

10 . PENTING NI.tak suka blog yang shortform melampau.sakit hati baca tau tak.

okbye,assalamu'alaikum.

p/s : maaf entry pendek.mood kurang baik.but senyum selalu.(:


Friday, October 28, 2011

5 sebab orang mengumpat

assalamu'alaikum.entry kali ni agak sensitif la kot.tapi take it easy.aku cuma berkongsi.majoriti semua orang pernah mengumpat baik lelaki atau perempuan.cuma nampak tak nampak je la.okay,kenapa orang mengumpat?or bahasa sopannya,kenapa orang mengata keburukan orang lain?

first of all, definisi mengumpat ni adalah mengatakan perihal peribadi seseorang itu yang bilamana perkara yang diperkatakan itu adalah benar.TAPIII amat tak disukai oleh insan yang menjadi bahan umpatan itu.
di sini menyatakan sebabsebab mengapa orang mengumpat.antaranya : -

1.perasaan tidak puas hati.
hal ni lebih kepada perasaan yang berbuku lama dahh.geram punya pasal kat orang tu,lastlast cete yang tak sepatutnya kat jiran2,kawankawan,seluruh dunia.well,selalu terjadi.inilah dunia sebenar.

2.membalas dendam.
balas dendam dengan mengumpat?well,macam tak logik.tapi haruslah anda ingat,sebutir perkataan yang buruk keluar dari mulut anda,membawa pelbagai perspektif yang negatif terhadap perkataan itu.WOW! hebatnya kuasa perkataan!boleh mempengaruhi minda kita.
Contohnya kan aaa,si X(xena lawak kampus) curi kekasih korang.then korang pun ngumpat laa dia kat orang lain.sampai kekasih korang tinggalkan dia.so kira balas dendam la kan?waitt, XENA LAWAK KAMPUS? ok fine. -_- '

3.menjadi iktibar kepada orang lain.
yang ni tak pasti laa.aku tak reti nak terangkan kat korang.tapi aku try.kes macam ni lebih kepada memberi pengajaran kepada orang yang kausayang.kauorang nasihat orang yang kau sayang jangan dekati dia.kerana dia danger or else,jangan jadi macam dia.ish,aku tak sure la.kalau salah.sorry.

4.takut untuk menegur depandepan.
yes!ini selalu terjadi.well.kat aku pun dulu mcm tu.tapi tu dulu.sekarang aku suka ngadu kat mak aku dan si dia.lantak la mak aku dengar ke tak.janji aku berjaya mengomel apa yang terbuku di hati.penat tau.tapi puas.mak aku jenis tak layan aku membebel.so rasa puas gak la.aku lepaskan tanpa sebarang katakata batu api malahan tanpa katakata menghalang aku dari terus membebel bukanbukan.
so,kalau orang yang kau umpat tu adalah orang yang kau sayang.tegurlah depandepan.kalau dia sayang kau.mesti dia boleh terima.tapi kalau tak.silakan buat taktau.

5.memang hobi sepenuh masa.
hahah!hobi sepenuh masa?kelakar la.tapi terserah anda2 yang mempunyai hobi2 seperti ini.aku hanya senyum,tak perlu kata apaapa.dah memang hobi kan.mesti ketagih bila tak buat.so,your life,decide what way you want. (:

itu je kot.hehe,kalau ada yang terkecil hati.tini minta maaf ye.tiada niat menyinggung sesiapa.hanya perkongsian ikhlas dari hati.peace no war,fellas.

animated conversation

p/s : jagalah pertuturan anda.ingatlah yang tersayang.anda mampu mengubahnya. ;D
assalamu'alaikum.


Monday, October 24, 2011

Kriteria Sebiji Handphone Idaman Aku

assalamu'alaikum.setiap orang ada citarasa sendiri kan.so aku pun ada juga.topik kali ni pasal handphone.hehe,aku nak share ciri2 handphone idaman aku yang kadang2 logik.kadang2 tak logik juga la.okay let me start.

