Saturday, May 4, 2013

Episod Keempat : Bahagian Satu.

Assalamualaikum.

Baru selesai makan malam dengan family. Alhamdulillah kenyang.
Gendang gendut tali kecapi.
Kenyang perut suka hati infinity.

Yeayyy! *tepuk tepuk perut*
"Tolong! Saya lemas. Saya sakit telinga dengar awak tepuk tepuk dari luar!" Kata ayam ayam yang dah selamat ditelan oleh aku. Yummehh. (^^,)

Di malam yang sepi pak mat jual topi topi yang koyak pak mat jual tempoyak tempoyak yang basi pak mat jual nasi.

STOP.

Maafkan aku kerana nyanyi tak sedap sebentar tadi. Okay pada entry kali ni aku nak cerita pasal KOKURIKULUM di matrikulasi.
Sistem Ko-K di matrik ni agak beza sikit. Sebab Ko-K merupakan SUBJEK ye. Ulang ayat tadi, SUBJEK. Wajib diambil dalam salah satu semester. Bagi program setahun, of coz la diambil sama ada pada sem 1 atau sem 2. Bagi yang dah ambil subjek Ko-K ni pada sem 1, sem 2 diganti pula dengan subjek dinamika. Apa itu dinamika? Hihihik, akan ku jelaskan pada episod lain okay. :D (banyak benda nak cerita bebbb)

Aku ambil subjek Ko-K ni pada semester 1. Masa memula masuk kelas Ko-K ni serius macam dedor(cuak)*Bahasa orang Johor* jugak la. Apa nak buat? Kena masuk olahraga ke? Kena masuk sukan ke? Kena kawad kaki ke? Itu je fikir dalam otak time tu. Ishh pemikiran sempit betul la kau ni Tini umpama katak di atas tempurung yang dibawahnya ada katak seekor lagi. *facepalm. Ko-K aku hari setiap hari Khamis about 10-12 noon la. Setiap praktikum yang ambil subjek Ko-K pada semester 1 ni ada empat je pilihannya. First, kawad kaki. Second, sukan(Badminton, futsal, tenis, skuash etc etc.). Third, drama. Fourth, Boria.

Wohooo!
Macam best je semua kan. Cuba teka praktikum aku dapat pilihan apa?


TADAAA! Inilah Ko-K yang aku dapat. BORIAAAA. Ini gambar selepas pertandingan boria dijalankan. Yang pakai baju ropol kembang semangkuk seperiuk belanga tu semua penari boria. Termasuk la aku kat tepi kiri sekali tu. Terasa macam kat penang time ni. Padahal masih di TANGKAK.


Bila dapat tahu kitorang semua dapat boria. Memasing macam tak percaya. Boria? How nak buat boria? Haa? Haa?

Nasib baik cikgu bantu sikit sikit. Beliau kata format boria di matrik adalah sketsa pendek selama 5 minit dan 10 minit menari + menyanyi + buat persembahan. Dah nampak dah sikit apa yang patut kami buat untuk pertandingan mini KAKOM lebih kurang 3 bulan lagi time tu. Memula kitorang bagi bagi tugas. Siapa jadi penerbit, siapa jadi pengarah, pelakon, penari, props, PA system dan sebagainya. Berbincang punya bincang, gaduh tu biasalah. Hihihik.






Entry kali ni pendek je. Sebab entry seterusnya akan panjang berjela. Aku akan ceritakan kronologi bagaimana kami semua berlatih, persiapan props yang macam mana kitorang pilih, lagu, background music, sound effects, koreografi tarian macam mana. Semuanya akan aku sambung pada Episod Empat : Bahagian Dua.

Thankyou for reading,(: Assalamualaikum.

Akan bersambung.. (gambar atas merupakan salah satu gambar semasa kawan kawan praktikum aku berlatih sketsa.)

No comments:

Post a Comment