Friday, May 13, 2016

3 Perkara Tersembunyi Kemsis 3.0 (PART 1)


Mengapakah kita selalu berjauh hati
Selalu sendiri dan terasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi
Berat bagiku
Berat bagiku

Melepaskanmu bukan 
Mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidurku tak lena
Mengenangkanmu.



Assalamualaikum. Hai, tengah throwback ke para fasilitator dan peserta KemsisKelate? Buat yang membaca tapi taktahu wadehel si kartini ni tetiba menyanyi untuk mukadimah ntahpapeje pfft, sila bukak youtube dan cari lagu Terakhir by Suffian Suhaimi.

Okay.

Tu hari, I ada terlibat dengan program Kembara Khidmat Siswa 3.0 jelajah Kelantan. Before this siri pertama jelajah ke Kota Tinggi diikuti siri kedua ke Kuala Terengganu. So, here we go, siri ketiga jelajah siswa ke Kolej Vokasional Pasir Mas.

Jujur la cakap, siri ketiga kali ni memang hardcore. Tema untuk kali ni pengurusan or dalam omputehnya "Management". Dari sini memang I dan rakan rakan belajar sungguh macam mana nak manage dengan begitu fleksibel dan efisyen. Okay guys, straight to the point. There are many hidden story that you might know but some of you will just "wow...?"

Here we go.


1) 9 BARISAN KOMANDO

Dari segi bahasa, komando boleh didefinisikan sebagai askar yang sedia berkhidmat pada bila bila masa sahaja. Dari segi istilah dalam konteks kemsis ini, komando telah dikenalpasti sebagai barisan manusia manusia yang berhati tegeng (kental) dan sedia menerima apa sahaja tugasan walaupun dalam sepasukan yang kecil.

WOI, PANJANGNYA DEFINISI. Persoalannya, sila huraikan apa itu 9 Barisan Komando. (15 Markah)

Baiklah gegais dan gegirls. Jom baca ringkasan komsas untuk topik ini. Cerita ini mengisahkan tentang permasalahan yang terjadi di saat saat akhir sebelum kami semua kena pi gerak ke Kelantan. Sepatutnya, kami seramai 30 para fasilitator kena gerak hari Rabu; jam 9 malam. Tiba tiba sehari sebelumnya iaitu hari Selasa, kami difahamkan bas tiada untuk waktu kami ingin bertolak itu atas masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Dan, bas akan kembali beroperasi pada hari Khamis jam 9 malam. Siapa sangka sungai yang tenang ada badak sumbu berendam dalam tu? Ganas ganas belaka perancangan sebegini.

Oleh yang demikian, pada selasa malam ketua pengarah program telah memberi kata putus untuk hantar 9 orang daripada 30 orang ke Kelantan terlebih dahulu memandangkan pihak sana telah ready untuk segala kelengkapan para peserta dan para fasilitator sepanjang program selama 3 hari 2 malam. Gerak naik apa yang 9 orang ni? Naik bas sendiri ler. Beli tiket siap siap naik bas apetah I tak ingat kat terminal bas Pasir Gudang.

TAPI TAPI APA KAITAN DENGAN 9 BARISAN KOMANDO?

Wei, cuba bayangkan jap. Peserta program ada 100 orang. Para fasilitator yang dihantar untuk hari pertama cuma 9 orang? Berapakah skala 9 orang fasi kepada 100 orang peserta program? Berapa berapa? I malas nak kira, kelas Matematik pun I cabut masa kelas dah habis. Kau ingat tak penat ke 9 orang fasilitator nak handle 100 orang pelajar untuk tempoh lebih 24 jam?

HAHAHAHA, legend.

Tolak perempuan seluar merah dan baju biru tu, merekalah 9 Barisan Komando tersebut. Tak sama dengan Barisan Nasional tau. Eh.




2) KOLAH

Kolah adalah satu tempat tadahan air digunakan untuk para manusia membasuh baju ataupun mengambil wuduk ataupun untuk mandi (optional). Sumber air kolah merupakan air terusan daripada perut bumi yang dipercayai asli dan menyegarkan. Namun itu semua dahulu. Sekarang air kolah adalah bersumberkan daripada paip pair yang ditanam oleh para kontraktor zaman kini. Projek sistem perparitan dan sistem paip dipercayai mampu menjadikan kontraktor itu kaya  untuk satu tempoh yang lama.

