Tuesday, January 31, 2012

Tips Kawal Kemarahan.


Assalamu'alaikum. Hello bloggers sekalian. Straight to the point. Kauorang pernah rasa marah tak? Marah sampai nak tumbuk orang. Sampai nak bunuh orang? Aihh tak elok tu. Marah tu emosi yang tak stabil ditambah dengan hasutan syaitan. Okay jom kita trivia sikit tips nak kawan kemarahan.

1. Tarik nafas dalamdalam sedalam lautan yang paling dalam. Hahh tarik nafas pastu hembus tau. Jangan tak hembus pulak. Dah aku dituduh sebagai pembunuh. HAHAH. Actually bila kaourang banyak sedut oksigen, sistem darah dalam badan korang dapat bergerak dengan lancar dan menghantar isyarat ke otak agar berfikir secara waras dan sekaligus mencegah tubuh badan korang dari buat sesuatu perkara di luar dugaan lebihlebih lagi time kauorang tengah marah.


2. Ubah kedudukan anda. Hahh? Macam mana tu. Okay macam ni. Andai kata time kauorang marah tu, kauorang tengah berdiri. So relaxkan badan dengan duduk. Kalau masih marah, maka baringlah kauorang. Kalau baring pun masih marah, cuba pusing kiri or ke kanan. InsyaAllah kemarahan kauorang akan reda. Nak lagi best, tidurlah wei! Bangun komfem mamai tak ingat apa. Ingat makan je sebab lapar! >.<


3. Sejukkan diri dengan air. Maksudnya kalau kau sedang panas membuakbuak macam nak marah nak lempang orang ke apa, silalah lekaslekas basuh muka korangg. Kasi sejuk sikit. Bagi yang muslim tu ubati penyakit marah dengan selalu berwuduk. Berwuduk ni banyak manfaatnya. Nanti aku buat entry pasal wuduk okay? Hmm, ada orang bila dia marah dia akan mandi. Bila keluar bilik air je terus segar muka suci semua. Tryy okayy tips ni.


4. Menukar pandangan ke arah yang menyenangkan. Take it easy. Aku rasa muka baby tu cukup comel kan? Hahh apa kata kauorang yang tengah bengang marahkan something, pandanglah muka baby yang ada disekitar korang. Takpun korang cucilah mata melihat keindahan flora dan fauna. Tengok something yang warna hijau mendamaikan hati. Warna hijau kan warna Islam. Kan kan? Hmm kauorang boleh jugak pergi ajak family or pergi alone tenangkan fikiran kat pantaipantai berdekatan. Seriusly, aku kalau tengok ombak kat pantai, semua masalah aku hilang. Jiwa aku macam kosong. Tryy okay.


5. Meluahkan kemarahan dengan cara tersendiri. Nowadays aku lihat ramai remaja yang luahkan kemarahan dia kat facebook. Update sana sini. Bagi aku semua tu tak perlu. Mungkin aku pernah buat macam tu. Tapi aku dah delete okayy. Nak satu tips yang selalu aku buat bila aku marah? Haa amek sehelai kertas. Pastu kauorang tulis setiap apa yang terbuku di hati kauorang. Pastu simpan elokelok. Sebulan kemudian kauorang baca balik apa yang kauorang tulis tu. Mesti kauorang rasa "maca sengal je aku ni?" hahaha. Tak caya. Cubalahh. (:


6. Last but not least. Dengarlah zikir. Aku berani jamin. Dengan zikir kauorang akan reda kemarahan tu. Nak lagi mujarab kauorang ikut la sekali berzikir. Jadi syaitan pun lari la. Bila dah lari, syaitan pun gagal nak hasut kauorang lebihlebih. So automatik marah korang akan reda. Malah dapat PAHALA lagi! *Baca al-Quran pun boleh.


Okaylah tu je aku nak share. Cuba tauu tipstips yang aku bagi ni. Kalau kauorang masih marah, datang jumpa aku ehh. Aku bagi coklat. XD *mainmain je. Babaii bloggers.

Nah toffle aiskrim coklat aku bagi kalau kauorang marah. HAHA.

Assalamu'alaikum.

Perempuan jangan begini. Perempuan jangan begitu.



Assalamu'alaikum. Hey heyy bloggers sekalian. Ohh tak lupa juga yang bukan bloggers. Heheh. Korang sihat? Alhamdulillah. Hahh entry aku kali ni about perempuan. Hidup perempuan ni amat complicated *bak kata lelaki la.

Pastu kalau ke mana mana saja mesti kena ada pantang larang itu ini. Peribahasa Melayu ada mengatakan "Jaga anak perempuan seorang lagi susah dari jaga lembu sekandang." Jom kita check it out!


1. Jangan bercakap masa memasak. Nanti dapat suami tua.
Korang mesti pernah dengar kan mak korang atau sesiapa pun cakap macam gini kan? Hehh, sebenarnya takdalah dapat suami tua. Saja ugut je tu. Yang sebenarnya korang takboleh bercakap masa memasak sebab nanti air liur korang mercik sana sini masuk dalam masakan tu. Pastu nak bagi orang makan pulak? Hehe, then bayangkan la kauorang khusyuk bercakap dalam dengan iPhone korang kan sampai tak sedar masakan korang dah rentungg. Pastu pastu dapur terbakar. Pastu pastu rumah terbakar. Kesian cik polis dan cik bomba. Okay cerita aku kelaut sikit. Tapi tu lah hakikatnya.


