Sunday, October 27, 2013

Falling.


Wahai kapal, terbanglah ekau membawa hati aku dan mendaratlah ke dalam hati dia.


AMBOI. Okay bye.

Yang benar,
KARTINI.

Thursday, September 12, 2013

Dari Matrikulasi ke Universiti.

Assalamualaikum.

Hari ni baru berkesempatan untuk menulis.
Tengok tajuk dah tahu apa point nak bagi kan?

Most of university student said that :
"Student matrik semua manja"
"Student matrik kurang matured la berbanding budak U"

Sebelum aku pergi jauh.
Harus ditekankan. Aku ex Kolej Matrikulasi Johor.
Pada tanggal 1 September 2013. Cewah tanggal ea. :P
Aku dah mendaftar ke Universiti Kuala Lumpur.
Cawangan?



UniKL Malaysian Industrial Technology or shotpom UniKL MITEC.
Kos? Hm, kos kiteww ni tak pemes pun awak. Mesti majoriti dari awok taktau kos ni.

Ijazah Sarjana Muda Industri Logistik dengan kepujian.
Logistik? Pebende tu? Chopstik ke?

Err, cam tak sampai je lawak kau Tini.

Okay. Kos Industri Logistik ni tersangat sangatlah luas bidangnya. Di mana mana ada je logistik ni.
Boleh didapati di lautan. Di udara. Mahupun di darat. Its more to transportation actually.
How we deliver things from one place to another place. Guna apa? Haa jawab!

Ya. Transport.

Bagaimana kita hantar perabot dari kilang dalam kuantiti yang banyak?
Bagaimana kita nak import buah epal yang fresh dari New Zealand ke Malaysia?
Bagaimana kita nak exchange teknologi yang canggih dari Jepun?
Gajet multitasking dari Amerika? Russia? China?(hehe)

Semuanya guna logistik punya elemen.
Kontena. Kargo. Kapal. Airport. Lori. Treller. And so on.

Ok, gini la hipotesisnya.
Semakin maju sesebuah negara, semakin membangunlah sektor logistik di negara itu. Kayo kayoo.

---------------------------------------------------------------------------------

Lepas MSR (orientasi) memang memasing penat. Aku pun muka penat lesu tidak bermaya. Kesian. Kesian. Kesian. (gema)

Stop introduction pasal kos aku.
Now life aku kat U.

Jujur.
Aku rasa life kat matrik lagi fun.
Ya. Mungkin student matrik dimanjakan.
Semua diberi. Ditunjuk ajar. Macam sekolah.
Ada kawan kawan yang caring gila nak mampos.(Euww, dah korek hidung pun tanya ke?)

But.
In U, pegh jujur dari view aku.
Shock! Shock! Shock! (menggelupur atas lantai.)

There are too many differences between matric life and U life.
Kenangan lalu kau dan aku takkan terhapus. Duri ranjau dalam belajar. Lumrah dunia~~
Pebende kau Tini nyanyi pulak.

Kat sini semuanya sendiri. Nak belajar sendiri. Nak buat assignment sendiri.
Takda dah guideline nak wat cemana. Camtu ke camni ke. Apa yang lecturer tahu.
Sampai due date, mesti ado tugasnya dah siap.

Beza dengan matrik. Pegh pensyarah semua tunjuk apa yang kena buat. Apa yang takboleh.
Ada yang baik bagi markah kesian. Ada yang suruh present balik. Itu pun kekadang mengeluh.
"Apa bende lecturer ni, aku dah bentang disuruhnya bentang lagi. Pebennnndeeeenyeeeeeee laaaaaa...." (angkat tangan macam Karam Singh Waliya.)

"Sehari sepinggan beras. Itu ditanak pakai rice cooker la. Sehari sepinggan nasi. Seminggu itu nasi jadi seguni la. Dari mana datangnya nasi kalau tidak dari beras. Banyak berat ini perut seghupe itu guni beras amma appa.!"

Dari segi kawan. Kena pandai pilih. So far memasing belum tunjuk belang lagi la.
So aku anggap semua baik baik belaka la. And one more thing. Aku ni kira student degree yang muda ah.
Yang lain semua dah 20 tahun ke atas. Eh cam terancam gak ahh. Sebab pengalaman aku sikit je.
Garam kat rumah pun jarang aku makan. So kurang makan garam la.

Aku rasa itu je kot aku mampu kongsi. Sebab baru 2 minggu kat MITEC ni. Nanti dah masuk semester 2.
Aku cerita lagi. Ehehehe.

Btw, MITEC kampus baru. Kat Bandar Seri Alam. Sebelah MRSM. Sebelah sekolah Seni. Tak lama lagi ada UiTM dibuka di sini. Jemputlah sambung study di sini. Bye nak tido.

Assalamualaikum.



Sunday, July 28, 2013

Berapa Lama?

Berapa lama kita nak simpan hasad itu?
Sakitnya pada kita juga.
Salah lepas, musuh bertambah.



Berapa lama kita perlu membangga diri?

Membuka kronologi kehidupan sendiri.
Yang dipenuhi kemewahan abadi.
Yang diwarnai kejayaan bertubi.



Berapa lama hendak sembunyikan perasaan takut?

Dunia ibarat sekumpulan harimau di hutan.
Harus pandai memburu peluang yang tiba.
Bersembunyi di balik semak menunggu untuk dibaham.
Atau keluar menembak sasaran dengan cepat.



Berapa lama bersabar untuk dikhianati? Ditindas?

Tidak perlu membalas. Tidak perlu.
Berjagalah setiap hari demi maruah.
Siap siaga apabila ia mendatang.
Persiapkan diri dengan ilmu yang menggunung.
Pabila diserang, lontarkan peluru hujahmu.