So, pebende kaitannya dengan cerita kau ni tini?
Well, dalam banyak banyak siri jelajah Kembara Khidmat Siswa ni kan; this was the first time I mandi guna kolah. Bilik mandi takda. Yang toilet pun air paip takde. Masa dalam perjalanan ke Kelantan pada Khamis malam tu, yang 9 komando ni dah cakap dah dalam group wasep yang kita semua akan mandi beramai ramai guna air kolah. I ingat depa memain. So, I ignore tutup data tido dalam bas bergoyang ke kiri goyang ke kanan.

Sampai sampai je Kolej, check in hostel. I nak mandi. Memang betul la apa diorang kata. Memang mandi kolah. KENA mandi ramai ramai. I repeat. RAMAI RAMAI. I dah rasa macam mandi kat Wet World kat tempat ada pancuran naga ke cendawan, buat bulatan keliling pancuran naga siap sedia untuk menerima terjahan air yang kuat dari atas. Gituh la imaginasi I bila nampak kolah tu dan terbayang kami mandi beramai ramai di keliling kolah tu.

"Kau jirus aku, aku jirus kau balik okay?"


Jujurnya I kata,
Balik je kem, badan I gatal gatal.

Mungkin sebab tak biasa mandi kolah.
Balik je apa lagi sental badan guna sabut besi.

Calar balar.

Gambaran kolah yang kami semua mandi beramai ramai. (sila gunakan akai opkoz la perempuan dan lelaki asing)



3) CHECKPOINT URUSETIA

I bet pergi la mana mana kem pun pasti akan ada aktiviti explorace. Explorace merupakan sebuah modul aktiviti berbentuk fizikal bertujuan untuk menguji fizikal, mental dan kerjasama yang kukuh daripada setiap ahli dalam kumpulan tersebut. Checkpoint biasanya ada around 7-8 checkpoint depends kepada jumlah student yang join. So, in the particular day, ada about 100 orang student. Therefore, there are 8 checkpoints total in that college. Setiap checkpoint dijaga oleh 2 orang fasilitator.

For your information, I bukanlah fasi. I cuma seorang cameragirl atau bahasa umumnya I merupakan salah seorang urusetia. I taktahu la idea siapa pada awalnya tetiba je diorang create satu checkpoint called checkpoint urusetia yang dihandle oleh para urusetia termasuk I sekali terlibat memperdajeikan mereka. Perdajei? Huishh ayat macam la kami semua jahat gila. Checkpoint urusetia ni macam checkpoint bonus la untuk para pelajar yang TAMAKKAN POINT TERKUMPUL sebab semuanya berlumba nak jadi JUARA.  Bagus, mereka ada semangat itu.

So, apa cabaran untuk checkpoint urusetia ni?


Bawang putih seringkali dijumpai dalam makanan bergoreng iaitu nasi goreng. Ada makcik kantin yang tumbuk bawang putih halus halus je, ada makcik kantin gaduh dengan suaminya lalu menumbuk sekali sahaja bawang putih dan maka itulah ramai student tercekik bawang putih sebesar halkum ini.



Untuk cp urusetia, Edie (pencetus idea bawang) bersama sama urusetia yang lain telah berjalan jalan memantau progress explorace yang dihandle oleh para fasilitator. Pastu sukati dia je panggil bebudak untuk laksanakan cp bawang ni dengan mengumpan mereka untuk meraih point terkumpul lebih tinggi dari sedia ada. Wait, kena buat apa dengan bawang ni?

Makan ke?
Buat masker muka ke?
Baling ke anjing ke?

well opkoz la semua sekali salah. Bukan makan, tapi kunyah dalam mulut TANPA MENELAN juga tidak dibenarkan untuk muntahkah kembali dalam tempoh tertentu.

