Wednesday, January 18, 2012

NOMAD

Assalamu'alaikum. Kali ni aku nak cerita pasal hidup NOMAD aku. Kenapa NOMAD? Sebab aku sejak kecil sampai remaja ni asyiklah berpindah je. Jom trivia sikit tempat-tempat yang telah aku jajahi suatu ketika dulu. CEWAHH GURAU JE.


1. Taman Sri Amar, Johor Bahru. (1994 - 1996)

Okay, First sekali ofkos la tanah tumpah darahku. Aku dilahirkan di sini. FYI, dalam ahli keluarga aku, hanya aku je dilahirkan di JB. Parents & Siblings aku yang lain semua lahir kat BP. So rasanya aku ni special sikit la. HAHA. (^^,)


2. Setiawan, Perak. (1996 - 1997)

Then, aku dan family berpindah ke sini. Wow, Perak? Hm, not bad la. Kat sini aku ramai kawankawan beb. Serius, sampai sekarang aku still contact mereka. Ada yang still sekolah. Ada yang HOT gila aku tengok kat FB, ada yang sedang berbahagia dengan kehidupan sendiri dan banyak lagi, tak kurang ada yang dah "OMG, KAU KE NI?" haha. Seriusly aku rindu kawan aku yang nama dia Bella. Bila entah aku dapat jumpa dia. Bella! Baca ni! Hahaha.



3. Gelugor, Pulau Pinang. (1997 - 2000)

Hah, cheqq dah maii penang hah. Haha aku pun lupa macam mana budak JB seperti aku ni boleh berkomunikasi dalam slanga Penang pada ketika itu. Budak lagi kan. Cepat belajar. Now aku still boleh cakap Penang. Tapi gilo apo nak cakap dengan budak JB? Terkedu pulak mereka. Cewahh. XD Kat Penang ni aku ada dua besties. Classmate tadika aku dulu. Nama mereka Jaja dan Jimah. Yang ni aku dah lost contact. Jaja dan Jimah ni actually muda setahun dari aku. So kalau korang berdua baca ni. Cheqq nak habaq kat hangpa berdua, pulun habiss naaa SPM tahun ni. Jangan segan segan nak study. (^^,)




4. Bandar Baru UDA, Johor Bahru. (2000 - 2003)

Hahh Johor Bahru! I am back to youu. Aww I love you. Hahaha, nothing to say. Kat sini memang diakui aku ramai ramai ramai ramaiiii kawan. Sebab apa? Sebab aku dah sekolah! Kat sekolah mestilah ramai kawan. Tapi ni aku cete la. Dulu time darjah dua(tak silap la.) aku selalu dibuli tauu. Haihh, tapi aku jenis tak kisah. Tak nanges pun. Jenis lurus bendul. Macam naif gila la time tu. Yang buli aku tu geng dalam kelas aku juga. Dorang selalu curik botol air aku pastu letak kat tempat lain. Aku pun jenis buat bodoh je apa dorang buat. Mak aku selalu tanya mana botol air. Aku cakap tertinggal dalam bas kot. Tapi lamalama aku tak sanggup tipu mak aku sendiri. Aku cakap la botol air aku kena curi dengan gengg sekelas aku. Mak aku apa lagi. Jadi kingkong la. Terus pergi sekolah warning budak tu sekali. Kebetulan makbapak dorang pun ada. So setel cara baik. Since that aku hidup bebass. Weeee :P


5. Pontian Besar, Johor. (2003 - 2004)

Hmm, nothing to say here. Sebab kejap sangat aku berada di sini. Lagipun kat sini macam boring la time 2003-2004 ni. Sekarang, Humphh. Pontian siap ada funfair, Mall, Hotel. Dulu mana ada. Ciss tak aci. Ngelat ni, HAHA. Kat sini juga aku ada besties nama dia Izzati. Dari dulu sampai sekarang maintain comelnyee. Macam kucing. Hehehe, jangan marah izzati. :D Start dari sinilah aku suka buat NILAM sebab dapat galakkan dan sokongan dari cikgucikgu Sekolah Tengku Mahmood Iskandar (1).