Berapa lama setia untuk cinta palsu?

Jika benar cinta itu. 
Cool sahaja.
Tidak perlu until Jannah.
Kerana Jannah comes when you keep Allah in your heart.
Tidak usah mendera hati sendiri.



Berapa lama lagi?
Berapa?

Saturday, June 1, 2013

5 Alasan Tipikal Nak Break Up.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Di bawah ni merupakan alasan nak break up yang common digunakan baik dari pihak lelaki atau perempuan.

1. "Kita dah tak serasi bersama"
Dulu kita selalu makan satu pinggan dua orang. Lepas tu kalau dating kita pakai baju sama warna @ pattern. Lepas tu akaun facebook awak akaun facebook saya juga. Ambil gambar upload kat stegremm.
*Beli satu percuma satu.
Sekarang kita makan asing asing. Awak kata awak jemu makan menu yang sama. Awak nak makan ciken cop sedangkan dulu kita selalu share makan nasi goreng ikan masin. Lepas tu setiap kali kita dating awak selalu bagi alasan taknak pakai baju sama warna @ pattern. Awak kata kelakar. Lagi bengang saya bila awak tukar password facebook awak dan awak taknak bagitau saya apa dan kenapa?

2. "Awak terlalu baik untuk saya"
Dulu kita tak kisah apa pun orang kata, janji kita bahagia. Setiap kali kita keluar je kita mesti bersalaman macam ami steri. Bila keluar tengok wayang ke jalan-jalan ke kita mesti berpegangan tangan. Yelah kita kan loving couple.

Sekarang awak macam elak semua tu. Awak kata nak jaga adab. Awak taknak timbulkan fitnah. Setiap kali kita keluar bersama, takda lagi dah bersalam. Pastu awak pun jalan seiring dengan saya tapi tak serapat dulu. Awak pun dah tak pegang tangan saya bila kita keluar. Awak dah lain. Dan awak terlampau baik untuk orang biasa macam saya.

3. "Mak ayah awak taksuka saya"
Awak accept semua yang ada pada saya. Tapi parents awak tak. Hari tu mak awak kata saya ni macam budak budak. Sebab apa? Sebab saya pakai baju kuning lambang spongebob. Apa salah ke? 
*garuk kepala*
"Stylo apa baju ni. Hm kita takda jodoh camne."

4. "Pandangan politik kita tak sehaluan"
Err err. Saya hijau. Awak biru. Err err. Kbye. 
*takmau komen panjang lebar kerana bergaduh bukan cara aku*

5. "Awak seorang player"
Dulu awak janji bukan main manis sangat. Sayalah paling hebat di mata awak. Sayalah paling perfect di hati awak. "I love you until Jannah". Saya gembira sangat. Awak kata saya comel. Baik. Macam macam la. Rasa dihargai sangat. 

Sekarang awak tak pernah hargai saya. Saya dah pakai cantik cantik kemas kemas pun awak kata saya ni tak pandai bergaya. Suatu hari tu saya nampak awak jalan dengan orang lain. Awak mengaku dia kekasih hati awak. Tapi sebelum tu awak kata kawan la teman tapi mesra kambing awak la. Ahh, say bye bye.


Pokok pangkalnya, kalau dah cinta kita boleh terima each other walau macam mana sekalipun perangai si dia, perubahan tingkah laku dia. Di samping tu berdoa la. Kalau bercinta tu jangan over sangat tau. Orang meluat. Nanti orang doakan yang takbaik pun tak elok. Rambut sama hitam, hati lain lain (:

Sekian, Assalamualaikum.


Thursday, May 30, 2013

Jika ini berlaku pada anda.

Andaikan saya ni sahabat baik awak yang sudah lama terpisah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suatu malam, ketika hujan lebat awak duduk rumah sendirian. Awak tengah main facebook sambil tengok TV kat ruang tamu sementara tunggu mak ayah awak pulang dari annual dinner tempat kerja ayah awak walaupun mereka bawa kunci pendua.

Then pintu rumah awak diketuk seraya "assalamualaikum" kedengaran. Awak buka pintu dan nampak saya.
Aaaaa! Kita dah lama tak jumpa. Saya buat surprise untuk awak. Kita berpelukan depan pintu. Saya gembira sangat dapat tahu rumah awak kat sini atas bantuan kawan-kawan lain.

Awak tarik saya masuk rumah awak. Kita main games sama-sama.. Kita masak maggi sama-sama. Yelah hujan sejuk sejuk sedap makan maggi beb. Lagi tomyam. Saya gembira sangat dapat jumpa awak. Awak bercerita macam macam dekat saya. Kita bertukar-tukar cerita. Awak pelawa saya tidur rumah awak. Saya okayy je sebab awak kata saya boleh pakai baju awak. Kita kan sahabat ^_^

Then dalam bilik, kita ambil gambar bersama sama guna DSLR awak. Kita gelak ketawa dalam bilik. Then masa untuk tidur. Saya minta tolong awak tutup lampu sebab saya takboleh tidur tanpa lampu. Then gelaplah bilik tu. Tapi kita belum tidur lagi. Kita berbual bual dalam gelap. Kita cerita zaman kita sekolah rendah dulu. Saya cerita macam macam sampai terburai gelak ketawa antara kita berdua. Biasalah sahabat baik kan. Kita bersembang sampai dekat pukul 1 pagi.

