Friday, May 10, 2013

Apa yang perlu anda sediakan untuk masuk matrik?

Assalamualaikum.
Dan selamat sejahtera buat kalian kalian semua.

Setelah puas bercuti daripada blog saya ini kerana busy berjalan bersama family ke sana ke mari. So today I want to discuss about what should my juniors bring to the matriculation.
But sebelum tu, tahniah kepada sesiapa yang dapat offer ke matrik dan be cool kepada sesiapa yang belum dapat offer dari mana-mana. Yakinlah peluang sentiasa ada di mana mana. Chill okayy dah jangan nanges meraung macam kucing melihat frieskies beliau dimakan oleh tikus lalu joget joget mak inang. Sabar itu penting.


"Sampai hati kau makan frieskies aku, tsskk tsskk" *(bunyi nanges)*


"Hehh? Ada aku kesah. MUAHAHAHA!" (gelak seghupe cik Hans.)


"Duduk kau dalam tu diam diam. Aku nak chow cari frieskies" *jalan goyang ekor*

-----------------------------------------------------------------------------

Dah jauh mengarut ni. Okayy berbalik pada persediaan untuk ke matrikulasi. Apa yang adik adik perlu bawa adalah :

1. Barang-barang keperluan.
Peralatan mandi. Telekung. Al-Quran. Charger phone. Baju. Seluar. Tudung. Kasut. Selipar jamban. Baldi. Selimut. Cadar tilam. Tuala. Bantal kalau nak bawak pun boleh. Sebab matrik tempat saya belajar cuma provide satu bantal je. So kepada sesiapa yang suka tido bantal bebanyak, bawak la bantal satu dua gitu la ea. Pastu kalau korang ni jenis ada penyakit yang memerlukan ubat, bawaklah siap siap ubat ubat korang tu.

2. Rak buku
Benda ni tak penting pun masa memula masuk. Sebab tak start belajar lagi kan. Minggu orientasi seminggu. So korang nak beli lepas minggu orientasi pun boleh. Sebab meja kecil je, kalau ada rak buku senang sikit nak belajar atas meja. Seriusly masa memula saya masuk dekat 2 bulan belajar kat katil. Sebab meja dan penuh dengan buku rujukan nota kuliah buku tutor. Sobs sobss. T__T

Ekceli study kat library lagi better dari study kat dalam bilik. Ekceli la. Ekceli. (;

3. Penyapu dan penyodok
Ini agak penting. Sebab kalau takda dua benda ni, agak sukar nak mengemas bilik kan. Habuk ni senang sangat datang. So jaga la kebersihan bilik korang properly okay. Taknak prepare pun takpe. Boleh pinjam bilik sebelah or depan. Itu pun kalau dorang ada. Hihihi.

4. Pinggan / Tupperware, Cawan, Sudu / Garfu, Termos
Ini pun tak penting sangat la. Tapi saya bawak je semua benda ni. Termos tu paling penting bagi saya. Sebab malam saya akan ambil air panas di kafe dan esok pagi buatlah air milo sebelum ke kelas. Pinggan atau tupperware tu kegunaannya untuk beli makanan bungkus. Kot beli mihun bandung bungkus, boleh la letak dalam pinggan or tupperware ni kan. Semuanya terserah pada korang nak bawak ke tak.

5. Sabun basuh baju dan sabun basuh pinggan.
Sendiri mahu ingatlah. Hihihi.

6. Laptop
Laptop ni takyah bawak pun takpe. Bagi saya semester 1 takda guna laptop sangat. Semester 2 yang banyak kena guna laptop. Nak buat projek BI la projek itu ini. Semuanya perlu gunakan laptop untuk cari bahan. Cari bahan soploh minit je. Selebihnya sangkut kat Pesbuk. Hihihi.

7. Kad ATM BSN
Ehhem, ini wajib la bawak mehh. Sebab elaun masuk kat akaun BSN kita. So kalau takda kad BSN, takdalah korang semua dapat keluarkan elaun tersebut. Alkisahhh. Toyyibbb..

8. Barang untuk study
Test pad. Alat tulis. Kalkulator. Sticky note. Stapler. Buku nota. Ni semua basic masa korang sekolah dulu.

9. Mekap
Yang ni khas utk perempuan. Kalau anda jenis yang suka mekap, bawaklah mekap anda sendiri okay. Kalau saya dulu cukuplah bedak compact, minyak wangi, johnsons baby oil(terasa bayi pulokk), sikat. Itu je. Saya memang simple.

10. Barang sukan
Kalau kauorang ni jenis yang suka bersukan. Bawaklah peralatan sukan korang sendiri. Macam raket skuash ke. Raket badminton ke. Kat matrik memang ada provide semua benda ni. Cuma biasalah. Kadang kadang tak cukup. Kang ada pulak gempar budak matrik meroyan sebab tak dapat bersukan gara gara peralatan sukan takda. Okay?

11. Jajan
Atau dikenali sebagai makanan ringan. Kalau korang jenis suka mengunyah bawaklah kerepek ke. And and masa saya dulu, GULA-GULA ITU WAJIB ADA. Serius. Kat kuliah kita tak jangka. Kalau rasa tetiba ngantok nak tertidur, silalah makan gula gula. Elakkan la gula gula getah sebab anda akan kelihatan biadap depan lecturer. And my advise, jangan sekali kali korang tido dalam kuliah. Sebab once korang tertido dalam kuliah, memang perit nak cover balik.

Saya tak minta semua ini. Ini semua mama saya belikan. Hihihi.

12. Gambar
Last but not least. Bawaklah gambar mak ayah or penjaga korang sebagai pemangkin semangat korang untuk study. Kalau boleh bawak gambar mak ayah tengah muka serius ketat gilos. Mana tahu korang tengah berseronok lalai dalam bilik, terpaling tengok gambar parents tengah cekak pinggang, cecepat lompat dari katil ke meja belajar. Dan belajar bersungguh sungguh. Saya gurau je. Jangan take it serious.

Okay itu je kot saya rasa. Kalau rasa ada yang kurang, pepandai la korang hidup kat matrik tu. Life kat matrik memang hardcore. Tapi tempuhi la dengan kesabaran dan penuh semangat ye adik adik. *usap usap kepala sorang sorang* :P Apa apa pun, jangan mengaku kalah kerana jika anda mengaku kalah, kemenangan akan ejek anda sambil buat shuffle depan anda. Ingat tu. (:

Thank you for reading. Assalamualaikum.


Saya dah selamat pulang ke pangkuan keluarga. *cewah ayat ye ye kelapa parut je*

1 comment:

  1. sangat setuju ngan item no.12..
    dulu x dek pun bawak gambar parents gi matrik..
    dan persediaan mental tu perlu..
    lagi2 yg dh biase duduk bandar, then dapat pulak masuk matrik yg kat changlun/ arau, mmg boleh terkena kejutan budaya ngan keadaan kat sini.. :D

    ReplyDelete