2. Jaga kebersihan. Nanti hidup tak tenang.
Aku tak tahu la explain macam mana. Ini isu sensitif sikit la. About "lampin" korang tu. Korang tengah datang bulan. Pastu korang jenis malas gila kambeng, korang bukak pastu buang gitu je. Ya ampunn! Pengotornya perempuan jenis begini. At least kalau kauorang nak cepat, jirus pakai air je la sampai kotornya dah hilang. Kita kan taktahu makhluk apa kat luar sana yang HAUSKAN "kekotoran" korang tu. By the wayy, jagalah kebersihan. Nak nak kauorang perempuan yang baligh lagi mumaiz. Ada faham? (:

3. Jangan duduk depan pintu. Nanti tak kahwin.
Seriusly? Memang tak kahwin eh? OMK! Pantang larang ni ada benarnya jugak la. Kalau kauorang duduk depan pintu dok tayang muka depan pintu. Dah macam orang kurang waras je kan? Termenungg depan pintu. Jiranjiran lalu pun pelik la. Ehh apehal minah ni termenung duduk depan pintu menunggu suami pulang ke ape kan. CEH padahal belum kawen. Aku rasa macam tu kot tanggapan orang duludulu. Hihi, toksah la duduk depan pintu. Kalau nak hirup udara segar pun keluar dari pintu tu. Takpun pergi joging ke.


4. Jangan duduk kat tangga. Nanti takda orang nak meminang.
Err yang ni lebih kurang macam point kat atas kot. Aku taktau nak explain ikut fahaman aku sendiri. Faham faham kan la sendiri ye. Heheh bythewayy kerusi kan ada. Nak duduk kat tangga dah kenapa? Tangga kan tempat orang lalu lalang turun naik. Hehe.


5. Jangan duduk atas bantal. Nanti tumbuh bisul.
Bantal tu sedap je kan buat duduk. Gebu lembut je. Sebenarnya tak elok la duduk atas bantal kan. Yelah bantal kan tempat kauorang landingkan kepala buat tidur. Tak elok la. Cuba bayangkan muka kauorang letak kat punggung kauorang? Jijik kan. Hahh tu sebabnya orang dodulu tak bagi duduk atas bantal especially perempuan. Okayy jangan buat begitu lagi. Takmo takmo. XD

Itu je kot main point yang aku nak sampaikan. Mak aku selalu nasihat lima perkara di atas ni. Kadangkadang aku pun rasa jemu. Tapi untuk kebaikan aku juga. Sayang mama! Tuntasnya, kita sebagai orang perempuan kenalah pandai jaga diri sendiri kan. Okay la babaii bloggerss. :D

Assalamu'alaikum.



Ini kanakkanak perempuan. Hahaha.

Kan best kalau Maxis LEBIH baik hati.

Assalamu'alaikum. Hai bloggers terutamanya pengguna Maxis. Hahh aku pun pengguna Maxis.

Pengguna Maxis sekalian nak nak yang guna reload punya kan. Mesti korang tahu yang 31 Januari 2012 ni date terakhir untuk dapatkan RM3 percuma dan 20 SMS ke rangkaian Maxis-Maxis sahaja. Sobss. Walaupun nampak sikit. Tapi kalau dah keadaan terdesak. Untungg tu RM3 tu.

Hmm, caranya kauorang topup RM15 dan ke atas maka tak lama kemudian korang akan dapat mesej kredit tambahan RM3 dan 20 SMS percuma. Memula aku taktau langsung. Ada satu hari bapak aku topupkan RM20 dalam fone aku. Gile banyakk. Pastu tak lama kemudian aku dapat mesej kata "you have been topup with RM3 by blablablabla..." Gile curious aku. Memula aku expect bapak aku topupkan lagi la kan. Sekali dia kata takda. Aku pun buat tak kisah. Lamalama barulah aku tahu. Pehh Maxis! Terima kasih! Sayang kau banyakbanyak. Hehe.


TAPI hari ni last. Sobs sobss. Takpelah,kredit aku pun banyak lagi. Aku harap Maxis ada banyak lagi khidmat yang menarik seperti ini. Sebab dari darjah 6 aku dah pakai maxis. Nombor yang sama lagi. Hehehe.

Okayy babaiii. Tu je aku nak cerita. Assalamu'alaikum.



LAMA TAK MAKAN OREO. YUM YUMM :D

Monday, January 30, 2012

Cantik ke korang kalau...


Assalamu'alaikum. Well hello bloggers! How are you? Hope sihat sihat je okayy. Tajuk macam panas je kan? Hahaha jom straight to the point okay. Nowadays aku tengok terlalu ramai orang kat luar sana yang molek cantik semua. Okayy jom aku cerita sikit.

Cantik ke korang kalau...
MEKAP TEBAL PATPOLOHPAT INCI.
Okay macam kejam sangat patpolohpat inci tu kan. Hiperbolanya, aku nak tegaskan takguna kalau kauorang cantik sebab mekap. Bagi aku mekap tu sekadar untuk menaikkan seri wajah je. Macam muka korang berminyak kan, tepek la bedak sikit supaya dapat kawal minyak dan menghindarkan muka tu pucat macam hantu. Hihik. Actually mekap yang terlalu tebal ni akan buat kauorang syok sendiri perasan cantik je. Hakikatnya natural face tu lagi bagus. Jangan mekap over sangat nanti jadi macam badut ni. Nak ke?