Then tetiba awak baru teringat iPhone awak tertinggal kat ruang tamu. Yelah seronok sangat bercerita sampai lupa handphone sendiri. Pastu awak suruh saya tunggu kejap dalam bilik. Alamak, dah la dah pukul 1 pagi. Bilik awak ni besar. Saya agak cuak la sikit ditinggalkan. Awak kata kejap je. Nak ambil phone pastu nanti cepat cepat naik bilik la. Then saya minta awak berjanji, walau apa pun terjadi awak mesti naik semula ke bilik ni. Saya ni penakut sikit. Then awak janji. Awak janji kat saya walau apa pun terjadi, awak tetap naik semula ke bilik. Awak ejek saya penakut.

Awak pun turun bawah. Pergi ke ruang tamu. Mencari iPhone awak di sofa, di tepi laptop. Tak jumpa. Then suddenly deringan handphone berbunyi. Rupanya iPhone awak yang berbunyi. Ada di dapur. Tertinggal masa awak dan saya masak maggi bersama. Yelah kekonon nak ambil gambar maggi upload dalam instagram. Pastu awak tengok kawan awak yang tepon awak. Awak pun pelik la. Yela pukul 1 pagi pehal nak tepon. Macam important call je kan.

Awak pun jawablah anggilan tersebut. Dalam perbualan pendek tu, kawan awak kata saya iaitu sahabat baik awak telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di highway utara selatan. Dia beritahu saya akan dikebumikan esok pagi. Kawan awak mohon awak datang rumah saya di alamat sekian dan sekian untuk majlis tahlil. Awak terkejut bukan kepalang. Awak terduduk di dapur. Awak teringat janji awak pada saya.

Persoalannya sekarang, adakah awak akan tunaikan janji awak kepada saya? Adakah awak akan naik ke atas semula ke bilik awak untuk temankan saya yang awak kenal sebagai seorang yang agak penakut?

Will you?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekian, Assalamualaikum.


3 Sebab Saya Cemburu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setiap orang ada sifat cemburunya masing-masing. Saya pun ada tahap cemburu saya sendiri.

Situasi 1 : Bila parent bandingkan dengan orang lain.
Siapalah suka dibandingkan. Tapi saya tahu niat parent saya untuk menaikkan semangat daya saing saya dengan orang lain. Terutama dalam pelajaran. Cemburu ah sebab dibandingkan dengan mereka yang genius otak geliga. A+ je semua. 4 Flat je tiap kali exam. Sedangkan saya ni biasa biasa je.

Situasi 2 : Bila kawan baik sendiri lebih utamakan kekasihnya.
Sikit sikit kekasih dia. Sikit sikit kekasih dia. Pergi hang out, bual pasal kekasih dia. Kekasih dia itu. Kekasih dia ini. Biasalah orang tengah angau bercinta. Saya faham. Tapi time kita nak enjoy jalan jalan release semuanya, tak perlu cerita pasal kekasih. Puja sana sini. Nak gosip sikit-sikit boleh la. Ni tak, nak cakap topik lain langsung takboleh. Saya cemburu juga kalau kes macam ni. Lebihkan kekasih dari bestfriend sendiri.

Situasi 3 : Bila buah hati mesra dengan perempuan lain.
Sentap hati mak nak. Hahaha, actually tak cemburu sangat pun kalau dia mesra dengan perempuan lain. Itu hak dia. Dia bebas berkawan dengan sesiapa je. Cemburu buta nanti hati sendiri hiba. Cemburu sikit sikit boleh kot.

Sekian, assalamualaikum.


Video ini penuh dengan nilai kemanusiaan.



"HOPE and FEAR is like a pair of wings,
You need both to fly"

-Imam Maturidi.

*The truth, I cry when watching this video*

Wednesday, May 29, 2013

Kucing dan Padang bola. Alkisah.

Assalamualaikum.

Semalam. Semangat nak tengok bola JDT lawan Pahang.
Sudahnya perlawanan tangguh. Gara-gara apa?

Ada yang kata penyokong JDT dibaling batu dari luar.
Jadi mereka protes.

Tapi saya fikir lain.


Oleh kerana kucing ini telah selamba cat dia eyakk kat padang PDM, maka perlawanan cancel.

Mana tahu player nak jaringkan goal, tapi terjaringkan tahi.


"Shame on you, Cat. Shame on you"

Kucing ni pandai troll. Pandai.


Saya dah jadi rawkstar sekarang, lepas kejadian beyak atas padang tu, terus saya ada twitter tau. Meoww.



Sekian saja. Bai, Assalamualaikum.

Tuesday, May 28, 2013

Orang kata mimpi cuma mimpi.

Tapi saya kata tak semua mimpi tu cuma mainan.

Ohh sebelum terlupa, assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.


Yeke mimpi cuma mimpi?
Atau ada maksud tersirat?
Orang kata "Hmm tidur tak basuh kaki la tu"
"lupa baca doa la tu"
Macam mana eh?

Orang tua tua kata,
Mimpi indah biasanya realiti tak indah.
Mimpi tak indah biasanya realiti indah.

Contoh mimpi dipatuk ular sawa.
Konon ada orang suka kita. Betul ke? Wallahualam.
Allah Maha Mengetahui.

Saya pernah bermimpi. Aneh. Sebab saya tak pernah alami mimpi tu.
Saya mimpi. Dalam mimpi saya tu, saya dan uncle saya seronok main kuiz kat satu gameshow ni.
Saya dan uncle saya satu team mewakili pasukan Merah. And kami menang game tu. Dapat hadiah.
Seronok, sangat seronok. Saya memang rapat dengan uncle saya tu.

Tapi. Tu semua mimpi. Saya tersentak dari tidur. Dan hari dah siang.
Saya tengok jam kat dinding. Pukul 10 pagi. Dan secara tiba-tiba.
Telefon mak saya berbunyi. Dan pada masa itu ucapan takziah terkeluar dari mulut mak saya.
Saya fikir, siapa meninggal? Saya keliru sebab masih mamai dari tidur.