Cara-cara memenangi checkpoint ini.
1) Seorang wakil kumpulan mesti mengupas sebiji bawang dalam masa 10 saat.
2) Wakil kumpulan mengagihkan setiap potongan kepada semua ahli kumpulan sama rata.
3) Semua ahli kumpulan dikehendaki memegang bawang putih tersebut guna gigi.
4) Semua ahli kumpulan harus memotong bawang putih kepada dua bahagian dengan cara menggigit bawang tersebut.
5) Seterusnya, masukkan kesemua bawang putih ke dalam mulut.
6) Biarkan dalam mulut selama 20 saat.
7) Last but not least, kunyah bawang putih tersebut perlahan lahan umpama mengunyah chewing gum. Jangan telan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
8) Buat muka cool + berjoget lagu pudar, rossa; bonus 70 markah (semua student taktau PADAN MUKA HEHE)


Difahamkan, kesemua para pelajar mengalami trauma yang sangat teruk terhadap sebiji bawang putih lepas je mengharungi checkpoint ni.

"Tobat aih aku boikot bawang putih selama tujuh keturunan. Termasuk para urusetia yag buat checkpoint ni"


ELEH. Dua tiga hari lepas habis program, kata rindu nak makan bawang. Pastu kata rindu abang dan kakak fasi dan urusetia. 


Kemain ngko adik adik. ELEH.


-------------------------------------------------PART 1 END----------------------------------------------------

Nantikan Part 2 okay guys. I update lepas I habis final exam. Kasi berdebo sikek. For sure, lagi best dari part 1. Hewhew

Tuesday, March 8, 2016

5 Jenis Test Kat Universiti (Photoless)

Semester 6. Tahun 3. Selangkah ke tahun akhir.

Rasa macam tak percaya dah nak habis belajar. Masa memula masuk rasa macam lama gila buat degree empat tahun dalam hati merungut mengomel tak puas hati kenapa belajar degree begitu lama sehingga empat lima tahun.

Masa daftar masuk as pelajar degree pada tanggal 1 September 2013, terdetik dalam hati.

"KENAPA KENAPAA LAMA GILAA EMPAT TAHUN NAK KENA DUDUK SINI?"
"AKU NI DAH LA TAK PERNAH LAMA LAMA BELAJAR KAT SATU TEMPAT. PALING LAMA SETAHUN SETENGAH."

"Tolong la mak bapak, kita takmau lama lamaa kat sini."

CEH.
POYO.

Dah jadi pelajar tahun ketiga dah nak masuk tahun terakhir pun, pernah terdetik macam mana la life aku lepas habis belajar. Jadi seram jadi gentar nak go thru real world.

OK. Panjang mukadimah entry kali ini. Mari aku ceritakan sikit pasal dunia universiti. Salah satu benda yang student universiti PASTI akan lalui adalah kuiz dan test! Opkoz la bebeh sebab sistem pemarkahan universiti lain beb dengan sekolah. At the first time, bila masuk U, bila lecturer kata nak buat test. AKU CUAK. Cuak sebab ingat test tu macam ujian bulanan kat sekolah. Kena duduk jauh jauh, jarakkan meja pastu ada cikgu ronda ronda dalam kelas tengok pelajar jawab ujian bulanan.

PEH. KUNO GILA PEMIKIRAN SEORANG KARTINI.

........
Rupanya begini, ada beberapa jenis test yang aku rasa semua orang pernah rasa. Ni pengalaman aku.

JENIS TEST KAT UNIVERSITI.

1) Strict Ikut Akta.
Test yang macam ni paling tak disukai oleh para mahasiswa dan mahasiswi di mana mana universiti sekalipun. Kenapa ek tak disukai? Hal ini demikian kerana para pelajar kena mempersiapkan seratus peratus persiapan untuk menjawab test akan datang. Dalam kategori ini, para pelajar akan ditempatkan di satu ruang dewan kuliah yang besar agar mereka duduk jarak jarak dan possibility untuk berbincang bahkan meniru kawan sebelah sangat tipis. Tambahan pula (amboi penanda wacana), test sebegini merapatkan lagi ukhuwah antara lecturer-lecturer or antara lecturer-staff. Sebabnya dalam test sebegini, barangkali ada lebih 3 hingga 4 orang pengawas yang akan memantau kami. Nampak je perilaku mencurigakan (antaranya tunduk bawah sebab google kat phone or tengok nota etc etc), kertas test terus dirampas. Sobs. Rasa macam penjenayah yang tunggu masa nak ditangkap je.