Cantik ke korang kalau...
EDIT GAMBAR YANG KETERLALUAN.
Okay, yang ni aku sentuh sikit la. Aku kalau ambil gambar pun edit jugak. Tapi just edit untuk melawakan background dan menaikkan seri warna supaya gambar tu kelihatan berwarna menarik. Hmm, unless kauorang tu seorang photographer terunggul gila kambeng ikut suka kauorang la kan nak edit. Sebab gambar kauorang bertujuan untuk promosi kerjaya korang atau bakat korang sebagai photographer. Maksud aku edit berlebihan ni gambar kau dah molek macam tu cantik je. Tapi kau edit merahkan bibir kau, mata berwarna warni pastu pastu lighting cerah gila nak pengsan sampaikan nampak mata dan mulut kau je. Pastu upload kat myspace,blog,FB,Tumblr. Ramai ahh komen cakap kau cantik semua. Pastu masuk contest sana sini hanya bermodalkan gambar kau yang superb edited tu. Tak baiklah menipu orang. Aku edit gambar pun just nak tutup aib aku. Bukan nak kelihatan cantik.


Cantik ke korang kalau...
SEMUA TEMPELAN KAT MUKA KAU TU PALSU.
Bulu mata palsu, Contact lens berwarna warni macam muntah pelangi, rambut palsu. OMK! Janganlah fake sangat. Memang la semua tu buat kau jadi cantik, tapi semua tu palsu. Maka diri kau pun palsu ketika pakai itu. Alahai aku rasa macam kesian kat orangorang macam ni. Berat badan tambah sekilo nanti pakai semua benda ni. *ceh tipu je. Aku akui ramai artis Korea dan Jepun pakai semua tu untuk cantik. Tapi dorang artis. Biar pi la kat depa semua. One more thing, yang buat aku gelak gulingguling time tido adalah mereka yang bergigi cantik. TAPI pakai braces. What for la korang nak pakai braces kalau gigi tu dah molek. Nak cantik kat gigi pulak dengan pakai braces kaler kaler? Aihh esokesok gigi kau jongangg betul baru tahu. Hihihik.



Cantik ke korang kalau...
AMBIL GAMBAR BUAT DUCKFACE.
Hahaha, tahu tak apa duckface? Hehe, aku ni ada stalk FB sorang ppuan ni. Dia cun gila wehh bagi akulah. Aku pun tengok la satusatu gambar dia. Tapi tetiba ada satu gambar dia buat duckface. Omaigod! Aku paling geli dengan orang yang buat duckface. Duckface tu macam korang pose gedikgedik muncungkan bibir macam hot sangat la. Mak aku kata buruk bebenor perempuan macam tu. Hahaha see macam mana kauorang perempuan yang cantikcantik tu nak tambat hati mak mertua? *jap aku merepek. Please jangan buat duckface. Senyum molekmolek je la eh. One more, takyah nak jelirjelir lidah sangat. Ni pertandingan lidah sape paling panjang eh? Hehehe. Peace.



Cantik ke korang kalau...
TUNJUK MIDDLE FINGER.
Seriusly, muka kau dah ramai akui cantik,manis, cute blablabla dan seangkatan dengannya. Aku ni rajin stalk orang. Perhati peribadi mereka sorang demi sorang. Okayy ada sorang perempuan ni, molek benor la aku tengok. Status dia pun baikbaik je. Sekali ada satu hari dia upload gambar dia hang out dengan kawankawan dia. Ambil gambar tunjuk middle finger. Alahaii terus aku unfriend budak tu. Yelah taknak tambah dosa mengutuk dia lagi kan. Aku taktahu nak cakap apa. Speechless. Tengok komen kawankawan dia semua macam galakkan lagi. Ciss bedebah. Hahh aku dah marah ni. Ok stop.


Cantik ke korang kalau...
TAK HABISHABIS DENGAN HASAD DENGKI.
Hasad dengki. Seperti aku cakap, ramai orang dah akui kauorang tu cantik. Tapi kau punya hati busuk. Lebih busuk dari bangkai. Kau macam takboleh orang lain lebih dari kau. Kau buli orang lain. Pastu kau cari pasal dengan orang lain tak kira lelaki ke perempuan. Kira kau ni perangai macam lipas la. Lipas kan suka benda kotor. Hahaha. okay dahbye.

*Okay ni gambar aku paling takboleh blahh. Contoh saja.

Aku rasa setakat ni je la point aku. Tuntasnya, kalau dah cantik luaran tu, minda dan hati tu kenalah cantik juga. Ya aku tahu semua orang tak perfect. Tapi jangan salahkan Allah sebab segala kebaikan datang dari Allah dan keburukkan semua datang dari kita sendiri. WaAllahualam.

Assalamu'alaikum bloggers. (:

Friday, January 27, 2012

Bestnya Malaysia!



Assalamu'alaikum. Hello bloggers sekalian. Hihik. Hari ni aku nak cerita sikit keunikan Malaysia pada mata aku sendiri la. Aku rasa berbangga tauu dapat jadi anak Malaysia. (:
Okayy jangan buang masa, jom kita trivia!