Mama saya suruh saya mandi, bersiap. Nak pergi rumah aunty saya.
Mama cakap uncle saya baru meninggal tadi. Saya terkejut. Sebab saya baru je mimpi arwah.
Saya terkedu. Mimpi saya tu merupakan mimpi yg saya akan hilang uncle saya tu selamanya.
Allah Maha Pengasih. Allah Maha Penyayang.

Saya akur, kegembiraan dalam mimpi dikejutkan dengan berita sedih.
Itu yang saya alami. Dan sekarang tahun 2013.
Hampir 5 tahun arwah uncle saya di alam SANA.
Semoga dia bahagia di SANA.

Dan semua sanak saudara saya yang telah kembali ke SANA,
Semoga roh roh mereka sentiasa di bawah perlindunganNYA.
Amin.

Al-Fatihah. (:

Hotel biasa but nice.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari tu pergi JB. Fikir nak tidur semalam je kat JB, so tidur kat hotel Sri Malaysia.(time ni dekat sangat dengan stadium Larkin so boleh jalan kaki ke stadium je tengok Johor lawan Pahang) Hihihi.
Pagi tu buat plan mendadak, nak tidur lagi semalam. Jadinya cari hotel lagi kat area JB, SEMUA PENUH.

But, alhamdulillah jumpa satu hotel. Hotel biasa je. Hotel murah. Kat Taman Sutera Utama. Baru lagi. Bilik pun cantik. Bau kat hotel tu pun menyegarkan je. Saya dan keluarga tidur situ semalam je. Ambil pakej family room. Taknak cakap banyak. Nak tunjuk gambar je.


ini lobi hotel, cecomel je


ini bilik yg kitorang tidur tempoh hari, best.




Yang ni bilik paling besar kot. 2 tingkat ada 3 katil. Boleh la kalau family besar kan (:

Cukuplah untuk bermalam je kan. Pakej family room yang ayah saya ambil time ni, ada 2 katil Queen size. TV LCD, ada WiFi, toilet pun just nice air dia pun laju je.

Sekadar perkongsian, tak semua hotel murah tiada kualiti (: Just try an error. Mana tahu puas hati. And our family very satisfied with this new hotel. CUMA CUMA, takda restoran laa dalam hotel ni. So kena cari makan kat luar.

Oh ya lupa nak cakap, nama hotel ni Here Hotel di Taman Sutera Utama, Skudai (: Nama tak gah macam the zone, tapi selesa untuk bermalam (:

Kbye, Assalamualaikum.

Saturday, May 18, 2013

Matrikulasi atau Universiti atau Kolej atau Form 6, mana satu pilihan anda?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Saban hari kejayaan demi kejayaan dapat dikecapi oleh Malaysia. Salah satunya Malaysia melahirkan ramai graduasi yang berjaya di luar sana dan kebanyakkan mereka survive. So, today, saya nak cakap khas untuk panduan adik adik junior saya sedang mengalami konflik jiwa mental rohani dalaman jasmani dalam memilih keputusan yang tepat.

Entry kali ni bukanlah mengagungkan mana mana institusi pengajian tinggi, hanya untuk panduan.

Baru baru ni keputusan pengambilan pelajar untuk program asasi dan diploma telah pun berlaku. So ada di antara junior junior yang saya kasihi telah bertanya "Akak rasa mana okay?" "Nak masuk matrik, tapi kena struggle" "Entahlah nak masuk mana, masuk U or matrik?"

Okay. Di bawah saya cerita apa yang saya tahu.


MATRIKULASI
Matrikulasi ni lebih kurang macam asasi tapi bezanya, bidang yang boleh kita amek untuk degree nanti luas kalau study kat matrik. Kalau asasi agak terhad sikit. I mean AGAK terhad. AGAK okay. For those yang kata "Alaa matrik ni kena struggle la kalau tak nanti kena tendang la apa la". Kemon akak akak dan abang abang junior sekalian. Kalau kat U belajar memain pun pointer teruk seghupe gak kena tendang. So sama je. Ni saya cakap berdasarkan pengalaman saya as matric student la.


Mungkin saya seorang yang ambil subjek Kemahiran Hidup ERT di matrik. Mungkin. Saya rasa mungkin.

Dekat matrik ni, memang jadual sangat sangat padat. Korang mestilah seorang yang tabah semasa di matrik. Kelas tutoran, kuliah dan kelas makmal memang full setiap hari. Kelas bermula hari Isnin hingga Jumaat. Jam 8 pagi sampai 5 petang. Kalau Jumaat balik macam budak sekolah, pukul 12 dah habis kelas. Pensyarah ajar dalam kuliah memang laju, so kena cepat pick up. Sebab apa? Sebab silibus kat matrik banyak. Kadang kadang kalau tak habis silibus ikut jadual yang ditetapkan, pensyarah akan buat kelas/kuliah tambahan pada hari minggu or pada waktu malam. So dari sini memang agak letih sikit. Thats why program matrik setahun @ dua tahun je. Kalau 3 tahun baik pergi diploma je dik. (:

Peraturan dekat matrik lebih kurang sama je peraturan dekat sekolah dulu. Bezanya korang bebas nak bawa phone, korang bebas nak pakai baju kurung warna apa dan tudung apa pun. Kat matrik peraturannya pelajar lelaki mesti pakai baju kemeja seluar hitam bertali leher dan perempuan berbaju kurung bagi muslimah dan bagi non muslim, baju kemeja dan kain skirt bawah lutut. Then outing pun bukan boleh tetiap hari. So rasa macam dekat asrama la bila di matrik ni. Life kat matrik ni rasa macam "we complete each other". Sebabnya yang belajar kat sini semua bayee sebaya kita je. So macam kitorang takda masalah untuk berkomunikasi dengan baik. Lagipun matrik kecil je, balik bilik keluar bilik pergi kuliah nanti jumpa muka yang familiar je.