2) Open book Without Phone
Ek eleh. Kata open book. Tapi takboleh cari jawapan kat phone. Apebendenyeee lah. Eh eh, BETUL LA OPEN BOOK. Bukannya open phone. Pernah terjadi kat aku, masa tu tak jumpa rasionalnya kenapa takboleh buka slide kat handphone padahal kita haruslah memanfaatkan teknologi sedia ada. Masa tu aku fikir kemon la kita kan Generasi Y yang tabuleyy hidop tanpaa telepong. Bila dah jadi matang sikit ni baru rasa ketidakpandaian diri sendiri. Open book la betul la kan sebab tu takboleh bukak phone. Masa lecturer cakap boleh open book, dalam hati seronok bukan kepalang pehhh pehh boleh google jawapan ah gini sonotnyee.

"Open book, but no phone allowed." (Lecturer, 2015)

Patah seribu hatiku.





3) Open book. Online resources. TAPI jangan berbincang dengan kawan.
Ni kira kategori, kau buat sendiri sendiri la. Carilah jawapan sendiri. Carilah walau apa cara sekalipun tapi tak dibenarkan berbual or berbincang dengan kawan sebelah ke belakang ke depan ke seberang jalan ke. Kategori ni lebih kurang macam strict ikut akta. Tapi berbaik hati sikit bagi cari jawapan kat sumber sumber yang dibenarkan. Segala maklumat di hujung jari je. Pelajar cukup suka kalau lecturer kata:

"Okay, esok kita ada open book test. Revise Chapter 3 sampai Chapter 6" (Lecturer, 2013)


Malam tu berjimba seolah olah tiada test esok.






4) Online test. Essay.
Apakah definisi online test? Online test boleh didefinisikan sebagai test yang dibuat oleh pensyarah dalam bentuk virtual. Penggunaan kertas adalah 0% kerana para pensyarah buat soalan di laptop mereka dan soalan tersebut diupload ke e-Learn. e-Learn adalah satu medium elektronik yang membolehkan para pelajar mengakses segala bentuk nota, tips ataupun test secara online dan terpulanglah nak print ke tak. Jimat kos bukan? Dulu zaman sekolah, cikgu yang siapkan semuanya, fotostatkan untuk kita pastu kita hilangkan. Sekarang, sehelai kertas nak print pun fikir banyak kali (amboi hiperbola). Online test ni depends pada lecturer nak start pukul berapa. Dan ada dua jenis online test (essay) ni.

1) "You can submit your file by uploading it into e-learning and click submit"
2) "Buat dalam words, pastu print out hard copy. Drop at my box."

Yang kedua paling malas nak laksanakan.






5) Online test. Objektif (ABCD @ TRUE FALSE)
Apa ingat dah masuk universiti dah takda jumpa dengan konsep "Baca Buku, Tak Ingat Jawapan, Baling dadu, Itu jawapannya". Masih ada lagi. Masih. Cumanya kat universiti ni up sikit. Online test 50 soalan, objektif. Masa diberi hanya 1 Jam. Lebih 1 Jam, terus automatic submit for grading. Nampak easy je kan objektif rasa macam tutup mata je boleh jawab. Tapi cuba try test tengok, request kat lecturer korang untuk buat online test 50 soalan objektif dalam masa sejam saje. Baru terkulat kulat para pelajar ni nak kena bahagikan masa nak baca soalan dan baca pilihan jawapan.

Benda paling hangin bila kau tengah buat test jenis gini.
Tetiba berlaku sesuatu.
Seperti Wifi putus.
Laptop mati.
Server down.
Kucing beranak.

Kawan call ajak lepak mamak sebelah rumah. (bagi yang jawab test guna phone)

Masa tu sesopan manusia boleh jadi secarut manusia.





K la, tu je nak share.
Dah penat. Nak tido.

Bye penduduk Bumi.

Saturday, January 9, 2016

9 Jenis Pelajar Kat Universiti

Assalamualaikum/Selamat Sejahtera/Salam Satu Benua/Salam Satu Mahasiswa.