1. Masyarakat majmuk.
Haa, aku rasa seantero dunia dah tahu yang Malaysia ni memang terkenal dengan budaya masyarakat majmuknya. Dalam Malaysia ni ada kaum Melayu, kaum Cina, kaum India, kaum Iban, kaum Kadazan, kaum orang Asli pun ada tauu. Unik kan? How come boleh wujud banyak sangat masyarakat dalam Malaysia ni? Okay sila bukak buku Sejarah Tingkatan 3,4 dan 5. Korang akan faham. Heheh. (:


2. Budaya.
As you know, kalau dah ada masyarakat yang berbilang bangsa ni sudah tentunya budaya mereka lainlain mengikut peninggalan zaman nenek moyang mereka. Okayy sebagai contoh, orang Melayu terkenal dengan budaya wayang kulit. Actually aku teringin sangat nak menonton wayang kulit. Tapi sayangg, takda peluangg. Ciss takpe. Haa, lagi orang India terkenal dengan budaya mengikat sanggul mereka menggunakan bunga mawar. Duludulu aku tengok ramailah perempuan India buat macam ni. Tapi sekarang gile susah nak jumpa.



3. Perayaan.
Raya? Ohh yeah! Seronok bebbb. As we all tahu, perayaan orang Melayu Islam mestilah Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Manakala orang Cina pula merayakan Sambutan Tahun Baru Cina, Pesta Kuih Bulan dan Cap Goh Mei. Orang India pulak merayakan Deepavali dan Thaipusam. Hahah aku suka hari raya sebab aku boleh main mercun(walaupun dilarang kerajaan.Heheh.) Pastu time raya je la aku dapat rasa macammacam jenis kuihmuih dan lauk pauk. Untunglahh berat naik. Hahaha. Pastu boleh dapat duit raya. *Ok dah jauh melencong ni. Tak kurang juga kaum Iban yang merayakan Hari Gawai. Hari Gawai ni disambut tanda kesyukuran atas hasil tuai padi sepanjang tahun. (:





4. Pakaian.
Setiap kaum di Malaysia ini mempunyai pakaian tradisi mereka. Pakaian ini melambangkan jati diri mereka sebagai sebuah bangsa yang harus dihormati antara satu sama lain. Pakaian tradisi yang amat sinonim dengan kaum Melayu adalah baju kurung dan baju melayu. Manakala bagi kaum India pula adalah sari, kurta, dhoti, dan sarung. Berbeza dengan kaum Cina. Pakaian tradisi mereka adalah cheongsam dan sam fu. Err pakaian lain yang juga menjadi turun temurun masyarakat Baba dan Nyonya adalah baju kebaya.




5. Makanan & Minuman.
Haa yang ni best. Sebab aku suka makan. Biarlah aku gemuk ke. Janji aku sihat kan. Okayy berbalik pada isu makanan. Di Malaysia ni terlalu banyak makanan yang boleh dikongsi bersama. Contohnya roti canai, satay, keropok lekor, teh tarik, nasi lemak, capati, laksa, mee rebus, air herba, dan macammacam lagi. Sebenarnya dalam soal makanan dan minuman ni tak kesah ikut kaum. Asalkan halal untuk dimakan. Maka semua bangsa di Malaysia ini boleh menikmatinya. As example, ketupat atau nasi himpit untuk kaum Melayu, Buah limau Mandarin simbol makanan orang Cina dan rempah ratus sebagai menu utama kaum India. Siapalah tak pernah rasa semua tu kan? Sedapp woo.



Okay kita sentuh sikit tentang makanan yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Nak? Heheh. Di Sarawak kita terdapat Laksa Sarawak dan Mi Kolok. Manakala di Sabah,(er aku tak tau sangat pasal Sabah.) Tapi aku ada tengok Warung Kita dihandle oleh Alex. Aku tertarik dengan embuyakk. Dia macam pekatpekat gitu. Embuyak ni dihasilkan dengan nasi mentah yang digaul dengan tepung kanji bersama air masak sehingga ianya pekat likatt dan dimakan begitu saja. Taktau apa rasa. Hooo. :O



6. Kepercayaan.
Kepercayaan ni bukanlah dari sudut agama sahaja. Sebagai contoh masyarakat Cina di Malaysia ini percaya akan Feng Shui dan sifat Yin dan Yang. Malahan, mereka juga percaya bahawa warna merah itu akan membawa tuah kepada hidup mereka. Selain itu, masyarakat India pula mempercayai bahawa lembu itu suci. Mereka tidak akan sekali kali makan daging lembu kerana kepercayaan mereka bahawa lembu itu adalah Tuhan mereka.

Bagi orang Melayu zaman dahulu kala, kepercayaan mereka kuat apabila berlaku sesuatu perkara. Contohnya apabila ada burung belatuk mengetuk2 pokok berhampiran rumah kita, bermakna ada saudara terdekat kita sudah meninggal dunia. Sejauh mana kebenarannya, kita sebagai majoriti umat Islam haruslah percaya pada yang SATU sahaja okayy.(:


7. Agama.
Di Malaysia ni masyarakat yang berbilang kaum ini bebas untuk mengamalkan agama masingmasing asalkan tidak mengganggu ketenteraman negara berdaulat ini. Antara agama yang terdapat di Malaysia adalah agama Islam, agama Buddha, agama Hindu, dan agama Kristian. Majoriti penganut agama Islam terdiri daripada orang Melayu. Manakala penganut agama Buddha dan Kristian adalah terdiri daripada orang Cina. Dan penganut agama Hindu pula terdiri daripada orang India. Ada juga di antara mereka yang tidak terikat dengan mana mana agama. Heyy macam mana tu? :O Entahlah.