Pastu kalau kita tak faham dekat kuliah, kita boleh datang admin bila bila masa je utk tanya pensyarah. Pensyarah akan cuba tolong kita. Jangan risau okay. Basicnya, matrik ni kita kena pandai cari kawan belajar dan kena pandai cari curi masa untuk jumpa pensyarah agar kita berjayaa di sana kelak.

About elaun pula. Korang akan dibekalkan RM250 sebulan. Kalau korang pandai jimat, mungkin cukup la kan untuk sebulan. Tapi bagi saya memang tak cukup, sebab nak bayar duit fotostat nota kuliah itu ini nak makan mana topup lagi. Lagi kalau jenis yang suka bergayut dengan boipreng girlpreng memalam, eh memang tak cukup la. Hihihi. Jadi fikirlah sendiri eaa. Masa saya dulu alhamdulillah so far takda la sampai nanges tak makan tak topup. Sebab ada baucer buku PM bagi, pastu kad siswa. Agak menyenangkan sikit la di situ ye.


Universiti / Kolej Swasta
Dua dua sama je cara hidupnya. Cuma mentaliti orang selalu set yang Universiti ni bagus gah dabik dada komfem dapat kerja dengan kerajaan, murah dan bla bla bla then yang kolej swasta mahal takbagus budak2 kaya je masuk sana yang tak dapat masuk U je campak ke sana nanti susah dapat kerja. BLERGHHH, sila la buang jauh jauh pemikiran sempit begini.

Dua dua sama kerana dua dua memerlukan duit untuk meneruskan pengajian. Dua dua memerlukan semangat berdikari yang tinggi untuk teruskan hidup di sini. Saya cakap ni berdasarkan pemerhatian saya dan selidik saya terhadap orang ramai. Cewah.


Dekat IPTA/IPTS ni kita bebas nak buat apa pakai apa pergi mana makan apa. Tiada halangan. Tapi janganlah tohorkan pemikiran nak buat benda benda yang tak sepatutnya kita buat. Apa apa pun back to basic, ingatlah tuhan dan ingatlah mak ayah. Kita masuk sini utk belajar bukan berjoli berseronok sakan tau. Kita ada matlamat di sini. Cewahh. Kehidupan di sini adalah 100% ditentukan oleh kita sendiri. Tiada peraturan. Tiada sekatan. Kena pandai jaga diri sendiri. Kena pandai cari ilmu sendiri. Kena pandai bergaul dengan orang lain.

Paling important, kena pandai pilih kawan dekat sini. Yelah, dekat sini semua peringkat umur ada. Ada yang sebaya kita, ada yang lebih muda dari kita dan ada yang lebih tua dari kita. So paling penting mulut jangan puaka tebing biru ok. Nanti ada yang kecik hati acamne. Lagi kalau kita dapat U atau kolej yang jauh. Memang kena selalu berwaspada. Bagi kaum perempuan, ni nasihat saya. Tolong jangan jalan sorang sorang WALAUPUN tempat yang korang lalu tu ada orang. Sebab kat sini memang totally nobody cares about you. Tiada siapa nak ambil peduli awak dari mana kenapa awak pakai baju macam tu apa awak makan. NO. Unless korang ada secret admirer. Tett.

Pembelajaran di sini macam mana? As I said before, semuanya kena sendiri. Based on what my lecturer said, "di Universiti nanti terserah you all nak datang kuliah/kelas or not. Terserah you all nak main handphone dalam kuliah ke nak tido dalam kelas ke, pensyarah U langsung tak kesah. Apa yang dia tahu, dia ajar ajar dah cukup masa dia blah. Tapi you all yang susah nanti, nak jawab kuiz macam mana nak cover? Haaa. And then jangan terkejut kalau you all takboleh ambil exam sebab you all banyak kali ponteng kelas. Pensyarah memang tak tegur but you will regret later. Lepas tu, study di matrik tak sama dengan U. Dekat matrik boleh la you all jumpa lecturer minta ajar mana yang you all tak faham. Tapi di Universiti or Kolej, sometimes you have to make an appointment with the lecturer. Ada pensyarah yang malas nak layan, dia tak bagi you all ganggu dia di admin."

That is what my pensyarah matrik said. Saya terlopong besar besar mulut ni bila dia bercakap panjang lebar. And I think I will have culture shock when I further my degree. Pheuwww. About fees, kita bayar ikut semester la. Kalau semester 1 korang failed, so kena repeat paper la kan. Ohh gucci. Belajar la sungguh sungguh bila masuk U or Kolej ni. Jangan sia siakan pinjaman MARA or PTPTN yang diberi. Kalau yang dapat biasiswa tu, jangan fikir nak berjoli je. Korang sakit belajar kejap je. Nak kerja nanti lama wooo. So think wisely okay.

Form 6
Form 6 ea. Hmm tak tau nak cakap apa la. Standard law dia macam student sekolah la kan. But my aunty said that form 6 is the hardest. Form 6 ni kalau nak dibandingkan dengan matrik dan U, lagi susah form 6. Form 6 ni pun kira macam fast track untuk pergi degree sama macam matrik. Cuma bezanya form 6 kena tempuhi STPM after 1 and half years you studied. Suasana sama macam sekolah harian. Follow the rule as usual. Balik sekolah cam bese. Senang dapat kawan. Dibimbing cikgu. Ada hari sukan. Alaa macam kat sekolah. And you are the big senior in the school but jangan buli junior korang okayy. Hehehe. Tu je kot nak cakap. But seriusly form 6 ni taff jugak studynye. (:

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay itu je saya nak cakap. Saya mungkin tak dapat membantu adik adik junior saya ni sangat. Korang kena la fikir seribu kali dan buat pilihan terbaik. Sebab yang nak hidupnya korang. Saya cuma bagi guideline je. Kalau susah sangat buatlah solat istikhara ye. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk korang.