Fuh fuh lama gila tak update blog rasa macam berhabuk berkerawang suci dalam debu betul dah rasanya blog ni tidak disentuh. Empat bulan lebih bergelumang berenang melawan arus assignment, projek, test, kuiz, presentation, dan macam macam lagi.

Guys guys guys guys, aku nak bagitau yang aku baru je habis final exam. LAPAN PAPER WOI. BERDERET WOI SETIAP HARI ADA PAPER. Ada 2 hari gap tu pun tak sempat nak bernapas sangat. Akhirnya aku berjaya tempuhi juga. Lega. Perasaan bercampur baur.

Ya Tuhannnn.... Gembiranya habis final exam Semester 5 disudahi dengan tangisan yang separa gembira. Semester 6 kena berdepan dengan FYP 1 pulak. Moga masih terus hidup, Kartini. Moga.

OK, introduction dah habis.
Sepanjang tiga tahun aku kat kampus, bergaul dengan pelbagai jenis manusia. Pelbagai ragam.
So, here we go.

9 JENIS PELAJAR KAT UNIVERSITI

1) Kaki Tido
Jenis yang macam ni, bukan tido sebab ngantuk berjaga buat assignment malam tadinya ke apa ke. Dah memang pesen dia jejak je tempat ber-aircond. TUMBANG. Tak heran. Dalam ramai ramai kawan kelas you all, mesti akan ada sorang atau dua orang yang jenis tidur je. Hidup mati dia hanya untuk tido je. At first, mungkin lecturer ambil kisah, kawan kawan tolong kejut. Tapi at the end kalau dah selalu sangat. Jadi,

Apa apa je la Mat. Lantak kau la nak tidur selama mana pun. Dah besar kan pandai la fikir. Oh aku rasa Nana Sheme dapat ilham buat lagu Hantu Atau Buaya pun rentetan dari kisah classmate dia kuat tido. Barangkali.

"Balik balik muka yang sama je tido dalam kelas. Hai terpulanglah mahu jadi apa mahu jadi hantu mahu jadi buayaaa~~~~~~ Sabo jela"



2) Selalu Argue Dengan Lecturer

Student yang cenggini bagus sebenarnya. Mungkin sebab niat dia nak dapatkan jawapan yang solid dan kukuh tentang sesuatu perkara yang dia rasa fahaman dia dan lecturer tu lain sikit. Yelah, people makes mistake. Argue dalam konteks ni bukannya bergaduh, tapi lebih kepada banyak bertanya dan KADANG-KADANG overthinking sampai aku rasa rimas gak "apa yang dia nak tahu sebenarnyaaaa??"

Contohnya, kau tengah belajar matematik Belajar Trigonometry. Tengah sibuk sibuk belajar, tetiba ada satu student jenis yang macam ni timbulkan persoalan,

"Macam mana formula ni boleh timbul, madam?"
"Kenapa kita kena squre rootkan?"
"Siapa cipta formula Trigonometry ni, Sir?
"Pasepa kalkulator saya keluarkan jawapan lain dengan jawapan Sir, haaa baik Sir kira balik"

"OK macam ni ye para pelajar. Kita belajar benda ni sebab kitalah bakal peneraju negara pada masa hadapan. Sebab kita ambil kos Mathematical Engineering. Kalau hang banyak tanya lagi hang pi tukaq kos Sains Pertanian kaa Sains Sukan ka takpun Law. Hat tu takda Trigonometry."

Itu kalau subjek kira kira. Kalau subjek yang melibatkan pengetahuan umum, fuh berpeluh gak lagi lagi kalau subjek tu related dengan isu-isu semasa. GET READY. 

"Sabar jap. Haaa kenapa Google tulis camni tak sama macam Madam cakap? Nak percaya mana ni? Sabar sabar boleh tanya jap lagi ni."



3) Otai Datang Lewat Ke Kelas
Balik balik muka dia juga yang datang lewat ke kelas. Kalau dapat lecturer yang strict suka denda denda, memang muka dia je la yang ada kat depan tu. Nyanyi ke, Syair ke, Ketuk Ketampi ke. Biasanya jenis macam ni tak pernah kisah pun orang nak kata apa. Sebab depan diaorang pun kawan kawan diorang juga. Alasan biasa boleh tukar 3 kali seminggu.
1) Jalan jammed.
2) Terbangun lambat
3) Hujan kat luar.