1.keypad ABC/QWER

aku lebih suka keypad QWER actually.lagi senang.sebab susunannya sama macam kat keyboard laptop or komputer.biar aku buat pengakuan sikit.aku sebenarnya tak suka handphone yang touchscreen.lecehh aa.bagi aku la.tambahan pula orang macam aku ni kuku belum tumbuh.nanti laa aku cete pasal kuku aku.(:

2.kamera 5MP ke atas.
aku ni suka ambil gambar.tak kira la gambar aku ke,gambar orang lain ke,gambar benda or binatang ke.memang aku suka gila.aku mewarisi minat bapak aku yang gemar ambil gambar.mesti ada yang cakap,"baik beli kamera digital je." well,topik asal kita handphone kan? ;P bila pixel kamera lebih dari 5MP,so senang aku amek gmbr guna phone ANDAI kata aku terlupa bawa kamera kan.plus gambar cantik lagi.(:

3.kalis air.
haha,tentu korang tak pernah fikir pasal henfone yang kalis air kan.melainkan henpon korang dah masuk air,baru la korang fikir "kan best kalau henpon aku kalis air".yeaahh,henfone kalis air ni best la kot bg aku.senang la anak sedara aku buat main henpon aku.aku off phone.pastu bg dia main.lantak dia la nak masuk mulut dia ke.nak campak masuk air sirap ke.HAHA.

4.kalis hentakkan.
macam tak logik kan?tapi adat aa.nama pun idaman.by the way,aku ni jenis pendam masalah aku tau.tak suka cete kat org lain.so bila aku dah bengang tahap maksima.kira tkboleh control lagi la.aku akan koyakkan kertas,baling barang2 and so on.lagi kalau gaduh dgn si dia,mmg mcm nak baling phone je.see?untung utk aku kalau aku dpt pakai hnphone kalis hentakkan.hehe.

5.banyak games + android.
aku perempuan.suka main game.so what?minat aku lebih cenderung kepada aktiviti yang lelaki selalu buat.ya aku akui aku tak suka mekap.kihkih.nak sapu lips ice pun taknak degil merontaronta.(eh jap,apa aku merepek ni?)ok balik kepada games + android.well aku memang suka main games.lagi taksub bila aku bosan.then kalau ada android.pehh ada talking tom best gakk.syiok beb.ada game2 java pun best juga.aku pun suka games the SIMS.korang tahu kan?fuiyoo,aku memang lekat habis la kan.kalau ada dlm handphone.mmg aku beli la kan.

6.icon mesej yang unik.
okay nampak tak kat atas tu.kan best kalau aku boleh kategorikan ikon2 mesej ikut kategori2 tertentu.macam contoh mak,ayah,kakak dan abang aku hantar mesej.then kat HP aku tulis "SILA BACA,INI FAMILY KO HANTAR".gila cool.konfem aku baca cepat2.kalau kawan2 hantar pula bunyi dia macam ni, "Wei,kau baca dulu.reply kemudian." kihkihkih.smart sehh.bg aku cool.

7.boleh download photoshop 7.0
woww!bestnya kalau handphone tu siap ada adobe photoshop 7.0,kihkih macam komputer pon ada.cool habis.dengan ciri NO 2 tadi.memang sesuai sangat la kalau edit gmbr kat adobe photoshop.hehe.edit2 gambar,then buat wallpaper pic.so gedik.yaaa,aku kisah ke.handphone aku kan.

thats all la,tu je kriteria penting bagi aku.3g,facebook,twitter,map,gps tu semua bg aku tak penting kot.dan dann,ciri2 asas handphone haruslah ada,macam calling,sms,mms,kalendar,kalkulator and so on.

okay dah bye.assalamu'alaikum.

p/s : ini handphone yg aku pakai.cikai punya.tak mcm korang.

Friday, October 21, 2011

30 things in you,sweetheart.(:


1 . awak suka warna putih.
2 . awak tak jemu nasihat saya.
3 . awak sabar dengan kerenah saya.
4 . awak jiwang.(hehe.)
5 . awak suka main futsal.
6 . awak hebat main badminton.(sampai saya takut nak lawan.takut saya menangis nanti.)
7 . awak kalau merajuk,comel tau.betul.
8 . awak kalau marah,saya takut tau.(janganlah marah,saya marah takpe.HEHE.)
9 . awak suka makan nasi goreng paprik.
10 . awak ramai peminat.tak kisah pun.(padahal dalam hati jeles gila.)
11 . awak suka saya sebab saya layan kepala kan.perangai gilagila.bukan gila tau. :D
12 . awak pandai sorok perasaan awak.
13 . awak sayang mak awak.saya tahu tu. (:
14 . awak suka subjek Kimia.
15 . awak selalu ajar saya Kimia.thanks awak! (:


16 . awak selalu buat muka pelik bila saya tanya soalan yang bukanbukan.
17 . awak hanya senyum(tak kata apaapa) bila saya senyum sampai tak nampak mata.
18 . kalau saya merajuk,awak pujuk.bila awak merajuk.satu apa pun saya tak layan.haha.
19 . mak awak panggil saya 'sayang'.dan saya tahu awak jeles.kan kan.(perasan sendiri.) :D
20 . awak geli dengan kucing.tapi saya suka.awak ni,pelik la.katak tak geli pulak? :P

kan comel ni awak.hehehe.(^^)

21 . buku2 yang awak bagi sebanyak 17 buah tu,saya tak baca pun.tak sempat.lepas SPM la.ok?
22 . awak suka cakap saya busuk.tapi saya lagi SUKA cakap awak busuk.pastu konon marah. :P
23 . awak suka makan.makan dan makan.thats why saya panggil awak montel.even awak kurus.
24 . awak selalu ingatkan saya pasal pengorbanan mak ayah.sumpah,saya terharu.
25 . awak always suruh saya belajar.mana saya tak faham.tanya awak.takpun cikgu.
26 . awak kata kat saya,jangan hampakan harapan ibu ayah.spm ni penentu arah masa depan.
27 . saya suka paksa awak nyanyi untuk saya.dgn segan silu,awak nyanyi.biarlah tak sedap pun.
28 . walaupun awak di sana,saya di sini.tapi kepercayaan masih teguh dalam diri.
29 . awak pesan kat saya,jaga diri baikbaik.fokus study,harumkan nama mak ayah.keluarga.



I love you!
30 . lastly,awak pernah jerit 3 word tu kuatkuat depan orang lain.malu aaaa. -_-'

Thursday, October 20, 2011

jantung kencang,hati berdebar,otak mula penuh.

assalamu'alaikum.

hehe,tajuk macam yeyee gempak je kan.padahal aku nak cakap.
weyyy! SPM dah dekat.ni ada masa sikit.aku update kejap.

tapi aku straight to the point.
aku minta maaf kat semua orang yang pernah aku sakiti.
then,cik kartini juga ingin memohon restu dari :

1. cikgu-cikgu Sekolah Menengah Tun Ismail,BP.
2. cikgu-cikgu Sekolah Menengah Bandar Baru UDA,JB.
3. cikgu-cikgu Sekolah Menengah Teknik JB.

terima kasih buat cikgu2 sekolah2 yang di atas ni.ilmu yang cikgu2 bagi semua masih saya guna untuk kehidupan saya.saya minta maaf jika saya pernah menyakiti atau buat cikgu2 bengang dgn sikap atau kerja rumah saya ( hehe ) maafkanlah.saya nak berubah!walaupun nampak mcm terlambat,saya nak usaha dptkan result yang BEST! (:

buat yang mengenali,kazen,pakcik,makcik,atok,nenek,dan lainlain.doakan untuk tini dan caloncalon SPM yang lain ya! i love you all. <3 (:

thats all.see ya ! assalamu'alaikum.

Friday, August 26, 2011

10 perkara mengenai aku.(kanakkanak.)

1 . aku suka makan jajan banyakbanyak pastu aku muntah.mak aku la yang bersihkan.ohh,mak.tini sayang mak. (:

2 . aku sangat rapat dengan abang aku yang kedua.time kecik,aku selalu main gusti dengan dia.dia tumbuk aku.aku tumbuk dia.DIA TUMBUK AKU.bunyi macam best.tapi biasalah.aku insan yang lemah.lalu aku melalakk.taknak main gusti lagi dengan abang aku.HAHA.

3 . somehow,aku suka jolok tekak aku.sampai ada sekali tu,jari aku tersekat kat kerongkong.nasib baik la boleh keluarkan.menangis aku.yelah takut jari takboleh keluar kan.