Sekian, Assalamualaikum.


Hasta la vista Matrik Johor!

Tuesday, May 14, 2013

Episod Keempat: Bahagian Dua.


Beginning je dah gambar pasukan boria.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan.
Hari ni baru saya berkesempatan untuk update episod 4 bahagian 2. Entry kali ni adalah sambungan daripada

Yes! Pasal boria. Kita tengok kat TV macam senang je nak buat boria kan. Nyanyi joget semua. Tapi ekceli buntu juga la nak pikiaqq apa nak buat. Maka pencarian lagu lagu boria pun bermula. Nak jana idea susah beb. Lagi kalau kita tanya sorang demi sorang tapi semuanya pasif untuk memberikan respons. Hanya mampu merenung mereka dengan pandangan belas kasihan je la.


Ini masa latihan boria, sempat sempat je ni sebelum kena marah dengan ketua. Hihihi


Agak lama juga la kitorang berbincang mengenai props lagu tarian sketsa semua tu. Penari boria kelas saya cuma 10 orang. Kot. Tak silap la. Lima perempuan lima lelaki. Pelakon sketsa boria kitaorang pulak ada 7-10 orang gitu la. Tak ingat la. Ihiks. So bermulanya latihan kami. As you know, life kat matrik totally packed with classes. Bayangkan la pukul 8 pagi sampai 5 petang kitorang ada kelas. So bila latihan?

MALAM LAAA!
Peh penat boleh? Bukan mengeluh cuma berkata. Tiga bulan untuk prepare sebelum pertandingan mini KAKOM. Okay here is our plan:
Habis kelas balik bilik terus mandi pergi makan solat then cepat cepat siapkan tutor. Then malam pukul 9 malam turun ramai ramai buat latihan boria. Sampai bila? Sampai kena halau dengan pak guard yang naik motor ada bendera Malaysia kat belakang dia bawak ronda ronda dengan muka santainya. Amboi kemain pak guard semangat kebangsaan.


Muka penat sungguh dipaksa senyum dengan hati tak rela siap ada tulisan KEMEK. Saya namakan ini senyum KEMEK.

BUT...
biasalah janji orang Melayu kiteee. Masa memula je awal punctual datang turun buat latihan. Bila masuk bulan kedua terus---- Janji pukul 9 malam tapi datang pukul 10 malam. Ada tu sampai tak datang langsung. Biasa alasan banyak tutor nak buat itu ini. Hihihi macam la saya dan kawan kawan saya yang lain yang turun latihan ni takda kerja nak buat. But biasalah tu kan. Dah faham sangat. Dan kadang kadang tu dah boleh agak muka muka yang bakal tak datang latihan.





Kami semua mula bagi kerjasama yang padu bila sebulan sebelum nak pertandingan tu. Cindarella punya perangai. Hahahaha. Daripada situlah kitorang semua bersungguh sungguh buat sehabis baik. Ada masa terluang sabtu ahad kami akan buat latihan. Kadang kadang rasa nak balik rumah tido makan tido makan berenang kat bilik air lelama. Sebab tak tahan penat sungguh. Konon macam nak angkat bendera putih time tu. Ngadu kat kekawan nak berhenti matrik. Dan dan nak berhenti matrik. Terus dilempangnya saya lelaju. "Dah nak habis sem 1 pun yang kau ngada ngada nak berhenti pehal?" Ok tak jadi berhenti.

So which part am I? In boria? I am dancer! Pegh jalan macam harimau kekenyangan ni pun layak jadi penari boria? Tapi siapa kesah?
Masa memula menari macam tungguh kayu tahu tak. Tahu apa itu tunggul kayu? Tak tahu? *facepalm versi 9GAG*

Introducing, tunggul kayu. Sobs.
Tapi, Setiap kali latihan, saya cuba buat sungguh sungguh untuk lembutkan gerak tari saya. Alhamdulillah walaupun tak lembut mana tapi ada la juga lenggok tari boria. Hihihi.

Pemilihan lagu? Jap. Lekluu. Tema boria kelas saya adalah jauhi buli. Well pelakon pelakonnya mostly lelaki la kan. Sebab perempuan kelas saya semua muka soft soft je. I mean softspoken. So lelaki je la ungguli sketsa boria kelas saya. Masa latihan paling best la. Berlakon macam tak semangat je. Tapi masa seminggu sebelum pertandingan, fuh aura dia lain sikit woo. Same goes to the dancers. Semua jadi semangat nak buat boria. Lagu yang kitorang pakai mix la. Ada boria. Ada kopi dangdut. Nak tengok video? Dekat FB saya okay.










We all semua berbincang dan sepakat, apa pun terjadi. Anggaplah kita semua dah buat yang terbaik dan janji kita semua berseronok on that competition day. So sehari sebelum pertandingan kitaorang ada raptai penuh pertandingan. Omak aii. Semua hebat hebat seh. Rasa macam dedor. Tapi apa kami kisah? Kami cuba buat yang terbaik. Kalah menang itu rezeki.