Dan ada beberapa jenis reaksi atau mimik muka yang dipamerkan oleh si Otai Datang Lewat Ke Kelas ni. Seperti;

1) Ohh kena denda nyanyi lagu Ziana Zain kat depan? Apa adehal.


2) Jenis yang bila datang lewat, lepas tu satu dewan kuliah tengok dia. And he/she be like...



3) Masuk dan tengok lecturer belum sampai lagi.


4) Whatever aaa janji aku datang kelas senyum je la kat semuaorang hahahahaha


4) Player Tegar COC /  DOTA
Student begini yang terlalu aktif dalam games COC atau DOTA sampaikan terbawa bawa dalam kelas. Player tegar COC or DOTA ni tak kisah pun orang sekeliling kadang kadang. Dalam kelas, luar kelas, pergi toilet, library, kafe ataupun ceruk mana pun asalkan ADA WIFI KUAT kat area tu, pasti depa ni akan curi-curi main. 

Ada dua jenis player tegar dalam kalangan student ni.

1) Main senyap senyap duduk diam diam je.
2) Main pastu suruh member member main sekali, pastu mintak clan la apa la. Havoc kelas jadinya.

5) Baik Dengan Lecturer
Bagus student student yang baik dengan lecturer ni. Pergi mana mana selalu menjadi anak emas lecturer. Kalau lecturer perlukan apa apa pertolongan ataupun nak bagi sesuatu info, mesti student yang camni dicari dulu. Ehem, baik ni ada dua kategori jugak.


1) Baik dengan lecturer sebab memang perangai student ni suka berbaik dengan semua orang.
Student yang gini memang kita ketahui memang baik orangnya. Jenis baik je dengan semua orang tak pernah terfikir nak dapatkan perhatian lecturer ke nak sesuatu dari lecturer ke. Dia baik sebab dia fikir itu memang tanggungjawab dia as student kena berbaik baik dan hormat lecturer dia. Kalau lecturer bagi sesuatu info tambahan ke apa ke, kira satu bonus ah untuk dia. Kalau takde, dia okay je. Meneruskan kehidupan sehari hari dengan biasa.

2) Baik dengan lecturer sebab memang perangai student ni suka mengampu/membodek lecturer.
Student yang gini memang kita ketahui memang baik depan lecturer je. Belakang kemain tunjuk belang. Depan lecturer pijak semut pun tak mati pijak gajah pun gajah mengaduh sakit lalu lari masuk ladang tebu. Tanam tebu di bibir gituh perumpamaan dia. Bawakkan bekal untuk lecturer la, puji Sir hensem, puji Madam Gojes la. Tapi tu la, pujian tu cam tak berapa nak ikhlas la sebab depa ni mengharap balasan macam dapat soalan bocor test ke, dapat naikkan markah presentation ke, payung carrymark ke. Kalau lecturer jenis tak makan bodek, mula la ngata belakang blablablabla.

"Saya akan abadikan diri dengan Sir agar saya tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan coursework 60/60 pleaseeee Sir demokk Nyomey Nyomeyy anyoooo Kiutnyee Sir dari hari ke hari."

6) Sikit Sikit Kahwin
"Moga I dengan dia Till Jannah"
"Habis belajar nanti nak kahwin"
"Cantik tak decoration pelamin ni? Nanti Iols nak buat macam ni la"
"Takmau la tunang dulu, nak nikah je terus"

Tiada topik lain selain topik kahwin. Cinta. Perasaan. Dua hati. Till Jannah. Buat la apa apa pun mesti ada selit sikit soal kahwin. Hidup matinya cuma nampak pasangannya sahaja yang terbaik buat masa ini. Tak habis cerita kedai kopi pasal topik hati dan perasaan cinta nak mati tu, di Twitter, Instagram, Facebook dan lain lain juga berkait rapat dengan jodoh, cinta, kahwin, cinta lepas kahwin fuhh berpeluh baca.

