Friday, August 26, 2011

10 perkara mengenai aku.(kanakkanak.)

1 . aku suka makan jajan banyakbanyak pastu aku muntah.mak aku la yang bersihkan.ohh,mak.tini sayang mak. (:

2 . aku sangat rapat dengan abang aku yang kedua.time kecik,aku selalu main gusti dengan dia.dia tumbuk aku.aku tumbuk dia.DIA TUMBUK AKU.bunyi macam best.tapi biasalah.aku insan yang lemah.lalu aku melalakk.taknak main gusti lagi dengan abang aku.HAHA.

3 . somehow,aku suka jolok tekak aku.sampai ada sekali tu,jari aku tersekat kat kerongkong.nasib baik la boleh keluarkan.menangis aku.yelah takut jari takboleh keluar kan.

4 . aku paling takut dan sangat gerun dengan objek lagi besar dari aku walaupun aku minat kat objek tu sangat.macam contoh,aku suka gila cete ALONG.tapi bila dah jumpa depan2 maskot ALONG tu,aku rasa dia nak MAKAN aku!

5 . aku dulu jaguh permainan lompat tikus.sampai lubang terakhir pun aku lompat tinggitinggi.tapi bila turn aku jadi lubang tikus.aku takut.sebab aku pernah disepak di muka akibat permainan itu.ohh sedih.

6 . sebelum tidur,aku suka gentel selimut.taktau la.habit aku since umur setahun setengah kot.macam best je gentel selimut. (:

7 . kalau bulan penuh.aku akan menyorok dalam rumah.sebab definisi aku bila bulan penuh je,nnt dia asyik ikut je kemana aku pergi.mcm ada bayang2 ekori.so better sorokkan diri.u can't catch me ya!

8 . aku suka gila tengok ikan bergerak.nanti kalau pergi rumah orang yang ada akuarium besar.memang melekat je aku kat situ.mak ayah aku panggil,aku buat dang je.aku suka tengok ikan berenang sana sini.sampai sekarang pun aku suka! :D

9 . tiap kali aku pegi Bukit Merah Laketown Resort.aku selalu kena tinggal dengan siblings lain.yela,dorang semua pegi main bola gergasi tu.time tu aku pendek dan masih bawah umur.so takboleh.sadis.mainlah aku sorangsorang bersama mak aku.ohh.

10 . lastly,zaman kanakkanak,aku suka lastik ayam.nampak ayam je aku lastik.serius tak tipu.kadangkadang aku kejar ayam tu sampai aku penat.aku say babai to that ayam.

the end.