Maka hari pertandingan pun kunjung tiba. Persiapan pakaian, props, latar, sound effect, PA system semua dilakukan di Dewan Sri Ledang. Time tu macam kecut jugak la. Kelas saya punya giliran adalah ke berapa entah. Tapi betweeny 5-9 kot. Lupa dah. So sementara tunggu giliran, kami semua buatlah latihan penuh di luar dewan. Makin hari menginjak ke tengahari, makin ramai la penonton datang memeriahkan dewan.

Bila dah habis kitorang punya boria, semua rasa lega sangat. Kelas saya semua berkumpul di luar dan ambil gambar kenangan bersama pensyarah kokurikulum kami. Lepas tu memasing buat hal memasing. Ada yang telefon la. Ada yang amek gambar tak sudah.





Akhir kata, itulah sedikit sebanyak pengalaman saya ber-boria di matrikulasi. Bitter-sweet memory. Bitter? Sebab boria la kami pernah bergaduh sampai ada yang menangis. Sweet? Sebab boria la kami dapat mengeratkan lagi persahabatan antara kami.

Sekian, terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.

Friday, May 10, 2013

Apa yang perlu anda sediakan untuk masuk matrik?

Assalamualaikum.
Dan selamat sejahtera buat kalian kalian semua.

Setelah puas bercuti daripada blog saya ini kerana busy berjalan bersama family ke sana ke mari. So today I want to discuss about what should my juniors bring to the matriculation.
But sebelum tu, tahniah kepada sesiapa yang dapat offer ke matrik dan be cool kepada sesiapa yang belum dapat offer dari mana-mana. Yakinlah peluang sentiasa ada di mana mana. Chill okayy dah jangan nanges meraung macam kucing melihat frieskies beliau dimakan oleh tikus lalu joget joget mak inang. Sabar itu penting.


"Sampai hati kau makan frieskies aku, tsskk tsskk" *(bunyi nanges)*


"Hehh? Ada aku kesah. MUAHAHAHA!" (gelak seghupe cik Hans.)


"Duduk kau dalam tu diam diam. Aku nak chow cari frieskies" *jalan goyang ekor*

-----------------------------------------------------------------------------

Dah jauh mengarut ni. Okayy berbalik pada persediaan untuk ke matrikulasi. Apa yang adik adik perlu bawa adalah :

1. Barang-barang keperluan.
Peralatan mandi. Telekung. Al-Quran. Charger phone. Baju. Seluar. Tudung. Kasut. Selipar jamban. Baldi. Selimut. Cadar tilam. Tuala. Bantal kalau nak bawak pun boleh. Sebab matrik tempat saya belajar cuma provide satu bantal je. So kepada sesiapa yang suka tido bantal bebanyak, bawak la bantal satu dua gitu la ea. Pastu kalau korang ni jenis ada penyakit yang memerlukan ubat, bawaklah siap siap ubat ubat korang tu.

2. Rak buku
Benda ni tak penting pun masa memula masuk. Sebab tak start belajar lagi kan. Minggu orientasi seminggu. So korang nak beli lepas minggu orientasi pun boleh. Sebab meja kecil je, kalau ada rak buku senang sikit nak belajar atas meja. Seriusly masa memula saya masuk dekat 2 bulan belajar kat katil. Sebab meja dan penuh dengan buku rujukan nota kuliah buku tutor. Sobs sobss. T__T

Ekceli study kat library lagi better dari study kat dalam bilik. Ekceli la. Ekceli. (;

3. Penyapu dan penyodok
Ini agak penting. Sebab kalau takda dua benda ni, agak sukar nak mengemas bilik kan. Habuk ni senang sangat datang. So jaga la kebersihan bilik korang properly okay. Taknak prepare pun takpe. Boleh pinjam bilik sebelah or depan. Itu pun kalau dorang ada. Hihihi.

4. Pinggan / Tupperware, Cawan, Sudu / Garfu, Termos
Ini pun tak penting sangat la. Tapi saya bawak je semua benda ni. Termos tu paling penting bagi saya. Sebab malam saya akan ambil air panas di kafe dan esok pagi buatlah air milo sebelum ke kelas. Pinggan atau tupperware tu kegunaannya untuk beli makanan bungkus. Kot beli mihun bandung bungkus, boleh la letak dalam pinggan or tupperware ni kan. Semuanya terserah pada korang nak bawak ke tak.

5. Sabun basuh baju dan sabun basuh pinggan.
Sendiri mahu ingatlah. Hihihi.

6. Laptop
Laptop ni takyah bawak pun takpe. Bagi saya semester 1 takda guna laptop sangat. Semester 2 yang banyak kena guna laptop. Nak buat projek BI la projek itu ini. Semuanya perlu gunakan laptop untuk cari bahan. Cari bahan soploh minit je. Selebihnya sangkut kat Pesbuk. Hihihi.

7. Kad ATM BSN
Ehhem, ini wajib la bawak mehh. Sebab elaun masuk kat akaun BSN kita. So kalau takda kad BSN, takdalah korang semua dapat keluarkan elaun tersebut. Alkisahhh. Toyyibbb..

8. Barang untuk study
Test pad. Alat tulis. Kalkulator. Sticky note. Stapler. Buku nota. Ni semua basic masa korang sekolah dulu.

9. Mekap
Yang ni khas utk perempuan. Kalau anda jenis yang suka mekap, bawaklah mekap anda sendiri okay. Kalau saya dulu cukuplah bedak compact, minyak wangi, johnsons baby oil(terasa bayi pulokk), sikat. Itu je. Saya memang simple.

10. Barang sukan
Kalau kauorang ni jenis yang suka bersukan. Bawaklah peralatan sukan korang sendiri. Macam raket skuash ke. Raket badminton ke. Kat matrik memang ada provide semua benda ni. Cuma biasalah. Kadang kadang tak cukup. Kang ada pulak gempar budak matrik meroyan sebab tak dapat bersukan gara gara peralatan sukan takda. Okay?