6. Bandar Baru UDA, Johor Bahru. (2004 - 2007)

OMG! JB again? I mean UDA again? Hahaha, masuk sekolah yang sama masa darjah 1 & 2 dulu. Sekolah apa? SKBU(2). Ahakss. Graduate pun kat SKBU(2). Syukur alhamdulillah result yang okaylah juga. Dapat tawaran masuk SSI tapi takmau terus masuk ke SMKBBU. Kelas apa? 1KAA. What? Kelas Aliran Arab. Aku dah la tak pernah amek Arab melainkan kat sekolah agama. Aihh memang perit time tu aku struggle nak lulus Arab dalam exam2. Fuhh. Pernah juga give up. Tapi sayang kan. XD


7. Parit Raja, Batu Pahat. (2008 - 2009)

Well helooo BP! Hehe, first2 kat sini. Memangg sangatlah janggal! Sebab suasana kampung bebb. Orangorang kat sini tak macam orang bandar JB tu la. But aku jenis tak kisah. Aku ni peramah. Betul tak tipu. Jiran2 aku semua kenal aku dengan kepochi aku. I mean friendly la. Hahah. Then sekolah kat SMK Tun Ismail. Mula mula aku anggap sekolah ni ahh macam sekolah kampung je. Tapi PEHH BEST GILA SEKOLAH NI WA CAKAP LUUU. Cikgu2 dia superbb. Cara didikan cikgu kat sekolah ni memang lain gila la. Aku suka. Dulu aku susah nak dapat A dalam BI. Bila kat sini. Serius aku selalu dapat A. Trial PMR pun A. PMR pun alhamdulillah A. Kat sekolah ni juga aku ada kenangan pahit. Aku telah disimbah air milo oleh 2 orang pelajar perempuan yang bergaduh sebab rebut boipren. Haihh, time tu memang aku tercengang habis la kan. Orang ramai kat kantin semua tengok drama tu. Aku jadi mangsa. Sobss. Time tu waktu rehat. Aku pengawas kantin. Gila ahh. Terus tobat taknak jadi pengawas lagi.


*emosi aku ada ketika aku disimbah air milo. Tapi hajat tak sampai kan.


8. Bandar Baru UDA, Johor Bahru. (2010 - 2011)

Arghh UDA lagi? Why papa pilih UDA? Kawan pun dah naik nyampah kejap ado kejap takdo pastu ado balik. Hahaha. Awal tahun aku sekolah kat SMKBBU. Dengan result PMR yang hampeh, aku masuk kelas 4 ST. Mulamula okay je. Then aku decide nak pindah TiJB sebab aku taknak amek akaun. Nak drop rasa macam sayang je sebab nanti tinggal 9 subjek. So pinda TiJB amek kos yang aku boleh bawa dgn 10 subjek. Nothing to say. I have no idea about BBU because dah 3 kali visit here. Hohohok. Oh yaa, dari sini la aku kenal HL! Sobss rindu dia. (T____T)


*wuarghh aku dah habis sekolahh HAHAH.


9. Rengit, Batu Pahat. (2012 until aku kahwin.)<-- takboleh blahh.

Ohh bapak aku dah lama beli rumah kat Rengit ni. Around 2004 dia dah beli. Dia kata dah pencen duduk sini. So sekarang dia dah pencen. Aku pun dah habis SPM. Silakanlah aku dialukan menjadi bibik di rumah ini. Hahaha, ini memang last pindah bagi famili aku. Kalau aku taktau la. Nanti dah kawen kena pindah juga ye dok? *apa aku mengarut ni? Hahaha, Rengit sekarang dah maju bebb. Ada traffic light, ada KFC, ada bank, semuanya lengkap beb. Salun rambut pun ada. Hihik. Tak lama lagi akan ada 7 Eleven. Thanks YB Ayub Jamil! :D

Itu sahaja cerita NOMAD saya. Harap anda tidak bosan membacanya. Hihik. Assalamu'alaikum.



*fuh penat la sehh taip panjang2. Berpeluh den. :D

No comments:

Post a Comment