4 . aku paling takut dan sangat gerun dengan objek lagi besar dari aku walaupun aku minat kat objek tu sangat.macam contoh,aku suka gila cete ALONG.tapi bila dah jumpa depan2 maskot ALONG tu,aku rasa dia nak MAKAN aku!

5 . aku dulu jaguh permainan lompat tikus.sampai lubang terakhir pun aku lompat tinggitinggi.tapi bila turn aku jadi lubang tikus.aku takut.sebab aku pernah disepak di muka akibat permainan itu.ohh sedih.

6 . sebelum tidur,aku suka gentel selimut.taktau la.habit aku since umur setahun setengah kot.macam best je gentel selimut. (:

7 . kalau bulan penuh.aku akan menyorok dalam rumah.sebab definisi aku bila bulan penuh je,nnt dia asyik ikut je kemana aku pergi.mcm ada bayang2 ekori.so better sorokkan diri.u can't catch me ya!

8 . aku suka gila tengok ikan bergerak.nanti kalau pergi rumah orang yang ada akuarium besar.memang melekat je aku kat situ.mak ayah aku panggil,aku buat dang je.aku suka tengok ikan berenang sana sini.sampai sekarang pun aku suka! :D

9 . tiap kali aku pegi Bukit Merah Laketown Resort.aku selalu kena tinggal dengan siblings lain.yela,dorang semua pegi main bola gergasi tu.time tu aku pendek dan masih bawah umur.so takboleh.sadis.mainlah aku sorangsorang bersama mak aku.ohh.

10 . lastly,zaman kanakkanak,aku suka lastik ayam.nampak ayam je aku lastik.serius tak tipu.kadangkadang aku kejar ayam tu sampai aku penat.aku say babai to that ayam.

the end.