Okayy itu sahaja entry kali ni yaa. Apa apa pun sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah bekerjasama dan berkolaborasi antara satu sama lain agar kemakmuran dan perkembangan sejagat dapat dinikmati bersama oleh generasi akan datang.
Peace! Assalamu'alaikum. (:

Sunday, January 22, 2012

5 sebab kenapa perempuan pakai legging.

Assalamu'alaikum. Marcapada ini aku lihat ramai perempuan yang pakai legging. Pemakaian legging ini dah macam jadi satu fenomena terbaru bagi perempuan di luar sana. Aihh legging tu apa? Legging tu sejenis kain yang dipotong mengikut saiz kaki. Wohooo.

Best sangat ke legging ni sampai ada artis bertudung pun pakai bende alahh ni? Jom kita trivia alasan mereka yang memakai legging! :D


1. Fesyen terkini.
"I kenalah ikut perkembangan fesyen terkini. I takmau dicop sebagai minah kampungg, youu. Lagipun pakai legging ni tak salah kan? Bukannya I pakai bikini jalan depan orang ramai kan kan? Heheh."


2. Corak yang cantik.
"Aku suka legging sebab banyak corak. Kalau pakai jeans, takda corak. Plain je. Bosan pulak aku dengan Jeanss. Haha, lagipun legging ni datang dengan bermacammacam corak,saiz, dan warna. Eh kau pakailah legging, komfem cantikk! (ketawa malu2.)"




3. Sebati dengan kaki dan punggung.
" Kiteee pakai legging sebab legging ni ringan. Tak macam jeans or seluar slack, berat je kaki nak melangkah. Ringan, mudah dipakai lahh senang kata. Pastu pastu kalau kaki gatal, senang je nak garukk. Sebab nipis kan."


4. Menyejukkan.
"Pakai legging ni tak macam pakai seluar or kain. Bila pakai legging ni, yelah dah ngam dengan kaki kan. Senang la nak rasa tamparan angin kat luar sana. Sejuk je tauu pakai legging ni. Lagi kalau cuaca tengah terik, memang legging yang nipis je la aku pakai."


5. Menutup aib.
" Hihik, kita malu la nak cakap. Sebenarnyaa kaki kita ni banyak kudis,kusta,pasta,kesan ciken pox,bisul dan sebagainya. Kita nak maintan seksi. Tapi taktau macam mana. So legging ni penyelamat la kan. Kan ikut bentuk kaki benda alah legging ni. So kiteee maintain seksii tauu tanpa tunjuk kaki kita. KIRA COVER LA TUU. Hihi jangan cakap sesape. Maluu."




Okay itu je alasan yang biasa aku dengar. And bagi yang bertudung yang pakai legging tu, hentikanlah. Aku kesian kat lelaki luar sana tahan nafsu tengok punggung montok korang dan kaki korang yang YUMYUM tu. Pakai jelah seluar jeans ke kain labuh ke. Kan manis je dengan imej perempuan bertudung. (:

Okayy baiii. Assalamu'alaikum.

Wednesday, January 18, 2012

Sama Tapi Berbeza

Assalamu'alaikum. Hari ni entry aku agak ringan dan ringkas. Entry aku kali ni menyentuh kepada dua sikap yang berbeza akhlaknya tapi sama maksudnya. Keliru? Okay jom trivia bawah ni. Enjoy!




1. Jimat DAN Kedekut.
Nampak macam sama je meaning dia kan? Ohh tidak sama sekali. Meh aku explain. Jimat ni sikap yang terpuji sebenarnya. Contohnya korang nak jimat elektrik. Korang mestilah off lampu or kipas or pendingin hawa etc bila tak digunakan. Berbeza dengan kedekut. Kedekut ni ekstrim gila punya jimat, HAHA. Contohlah ehh, korang tak pasang lampu tak pasang kipas. Just buka tingkap rumah je. Pastu kalau nak membaca pakai lilin or keluar dari rumah. SEE THE DIFFERENCE?


2. Pemurah DAN Boros.
Haa, dua dua ni keluarkan harta. Tapi pemurah ni dia keluarkan hartanya kepada jalan kebaikan. Kira saham akhirat la. Paham tak? Heheh. As example, si folan ni baru dapat gaji kan. Dia pun belanja la family dia makan kat luar SEAFOOD youu. Its okay what? Family dia juga. Then boros ni macam contoh si folan ni dapat gaji. Fuh enjoy ahh apa lagi. Pergi shopping barang branded, makan mahal2 sorang2. Pagi dapat gaji. Malam dah habis. Haha gila ahh.