Jenis yang cerita pasal kahwin memanjang ni aku tak kisah sangat sebenarnya. Yang aku takboleh bila ada soalan yang berbaur begini ya kawan kawan. Mana yang single tu mohon bersabar.

"Tini bila nak ada boipreng?"
"Tini jangan la kasar sangat, nanti takda lelaki nak dekat"
"Tini target kahwin bila?"
"Jangan lama sangat mencari, nanti jadi andartu cemana?"

KAH!

"Engko dari dua abad yang lalu kata nak kahwin tengok tak kahwin kahwin juga jangan sibuk hal aku la ada boipreng ke takde ke haaaaa...."



7) Aktif Nak Mampus Dalam Kokurikulum kat Kampus
Jenis pelajar cenggini memang lumrah dia tak pandai duduk diam. Ada aje benda dia nak buat selagi dia mampu. Sukan dia join. Program dalam kampus dia join. Program luar kampus dia join. Aktiviti kemasyarakatan dia join. Kadang kadang dia yang join program, dan kadang kadang dia yang buat program untuk orang lain join. Jenis student macam ni memang bagus sebab dia nak cari pengalaman sebanyak mungkin sebelum dia melangkah ke dunia luar yang begitu pancaroba.

Pelajar-pelajar yang cenggini biasanya kurang membuang masa dengan tidur semata mata. Setiap minggu mesti ada benda yang boleh dia buat. Sometimes susah nak jumpa atau duduk lepak sekali dengan pelajar sebegini sebab kekangan waktu dia dan waktu kita.

Di sini juga terdapat beberapa kategori pelajar yang aktif dalam kokurikulum kat kampus ni. Antaranya;

1) Aktif Kokurikulum + Aktif Pelajaran
Kategori gini memang bagus la menepati kriteria pelajar cemerlang. Pandai bahagikan masa antara belajar dan koko macam sukan dan program luar kampus. Jenis macam ni tak menyusahkan orang. Kalau dia nak bersukan ke berprogram ke, dia tahu masa bila patut dia deal dengan pelajaran terutamanya bila melibatkan group assignment. Tip top. Aku memang respect orang cenggini. 

2) Aktif Kokurikulum + Pasif Pelajaran
Kategori student yang camni kekadang jilake sikit. Maaf kalau ada yang terkena kat batang hidung sendiri. Dia punya busy dengan kokurikulum sampaikan pelajaran terabai. Kelas tak datang. Meeting untuk group assignment tak pernah hadir. Kadang kadang lagi teruk bila dah tak larat sangat, malas nak pergi kelas pastu minta member lain signkan attendance. Hahaha, student yang berkomitmen camni biasanya student yang selalu harumkan nama kampus masuk pertandingan sana sini. Bawa nama baik la. Tapi kekawan juga yang berbulu HAHAHAHA.


3) Aktif Kokurikulum + Aktif Pelajaran + Aktif Lepak
Student gini aku taktau la jenis macam mana bahagi masa dia. Dalam masa 24 jam tu memang optimum habis penggunaan masa tu. Dah la sibuk dengan kokurikulum, belajar tak tinggal. Dalam pada masa yang sama, ada quality time dengan kekawan kat universiti. Ada je masa yang boleh dia ni pergi jenjalan ke movie dengan kekawan pergi berjimba kat kedai makan borak borak. Mesti ada punya student yang jenis macam ni. Boleh la minta tips dari dia cemana nak bahagi masa dengan betul sebetul-betulnya. RESPECT.

Tenanglah bebeh setakat assignment apa adehal gua boleh main rubik sekali minum air tembikai sekali chill la jangan gelabah.


8) Acah Acah Busy
AHHA!
This type of person sometimes make me laugh while in the other part, make me annoyed much. Pasepa? Hahhaahahaha. Takda apa la. Jenis mahasiswa/mahasiswi cenggini sebenarnya jadual dia tak la pack mana. Berbeza dengan pelajar yang bizi nak mampus dengan kokurikulum ni, jenis student macam ni have no idea nak buat apa bila ada waktu lapang. Emm emm, 50% student yang acah acah busy ni datang daripada student yang aktif kokurikulum, but at one time he or she has no idea wadehel nak buat ni apesal takda tournament ke aktiviti kat kampus aku ni. Tu pasai depa macam kalut takda benda nak buat. So buat buat la busy kehulur kehilir dalam kampus sebab bila dia dah biasa aktif, tiba satu masa dia lapang memang gelabah la.