Tuesday, August 16, 2011

19 Tanda Korang Seorang Yang Matang

1.korang dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat korang tidak tercapai.
sebagai contoh korang nak sangat kasut bola/baju dress tu,korang minta kat parents korang tapi tak dapat.pastu korang apa lagi.tarik muka.merajuk taknak makan,taknak cakap bagai.aku lempang nak?hahaha.kalau korang kumpul duit sendiri tu lain cetelah.
2.Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
situasi ni bila ada kawankawan korang atau family korang tegur korang atau herdik korang.korang berlagak cool je walaupun dalam hati berbara bebb.kita jadi manusia ni biarlah pemaaf okay.lawan secara positif ye kengkawan.
3.Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
yang ni aku rasa hampir 99% penduduk muka bumi ada sifat ni.by the way,korang kalau jeles orang lain dipuji dan disanjung,apa kata korang try make something different yang menampakkan korang unik dari orang lain.tapi pastikan unik yang positif.jangan gedik sangat nak try bukanbukan.buat malu je.
4.Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
andai katalah ada orang benci korang kan.korang takyah nak sibuksibuk tahu kenapa dia benci kauorang.then update kat FB."kalau tak puas hati laii datang sini la." ek eleh pehal ajak gaduh.tak matang langsung.then update blog kutuk sana sini.kalaulah ini berlaku kat kawankawan aku,lama aku siram dengan air.hahaha.tipu je.malas aku nak campur.
5.Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
okay,make it short.macam sekarang la kan.bulan puasa.korang mampu kawal emosi dan nafsu korang dari membazir.cuba korang bandingkan diri korang dengan budakbudak kecil.budakbudak kecil kalau pegi bazar nak itu nak ini.alaaa macam cete upin ipin.angkut semua ayam goreng,ayam madu,ayam percik and so on.so kalau korang takboleh kawal nafsu,means korang belum matang lagi.
6.Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
tengok kawan lain dapat kerja CEO or pengurus or kerja baik sikit dari korang,mulalah dengki.hantar santau la.hantar geng musnahkan karier kawan sendiri la.bom syarikat dorang la.(ada ke bom?).kan lebih baik korang usaha lebih gigih utk majukan MALAYSIA ini.(hepi merdeka!) :D
7.Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
yang ni aku tak ngeti la terangkan.anyone?
8.Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
as example,korang masak sup ayam.then orang kritik masakan korang masin la,berminyak sangat laa.pastu korang mengamuk baling kerusi meja,cakap macamlah dorang tu pandai masak.lastlast fobia nak masak.terus lari masuk bilik menangis.HAHA.kemonlah,terimalah kritikan orang lain supaya korang dpt perbaiki diri.(:
9.Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
yang ni aku suka.kes ni lebih kurang korang pasang matlamat jangka panjang.korang nak study betul2.nak kerja yang bestbest.then bina sebuah keluarga yang bahagia dunia akhirat.insyaAllah ameen. (^^)
10. Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
kes macam ni lebih kepada sifat mengalah.tapi harus diingatkan,kita ada hak untuk menyuarakan pendapat.namun dengan pendapat yang rasional.jangan kauorang bantai buat rusuhan la.bakar rumah orang la.letupkan rumah orang.okay?
11. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
korang mmpunyai hobi yang tetap ikut diri kauorang sendiri.macam aku memang dari kecik hobi aku melukis je.ada masa lapang je melukis.ini tak,korang tengok orang lain ada hobi kumpul setem,korang pun nak.then esoknya nampak kawan korang ada hobi berenang.korang pun sibuk nak pasang hobi berenang.padahal tak ngeti berenang.lastlast lemas diselamatkan org lain.since that terus trauma bila nampak kolam malah lopak air.(ada ke?)
12. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
yang ni biasanya berlaku pada budak sekolah la.bila cikgu mengajar.at the end of lessons,cikgu tanya ada soalan tak.semua diam bisu.sebab malu kot pasni kena boo dengan kengkawan lain sebab lessons tu pun time sebelum waktu balik kan.so semua diam konon tak sabar nak balik.bila say goodbye to cegu,semua lari lintang pukang balik rumah.*maaf ayat nak bikin gempak je.
13. Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
yang ni lebih kepada hormat yang tua la.walau siapapun mereka,korang kena hormat tau tau tauu.
14. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
bahasa mudahnya,JANGAN nak riak sangat.masyarakat tak suka.apa lagi Tuhan.so korang bersederhanalah dalam semua hal.kalau boleh benda baik ni tak elok ditunjuktunjuk kat orang lain.melainkan utk tujuan mendidik.(macam korang as abang or kakak nak didik adik2 korang supaya berperilaku baik.)
15 . Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
sebagai contoh,korang gila lapar kan.then korang pun belilah makanan.then ada la pakcik tua yang uzur kena tinggal tepi jalan(kejamnya),korang beri makanan korang tu kat pakcik tua yang uzur tu.dengan paksa rela.dah lepas bagi tu korang senyumlah then blah dari situ.pegi satu tempat yang tak ramai orang.korang menangis kelaparan.sobs sobss. T_T
16 .Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
ni lebih kurang sama je dengan point no 4.cuma yang ni lebih bersifat bertolak ansur dengan orang yang korang tak suka.or benci la senang cete.even korang benci orang tu sebab dia rampas kebahagiaan hidup korang ke,korang still cool layan dia mcm org lain.kira macam fake sikit la.tapi kalau korang ikhlas,mesti orang tu dapat rasa.bukan sekarang.tapi suatu hari nanti.
17.Anda dapat mewujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
kiranya ada udang di sebalik batu la.ish takmau la cenggini.kita nak sayang,bercinta or bersahabat biarlah jujur dan ikhlas.jangan ada muslihat macam bersahabat sebab orang tu glamour ke,cantik ke,hot ke,kaya ke.so then korang ambil hati orang tu atas sebabsebab mahukan ke-MAKET-an,mahu dikenali,nak shopping dan enjoy dengan kekayaan orang lain."matang SUNGGUH"(perli.)
18. Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
okay lelaki,janganlah bila korang dapat bekerjasama dengan wanita yang cantik atau tidak,si wanita tu tanya pendapat korang,korang takyah nak yeye kelapa goreng yang korang tu lelaki malaya tulen.
19. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
perempuan pula,jangan sesekali berharap bila korang bersahabat dengan orang lelaki,korang dapat pikat kaum lelaki sampai boleh jadi bf sendiri.nak kawan buat cara kawan je.jangan nak terkinjakinja depan lelaki.(nasihat mak aku kepada aku.baik mak!)


tuntasnya,kalau korang ada lebih dari 11 points di atas,korang boleh dikatakan matang dalam kehidupan dan persoalan hidup korang.so,kita enjoy!