3. Peramah DAN Kepoh.
Okay peramah ni lebih kepada friendly la. Kauorang senang menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Peramah ni kira macam senang dibuat kawan la. Yelah kalau semua membisu, sepilah dunia ni. OK kepoh pulak camne? Kepoh ni lebih kepada korang bercakap tanpa henti. Kadangkadang boleh korang boleh menyakitkan hati orang lain hanya sebab sikap kepoh korang tu. Contohnya, bercerita terus pasal peribadi korang yang patutnya private tapi korang cete juga kat orang yang baru kau kenal tu. Tak ke kepoh? Nanti orang amek kesempatan kat kauorang, baru nak menangis. >.<


4. Ambil berat DAN Busybody.
Bunyi macam sama je kan? Ambil berat ni perkara yang amat disenangi oleh semua orang. For example, kawan korang tanya "Eh kau dah siap belum assignment? Minggu depan tau kena hantar." Kan menyenangkan hati tu? Thanks God ada kawan yang ingatkan aku dan caring pasal aku. Busybody pula lebih kepada sikap yang menjengkelkan dan merimaskan. Contohnya, korang tengah sedih sebab anak kucing kau mati. Pastu datang si folan. Tanya kenapa sedih. Kenapa kucing kau mati. Siapa nama kucing kau. Tanam kat mana. Berapa umur kucing tu. WAIT KAU KESAHKAN AKU OR KUCING AKU? sobss busybody ah kau ni. -_____-'


*Cakap dengan haiwan lagi best. (^^,)


5. Memilih DAN Cerewet.
Ahakss! Memilih ni tak semestinya cerewet. Tapi cerewet tu memang memilih. Okayy. Memilih ni macam kauorang nak sesuatu benda yang ikut citarasa korang ala kadar je la okay. Macam contohnya. Korang nak lapar nak makan. Ada dua restoran. Satu restoran tu banyak kambeng, lembu, kucing, lalat. Pastu takda tanda halal tapi tukang masak orang melayu. The other restaurant, bersih, perangkap lalat pun ada, ada logo halal, tukang masak pun dipercayai. So korang akan MEMILIH yang bersih la kan? Kalau cerewet ni lain macam sikit overnya. Pergi makan kat restoran. Konon panas. Suruh pasang kipas laju sikit la. Pastu bila sudu garpu basah sikit,minta lapkan. Cerewet nak itu ini macam makan kat hotel je. HAHAHA.


*Manusia umpama Tumbuhan menghijau. Mereka bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan kehidupan dan tumbesaran yang sempurna. (:

SO, kesimpulannya. Jadilah manusia yang sentiasa bersederhana dalam semua aspek fizikal mahupun mental. Sayangilah diri anda dan orang lain. Sekian. Assalamu'alaikum.

NOMAD

Assalamu'alaikum. Kali ni aku nak cerita pasal hidup NOMAD aku. Kenapa NOMAD? Sebab aku sejak kecil sampai remaja ni asyiklah berpindah je. Jom trivia sikit tempat-tempat yang telah aku jajahi suatu ketika dulu. CEWAHH GURAU JE.


1. Taman Sri Amar, Johor Bahru. (1994 - 1996)

Okay, First sekali ofkos la tanah tumpah darahku. Aku dilahirkan di sini. FYI, dalam ahli keluarga aku, hanya aku je dilahirkan di JB. Parents & Siblings aku yang lain semua lahir kat BP. So rasanya aku ni special sikit la. HAHA. (^^,)


2. Setiawan, Perak. (1996 - 1997)

Then, aku dan family berpindah ke sini. Wow, Perak? Hm, not bad la. Kat sini aku ramai kawankawan beb. Serius, sampai sekarang aku still contact mereka. Ada yang still sekolah. Ada yang HOT gila aku tengok kat FB, ada yang sedang berbahagia dengan kehidupan sendiri dan banyak lagi, tak kurang ada yang dah "OMG, KAU KE NI?" haha. Seriusly aku rindu kawan aku yang nama dia Bella. Bila entah aku dapat jumpa dia. Bella! Baca ni! Hahaha.



3. Gelugor, Pulau Pinang. (1997 - 2000)

Hah, cheqq dah maii penang hah. Haha aku pun lupa macam mana budak JB seperti aku ni boleh berkomunikasi dalam slanga Penang pada ketika itu. Budak lagi kan. Cepat belajar. Now aku still boleh cakap Penang. Tapi gilo apo nak cakap dengan budak JB? Terkedu pulak mereka. Cewahh. XD Kat Penang ni aku ada dua besties. Classmate tadika aku dulu. Nama mereka Jaja dan Jimah. Yang ni aku dah lost contact. Jaja dan Jimah ni actually muda setahun dari aku. So kalau korang berdua baca ni. Cheqq nak habaq kat hangpa berdua, pulun habiss naaa SPM tahun ni. Jangan segan segan nak study. (^^,)




4. Bandar Baru UDA, Johor Bahru. (2000 - 2003)

Hahh Johor Bahru! I am back to youu. Aww I love you. Hahaha, nothing to say. Kat sini memang diakui aku ramai ramai ramai ramaiiii kawan. Sebab apa? Sebab aku dah sekolah! Kat sekolah mestilah ramai kawan. Tapi ni aku cete la. Dulu time darjah dua(tak silap la.) aku selalu dibuli tauu. Haihh, tapi aku jenis tak kisah. Tak nanges pun. Jenis lurus bendul. Macam naif gila la time tu. Yang buli aku tu geng dalam kelas aku juga. Dorang selalu curik botol air aku pastu letak kat tempat lain. Aku pun jenis buat bodoh je apa dorang buat. Mak aku selalu tanya mana botol air. Aku cakap tertinggal dalam bas kot. Tapi lamalama aku tak sanggup tipu mak aku sendiri. Aku cakap la botol air aku kena curi dengan gengg sekelas aku. Mak aku apa lagi. Jadi kingkong la. Terus pergi sekolah warning budak tu sekali. Kebetulan makbapak dorang pun ada. So setel cara baik. Since that aku hidup bebass. Weeee :P