Tuesday, August 16, 2011

19 Tanda Korang Seorang Yang Matang

1.korang dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat korang tidak tercapai.
sebagai contoh korang nak sangat kasut bola/baju dress tu,korang minta kat parents korang tapi tak dapat.pastu korang apa lagi.tarik muka.merajuk taknak makan,taknak cakap bagai.aku lempang nak?hahaha.kalau korang kumpul duit sendiri tu lain cetelah.
2.Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
situasi ni bila ada kawankawan korang atau family korang tegur korang atau herdik korang.korang berlagak cool je walaupun dalam hati berbara bebb.kita jadi manusia ni biarlah pemaaf okay.lawan secara positif ye kengkawan.
3.Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
yang ni aku rasa hampir 99% penduduk muka bumi ada sifat ni.by the way,korang kalau jeles orang lain dipuji dan disanjung,apa kata korang try make something different yang menampakkan korang unik dari orang lain.tapi pastikan unik yang positif.jangan gedik sangat nak try bukanbukan.buat malu je.
4.Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
andai katalah ada orang benci korang kan.korang takyah nak sibuksibuk tahu kenapa dia benci kauorang.then update kat FB."kalau tak puas hati laii datang sini la." ek eleh pehal ajak gaduh.tak matang langsung.then update blog kutuk sana sini.kalaulah ini berlaku kat kawankawan aku,lama aku siram dengan air.hahaha.tipu je.malas aku nak campur.
5.Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
okay,make it short.macam sekarang la kan.bulan puasa.korang mampu kawal emosi dan nafsu korang dari membazir.cuba korang bandingkan diri korang dengan budakbudak kecil.budakbudak kecil kalau pegi bazar nak itu nak ini.alaaa macam cete upin ipin.angkut semua ayam goreng,ayam madu,ayam percik and so on.so kalau korang takboleh kawal nafsu,means korang belum matang lagi.
6.Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
tengok kawan lain dapat kerja CEO or pengurus or kerja baik sikit dari korang,mulalah dengki.hantar santau la.hantar geng musnahkan karier kawan sendiri la.bom syarikat dorang la.(ada ke bom?).kan lebih baik korang usaha lebih gigih utk majukan MALAYSIA ini.(hepi merdeka!) :D
7.Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
yang ni aku tak ngeti la terangkan.anyone?
8.Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
as example,korang masak sup ayam.then orang kritik masakan korang masin la,berminyak sangat laa.pastu korang mengamuk baling kerusi meja,cakap macamlah dorang tu pandai masak.lastlast fobia nak masak.terus lari masuk bilik menangis.HAHA.kemonlah,terimalah kritikan orang lain supaya korang dpt perbaiki diri.(:
9.Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
yang ni aku suka.kes ni lebih kurang korang pasang matlamat jangka panjang.korang nak study betul2.nak kerja yang bestbest.then bina sebuah keluarga yang bahagia dunia akhirat.insyaAllah ameen. (^^)
10. Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
kes macam ni lebih kepada sifat mengalah.tapi harus diingatkan,kita ada hak untuk menyuarakan pendapat.namun dengan pendapat yang rasional.jangan kauorang bantai buat rusuhan la.bakar rumah orang la.letupkan rumah orang.okay?
11. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
korang mmpunyai hobi yang tetap ikut diri kauorang sendiri.macam aku memang dari kecik hobi aku melukis je.ada masa lapang je melukis.ini tak,korang tengok orang lain ada hobi kumpul setem,korang pun nak.then esoknya nampak kawan korang ada hobi berenang.korang pun sibuk nak pasang hobi berenang.padahal tak ngeti berenang.lastlast lemas diselamatkan org lain.since that terus trauma bila nampak kolam malah lopak air.(ada ke?)
12. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
yang ni biasanya berlaku pada budak sekolah la.bila cikgu mengajar.at the end of lessons,cikgu tanya ada soalan tak.semua diam bisu.sebab malu kot pasni kena boo dengan kengkawan lain sebab lessons tu pun time sebelum waktu balik kan.so semua diam konon tak sabar nak balik.bila say goodbye to cegu,semua lari lintang pukang balik rumah.*maaf ayat nak bikin gempak je.
13. Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
yang ni lebih kepada hormat yang tua la.walau siapapun mereka,korang kena hormat tau tau tauu.
14. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
bahasa mudahnya,JANGAN nak riak sangat.masyarakat tak suka.apa lagi Tuhan.so korang bersederhanalah dalam semua hal.kalau boleh benda baik ni tak elok ditunjuktunjuk kat orang lain.melainkan utk tujuan mendidik.(macam korang as abang or kakak nak didik adik2 korang supaya berperilaku baik.)
15 . Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
sebagai contoh,korang gila lapar kan.then korang pun belilah makanan.then ada la pakcik tua yang uzur kena tinggal tepi jalan(kejamnya),korang beri makanan korang tu kat pakcik tua yang uzur tu.dengan paksa rela.dah lepas bagi tu korang senyumlah then blah dari situ.pegi satu tempat yang tak ramai orang.korang menangis kelaparan.sobs sobss. T_T
16 .Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
ni lebih kurang sama je dengan point no 4.cuma yang ni lebih bersifat bertolak ansur dengan orang yang korang tak suka.or benci la senang cete.even korang benci orang tu sebab dia rampas kebahagiaan hidup korang ke,korang still cool layan dia mcm org lain.kira macam fake sikit la.tapi kalau korang ikhlas,mesti orang tu dapat rasa.bukan sekarang.tapi suatu hari nanti.
17.Anda dapat mewujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
kiranya ada udang di sebalik batu la.ish takmau la cenggini.kita nak sayang,bercinta or bersahabat biarlah jujur dan ikhlas.jangan ada muslihat macam bersahabat sebab orang tu glamour ke,cantik ke,hot ke,kaya ke.so then korang ambil hati orang tu atas sebabsebab mahukan ke-MAKET-an,mahu dikenali,nak shopping dan enjoy dengan kekayaan orang lain."matang SUNGGUH"(perli.)
18. Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
okay lelaki,janganlah bila korang dapat bekerjasama dengan wanita yang cantik atau tidak,si wanita tu tanya pendapat korang,korang takyah nak yeye kelapa goreng yang korang tu lelaki malaya tulen.
19. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
perempuan pula,jangan sesekali berharap bila korang bersahabat dengan orang lelaki,korang dapat pikat kaum lelaki sampai boleh jadi bf sendiri.nak kawan buat cara kawan je.jangan nak terkinjakinja depan lelaki.(nasihat mak aku kepada aku.baik mak!)


tuntasnya,kalau korang ada lebih dari 11 points di atas,korang boleh dikatakan matang dalam kehidupan dan persoalan hidup korang.so,kita enjoy!