11. Jajan
Atau dikenali sebagai makanan ringan. Kalau korang jenis suka mengunyah bawaklah kerepek ke. And and masa saya dulu, GULA-GULA ITU WAJIB ADA. Serius. Kat kuliah kita tak jangka. Kalau rasa tetiba ngantok nak tertidur, silalah makan gula gula. Elakkan la gula gula getah sebab anda akan kelihatan biadap depan lecturer. And my advise, jangan sekali kali korang tido dalam kuliah. Sebab once korang tertido dalam kuliah, memang perit nak cover balik.

Saya tak minta semua ini. Ini semua mama saya belikan. Hihihi.

12. Gambar
Last but not least. Bawaklah gambar mak ayah or penjaga korang sebagai pemangkin semangat korang untuk study. Kalau boleh bawak gambar mak ayah tengah muka serius ketat gilos. Mana tahu korang tengah berseronok lalai dalam bilik, terpaling tengok gambar parents tengah cekak pinggang, cecepat lompat dari katil ke meja belajar. Dan belajar bersungguh sungguh. Saya gurau je. Jangan take it serious.

Okay itu je kot saya rasa. Kalau rasa ada yang kurang, pepandai la korang hidup kat matrik tu. Life kat matrik memang hardcore. Tapi tempuhi la dengan kesabaran dan penuh semangat ye adik adik. *usap usap kepala sorang sorang* :P Apa apa pun, jangan mengaku kalah kerana jika anda mengaku kalah, kemenangan akan ejek anda sambil buat shuffle depan anda. Ingat tu. (:

Thank you for reading. Assalamualaikum.


Saya dah selamat pulang ke pangkuan keluarga. *cewah ayat ye ye kelapa parut je*

Saturday, May 4, 2013

Episod Keempat : Bahagian Satu.

Assalamualaikum.

Baru selesai makan malam dengan family. Alhamdulillah kenyang.
Gendang gendut tali kecapi.
Kenyang perut suka hati infinity.

Yeayyy! *tepuk tepuk perut*
"Tolong! Saya lemas. Saya sakit telinga dengar awak tepuk tepuk dari luar!" Kata ayam ayam yang dah selamat ditelan oleh aku. Yummehh. (^^,)

Di malam yang sepi pak mat jual topi topi yang koyak pak mat jual tempoyak tempoyak yang basi pak mat jual nasi.

STOP.

Maafkan aku kerana nyanyi tak sedap sebentar tadi. Okay pada entry kali ni aku nak cerita pasal KOKURIKULUM di matrikulasi.
Sistem Ko-K di matrik ni agak beza sikit. Sebab Ko-K merupakan SUBJEK ye. Ulang ayat tadi, SUBJEK. Wajib diambil dalam salah satu semester. Bagi program setahun, of coz la diambil sama ada pada sem 1 atau sem 2. Bagi yang dah ambil subjek Ko-K ni pada sem 1, sem 2 diganti pula dengan subjek dinamika. Apa itu dinamika? Hihihik, akan ku jelaskan pada episod lain okay. :D (banyak benda nak cerita bebbb)

Aku ambil subjek Ko-K ni pada semester 1. Masa memula masuk kelas Ko-K ni serius macam dedor(cuak)*Bahasa orang Johor* jugak la. Apa nak buat? Kena masuk olahraga ke? Kena masuk sukan ke? Kena kawad kaki ke? Itu je fikir dalam otak time tu. Ishh pemikiran sempit betul la kau ni Tini umpama katak di atas tempurung yang dibawahnya ada katak seekor lagi. *facepalm. Ko-K aku hari setiap hari Khamis about 10-12 noon la. Setiap praktikum yang ambil subjek Ko-K pada semester 1 ni ada empat je pilihannya. First, kawad kaki. Second, sukan(Badminton, futsal, tenis, skuash etc etc.). Third, drama. Fourth, Boria.

Wohooo!
Macam best je semua kan. Cuba teka praktikum aku dapat pilihan apa?


TADAAA! Inilah Ko-K yang aku dapat. BORIAAAA. Ini gambar selepas pertandingan boria dijalankan. Yang pakai baju ropol kembang semangkuk seperiuk belanga tu semua penari boria. Termasuk la aku kat tepi kiri sekali tu. Terasa macam kat penang time ni. Padahal masih di TANGKAK.


Bila dapat tahu kitorang semua dapat boria. Memasing macam tak percaya. Boria? How nak buat boria? Haa? Haa?

Nasib baik cikgu bantu sikit sikit. Beliau kata format boria di matrik adalah sketsa pendek selama 5 minit dan 10 minit menari + menyanyi + buat persembahan. Dah nampak dah sikit apa yang patut kami buat untuk pertandingan mini KAKOM lebih kurang 3 bulan lagi time tu. Memula kitorang bagi bagi tugas. Siapa jadi penerbit, siapa jadi pengarah, pelakon, penari, props, PA system dan sebagainya. Berbincang punya bincang, gaduh tu biasalah. Hihihik.






Entry kali ni pendek je. Sebab entry seterusnya akan panjang berjela. Aku akan ceritakan kronologi bagaimana kami semua berlatih, persiapan props yang macam mana kitorang pilih, lagu, background music, sound effects, koreografi tarian macam mana. Semuanya akan aku sambung pada Episod Empat : Bahagian Dua.

Thankyou for reading,(: Assalamualaikum.

Akan bersambung.. (gambar atas merupakan salah satu gambar semasa kawan kawan praktikum aku berlatih sketsa.)