5. Pontian Besar, Johor. (2003 - 2004)

Hmm, nothing to say here. Sebab kejap sangat aku berada di sini. Lagipun kat sini macam boring la time 2003-2004 ni. Sekarang, Humphh. Pontian siap ada funfair, Mall, Hotel. Dulu mana ada. Ciss tak aci. Ngelat ni, HAHA. Kat sini juga aku ada besties nama dia Izzati. Dari dulu sampai sekarang maintain comelnyee. Macam kucing. Hehehe, jangan marah izzati. :D Start dari sinilah aku suka buat NILAM sebab dapat galakkan dan sokongan dari cikgucikgu Sekolah Tengku Mahmood Iskandar (1).





6. Bandar Baru UDA, Johor Bahru. (2004 - 2007)

OMG! JB again? I mean UDA again? Hahaha, masuk sekolah yang sama masa darjah 1 & 2 dulu. Sekolah apa? SKBU(2). Ahakss. Graduate pun kat SKBU(2). Syukur alhamdulillah result yang okaylah juga. Dapat tawaran masuk SSI tapi takmau terus masuk ke SMKBBU. Kelas apa? 1KAA. What? Kelas Aliran Arab. Aku dah la tak pernah amek Arab melainkan kat sekolah agama. Aihh memang perit time tu aku struggle nak lulus Arab dalam exam2. Fuhh. Pernah juga give up. Tapi sayang kan. XD


7. Parit Raja, Batu Pahat. (2008 - 2009)

Well helooo BP! Hehe, first2 kat sini. Memangg sangatlah janggal! Sebab suasana kampung bebb. Orangorang kat sini tak macam orang bandar JB tu la. But aku jenis tak kisah. Aku ni peramah. Betul tak tipu. Jiran2 aku semua kenal aku dengan kepochi aku. I mean friendly la. Hahah. Then sekolah kat SMK Tun Ismail. Mula mula aku anggap sekolah ni ahh macam sekolah kampung je. Tapi PEHH BEST GILA SEKOLAH NI WA CAKAP LUUU. Cikgu2 dia superbb. Cara didikan cikgu kat sekolah ni memang lain gila la. Aku suka. Dulu aku susah nak dapat A dalam BI. Bila kat sini. Serius aku selalu dapat A. Trial PMR pun A. PMR pun alhamdulillah A. Kat sekolah ni juga aku ada kenangan pahit. Aku telah disimbah air milo oleh 2 orang pelajar perempuan yang bergaduh sebab rebut boipren. Haihh, time tu memang aku tercengang habis la kan. Orang ramai kat kantin semua tengok drama tu. Aku jadi mangsa. Sobss. Time tu waktu rehat. Aku pengawas kantin. Gila ahh. Terus tobat taknak jadi pengawas lagi.


*emosi aku ada ketika aku disimbah air milo. Tapi hajat tak sampai kan.


8. Bandar Baru UDA, Johor Bahru. (2010 - 2011)

Arghh UDA lagi? Why papa pilih UDA? Kawan pun dah naik nyampah kejap ado kejap takdo pastu ado balik. Hahaha. Awal tahun aku sekolah kat SMKBBU. Dengan result PMR yang hampeh, aku masuk kelas 4 ST. Mulamula okay je. Then aku decide nak pindah TiJB sebab aku taknak amek akaun. Nak drop rasa macam sayang je sebab nanti tinggal 9 subjek. So pinda TiJB amek kos yang aku boleh bawa dgn 10 subjek. Nothing to say. I have no idea about BBU because dah 3 kali visit here. Hohohok. Oh yaa, dari sini la aku kenal HL! Sobss rindu dia. (T____T)


*wuarghh aku dah habis sekolahh HAHAH.


9. Rengit, Batu Pahat. (2012 until aku kahwin.)<-- takboleh blahh.

Ohh bapak aku dah lama beli rumah kat Rengit ni. Around 2004 dia dah beli. Dia kata dah pencen duduk sini. So sekarang dia dah pencen. Aku pun dah habis SPM. Silakanlah aku dialukan menjadi bibik di rumah ini. Hahaha, ini memang last pindah bagi famili aku. Kalau aku taktau la. Nanti dah kawen kena pindah juga ye dok? *apa aku mengarut ni? Hahaha, Rengit sekarang dah maju bebb. Ada traffic light, ada KFC, ada bank, semuanya lengkap beb. Salun rambut pun ada. Hihik. Tak lama lagi akan ada 7 Eleven. Thanks YB Ayub Jamil! :D

Itu sahaja cerita NOMAD saya. Harap anda tidak bosan membacanya. Hihik. Assalamu'alaikum.



*fuh penat la sehh taip panjang2. Berpeluh den. :D

Monday, January 9, 2012

The Montel's Story

Assalamu'alaikum.(:



Ini dia Encik H kitee. Awak, kita rindu saat kita study samasama. Memang diakui awak sungguh pandai lebih lebih lagi subjek Chemistry dan Add Math. Awak selalu ajar mana kita tak faham. Walaupun ada satu saat awak hampir give up dengan kesengalan saya. Tapi awak tak putus asa. Kita tuisyen Add Math samasama. Setiap kali balik je dapat gulagula free. Hohohokk.

Setiap balik tuisyen je awak mesti tunggu kitee sampai kakak or abang kita ambil. Then baru awak balik. Padahal kakak awak dah tunggu lama. Maaf kakak. :) Then, ada satu malam tu, kakak kita jemput kita. Terkejut bukan kepalang kita bila mak kita pun ada time tu. Hmm,then awak dengan selamba senyum ke arah mak kita. Mak kita lambai awak. Awak pun lambai. Haha,sampai cikgu tuisyen Add Math perasan. Dan terkantoi di situ. Aww,kita rindu itu.(:




Encik H,

Kita nak cakap yang kita cukup terkejut apabila awak berani meluahkan perasaan awak kat kita depan mak kita. Time tu kita ingat, mak kita pun terkejut. Tapi mak kita takdalah marah. Just nasihat suruh belajar dulu. Time tu awak macam give up je sebab fikir mak kita tak suka kat awak. Lama awak merajuk. Tapi lamalama mak kita boleh terima. Kita cuma taknak cinta monyet dari awak. Setiap orang ada impian kan? (:

Pastu kita terpaksa berterus terang dengan awak yang kita kena pindah ke Batu Pahat. Kita tahu awak sedih. Tapi takboleh buat apa kan. Awak pun sibuk dengan kerja. Tapi thanks luangkan masa teman kita cari novel dan main boling kat angsana. Time tu awak kata awak nak ajak kita kacau budakbudak ST kerja. Kesian mereka. Ramai juga geng ST kat angsana tu.(:


Encik H,

Masa kita keluar untuk pertama kali dan terakhir kalinya(rasanyalah), awak kata awak ada surprise untuk kita. Kita pun macam excited la kan. Lepas solat Asar kat Angsana, kita pun kata nak balik. Then awak ajak kita ke Cherry Land. Awak keluar membawa plastik berisi kotak besar. Awak kata buka kat rumah. Kita boleh agak itu Teddy bear sebab saiz kotak besar kan. :P Lepas sampai rumah kita buka kita keluarkan ini :



Lepas tu ada bunga ros merah sekali dalam kotak tu. Kita rasa terharu. Walaupun mungkin perempuan di luar sana anggap Teddy bear tu nothing. Tapi pemberian yang ikhlas dari hati opkos dapat dirasai kan.(: Pastu awak hantar kita balik sampai ke kereta kakak kita. Awak salam mak kita. Kita rasa lepas ni dah tak dapat jumpa awak lagi. Tapi kita nak awak tahu, banyak kenangan pahit manis kita lalui walaupun hanya 7 bulan kan. Sobs.

Kita nak berterima kasih sebab ajar kita main boling. Ajar teknik yang betul untuk hentam pin. Awak terer banyak kali strike. Walaupun kita tak reti main, tapi boleh la sikit kan. Ada peningkatan. Ceh ada ke? :P Kita harap awak sudi datang BP tapi kita tahu itu mustahil kan. Kita tahu awak anak yang baik. Awak kerja elokelok tau. Jaga mama baikbaik. (:



Okaylah,kita rasa itu je kita nak cerita ceriti. Hohok, awak annoying dengan cerita kita? Siapa suruh baca. Hahaha, kita tak ngumpat sesiapa pun. Awak taksuka? Kita tutup telinga je. Hohok. I am HAPPY with my life now (: With beautiful family, and caring HL.

Okay,babaiii. Assalamu'alaikum.



*Gambar yang paling gedik. Hahaha, awak jangan marah. XD

Saturday, January 7, 2012

SAHABAT.(:

ASSALAMU'ALAIKUM.di malam yang hening dan sunyi ini izinkan aku bercerita mengenaimu sahabat.(:



okay yang ini nama glemer dia Youke.aku taktahu apa special budak ni.tapi bila aku berkawan dengan dia,aku dapat rasa jiwa dia ngam dengan jiwa aku.aku ni sometimes cepat touching.tapi dia tak pernah jemu layan aku macam org gila.dia suka reject aku.aku pun suka reject dia.tapi aku tak kisah.itu cara kami bergurau.

ohhh ohhh! sepanjang persekolahan bersama,dia banyak bagi nasihat kat aku.pada mulanya aku tak rapat dengan dia.tapi lama lama aku rasa kami sherashii bershameee.haha komfem kau geli kan youke?wuekk muntah darah.




persamaan aku dan dia. GILA KAMERA! tak kisah la kamera jenis ape pun.asal nampak je kitorang akan pose gilagila punya.aku nak ucapkan terima kasih youke sebab selalu reject aku tapi kau BAIK sebenarnya.orang yang kenal kau betul2 je tahu hati kau jenis cepat terusik.di sebalik ke-ROCK-an kau tu.hohok.jangan marahh. XD so enjoy the photos of ourselves together.RINDU KAU! ): sahabat selamanya yoo REDONGG! HAHA. XD






haha rindu la zaman sekolah.zaman kau cakap JAWA tapi aku blur tak faham apa pun.pastu kau fedap takmau cakap dah.hahaha.sayang kau doweyyy XD







p/s : banyak lagi aku nak story tapi ini dulu la.line broadband celcom aku warna hijau la! hihihik.baii assalamu'alaikum.