Yang lagi 50% memang totally takda pun menempel mana mana aktiviti dalam or luar kampus. Tapi dia punya sembang sibuk memanjang tu mengalahkan Perdana Menteri Uganda dengan skor 44.7 (Pelajar) -12.8 (Perdana Menteri Uganda). Bila ada orang cari dia nak ajak lepak ke nak ajak pergi dobi ke makan ke. FUH, 1001 alasan, busy buat itu la ini la, esok ada appointment dengan Dekan la. Eicehh padahal tengah baring tengok Jimmy Neutron kat TV9 Setiap hari jam 4.30 petang. Gebang.

SEDIKIT PERBUALAN ANTARA ALI DAN ABU DI SEBUAH KAFE :
Ali : Jom futsal petang ni.
Abu : Eh boleh bolehh! Lama dah tak pi main futsal. Pukul berapa?
Ali : Lima stengah. Court A.
Abu : Ehhhh aku baru ingat aku ada appointment dengan Dekan ah pasal satu proposal ni. Sorry wei aku lupa sangat benda penting ni. Lain kali la bro.
Ali :



9) Misteri
Pernah tak jumpa student yang mempunyai identiti sendiri tapi kau tak berani nak dekat dengan dia mungkin sebab dia ada aura tersendiri. Haa tu yang dinamakan pelajar misteri. Kebiasaanya student yang misteri ni perlakuan dia macam secara tiba tiba dan mostly akan sentiasa nampak berseorangan walau ke mana sahaja.
Kadang kadang student macam ni kita takboleh expect too much sebab perlakuannya boleh berubah tiba tiba aje. Ada dua jenis misteri,

1) Misteri yang tak diketahui
Student ni lebih suka memerap dalam bilik atau duduk kat rumah lepas je habis kelas sampaikan takda siapa tahu kewujudan student macam ni. Hanya orang orang yang serumah atau sekelas dengan dia je tahu dia ni ada. Itu pun kadang kadang dalam kelas pun ada yang tak perasan budak ni budak kelas dia sampailah ada presentation or kena kerja sama sama dalam satu projek. Tiba tiba satu hari dia pergi kafe nak la rasa bersosial makan semeja dengan kawan kawan kelas, then student misteri ni bukak satu topik pasal kelas tadi yang lecturer buat lawak tapi tak kelakar pun.

Kawan kawan semeja be like

"geng, hampa kenai ka dia ni? sapa dia ni?" (nada berbisik)


2) Misteri yang diketahui
Student yang pesen gini berbeza dengan point number 1 tu. Dia ada je menjalani hidup dia seperti student lain dan expose kepada ramai orang. Cumanya, dia sering dilihat sorang sorang ataupun apabila dalam group, tingkah lakunya menarik perhatian orang ramai. Tapi takda orang yang berani dekat dengan dia. Jenis student gini biasanya ada kredibiliti dan keyakinan yang sangat tinggi untuk pergi ke mana mana sahaja tanpa mempedulikan orang sekeliling. He/she has own personality which makes people nearby love to seek more about him/her. One day, student ni tak kelihatan. Akan ada soalan dari orang sekeliling mana perginya beliau?

"Dah lama tak nampak budak yang selalu gelak sensorang kat library tu"
"Wei, mana budak yang selalu dengan beg Spongebob dia tu?"
"Lama dah tak nampak lelaki yang pakai topi setiap hari tu kat kampus ni"

"emm emm, mana akak basikal oren kasut hijo tu eh? Lama tak nampak dia cycling ke kelas pepagi pepetang dan memalam."

p/s : Basikal rosak dan kasut dah tukar kaler lain. Sobs.


OK.
Tu je.
Sebarang persamaan watak atau karakter yang disebutkan dalam entry kali ini adalah secara umum dan kalau ada yang terasa atau tersinggung hati, maafkan la Kartini.

Moga kita semua graduate dengan jayanya dan tepat pada waktunya.
See you soon, guys.

Salam. (: