Thursday, May 3, 2012

Murahnya Perempuan Bergaduh Hanya Berebutkan Satu Lelaki

Assalamu'alaikum. Selamat sejahtera kepada semua readers. Hari ni Tini nak share pengalaman Tini yang pahit. Pahit tu tak pahit sangat la. Bila ingat balik, macam kelakar je. Sebab apa? Pasaii naa, Tini hairan la ada juga perempuan bergaduh sebab berebut sorang lelaki. Okayy jom Tini story mory.


Lokasi : Kantin. *di mana tempatnya, dirahsiakan.
Watak : Dua orang perempuan. Satu cantik, Satu cute. Tapi perangai hampeh.
Masa : 10 Pagi.
Peranan Tini : Insan yang tersepit di antara dua samseng ni. XD


Storynya :
Pada suatu pagi yang indah nian, burungburung berkicauan, Masyarakat majmuk di sini pergilah berehat sebentar melonggarkan segala ketegangan diri dan emosi dengan berehat di kantin. Peranan Tini sebagai pemerhati di kantin tersebut hanya mampu mengecurkan segala air liur kerana kelaparan dan kehausan tatkala mereka semua menjadi zombi yang kelaparan otak.


Okay, keadaan semua terkawal memandangkan masing-masing dah dapat otak masing-masing. Semua berjalan lancar. Tini pun relaks goyang kaki siap shuffle di kantin tersebut. Suddenly, tiba-tiba ada sorang pompuan yang boleh la cantiknya datang meluru ke tempat pompuan yang cute ni. Pastu tarik lengan pompuan cute tu. Then mereka pun bertikam lidah.


Tini memula tak amek peduli sangat, tapi pompuan cantik ni tetiba amek segelas air milo milik siapa entah kat atas meja. Lalu di campaknya rezeki itu sesuka hati lalu mengenai hatiku ini. *I mean baju Tini laa. Sonok weii, berendam air milo. Actually time tu memang terkedu. Dalam hati sumpah seranah, tapi Tini masih mampu tersenyum lantas pergi ke tandas membersihkan baju kurung Tini yang dah lencun akibat lemparan super padu si pompuan cantik tu. Ramai yang menyaksikan kejadian itu cepat-cepat meleraikan pompuan yang malang yang bermadu itu.



Tu dia muka pompuan cantik dan pompuan cute tu bila bergaduh. Somel kan mereka. Tak kuasa MAK.


Sesudah habis rehat, Tini macam malu sangat. Terus sorokkan diri kejap di surau dan menangis sepuas hati. Maafkan Tini cikgu sebab tak masuk kelas selama setengah jam. First, malu. Second, nak keringkan baju yang lencun tu dulu. Malu la sebab ramai orang menonton drama percuma tu. Alahaii.


Okay, kejadian ni dah lama dalam 2009 gitu ah. Kepada perempuan cantik dan cute itu, harap kauorang bermadu dengan bahagianya. Actually Tini dah maafkan mereka atas insiden tersebut. Tapi tak best ah kalau tuan punya badan sendiri masih belum minta maaf kepada mangsa keadaan mereka ini. Nasihat Tini kepada dua orang perempuan ini, janganlah disebabkan lelaki, kauorang bergaduh. Mana perginya maruah kita sebagai perempuan?


So, the moral of the story. Kumbang bukan seekor. By the way, kauorang perempuan yang masih sekolah tu takpayah bangang bangang sangat bergaduh sesama perempuan pasal lelaki. SEBAB BELUM TENTU LELAKI YANG KAUORANG PUJA TU JADI SUAMI KAUORANG. MANA TAHU ALLAH CABUT NYAWA LELAKI TU, HILANG IMAN KAUORANG TERUS BUNUH SEMUA ORANG YANG KAUORANG BENCI. Cis Tini dah emosi. Okay sabar.

Slogan baru : Perempuan Bebas Poligami. Ahahah, sorry mengarut. *gambar hiasan


Itu je nak cete. Kepada yang bercinta tu, be cool. Usaha-usaha juga. Berdoa jangan lupa. Kita hidup bermasyarakat, kena la hormat antara satu sama lain. Hope cerita ni kita jadikan iktibar. Cukuplah sekali Tini jadi mangsa keadaan.

Jaga diri, jaga akhlak, jaga maruah. Assalamu'alaikum.

Wednesday, May 2, 2012

Sudah Hampir ke Garisan Penamat, Namun DIA Tidak Mengizinkanku Menang.

Assalamu'alaikum...

Hari ni cuma luahan hati Tini je. Hari Rabu yang menyedihkan. Kauorang sedih tak kalau kauorang dah berusaha untuk dapat sesuatu tapi akhirnya gagal. Ya, mungkin ramai kawan Tini yang nasihat "don't give up!" Alahai terima kasih kauorang. Tini mungkin senyum je bila mereka nasihat Tini.

Hari ni kali kedua Tini test JPJ. Sedihnya. Ya Tini tahu mesti kauorang ketawa mengejek je kan masa baca ni. Escpecially yang dah pass JPJ test tu. Hm, Tini dah lepas dah 3 penjuru. Mungkin Allah belum mengurniakan rezeki buat Tini merasai manisnya kejayaan. Mungkin Allah tahu apa yang terbaik buat Tini.

Hmm, Tini bukan give up taknak amek test buat kali ketiga. Tapi Tini belum sedia lagi untuk retake. Sedih la, bilamana kita hampir dan sangat hampir pada garisan penamat, tiba-tiba kita terjatuh. Tersungkur dan pada masa tu, hanya Allah yang tahu betapa kecewanya hati Tini. Biarlah kauorang nak cakap Tini tak pandai bawa kereta ke ape ke. Ada hikmahnya. Ahh Tini masih bersedih.

Lepas ni tunggu UPU keluar la. Terus bawa diri pegi sambung belajar. Lupakan je niat nak dapat lesen buat jangka masa panjang. Tsssk tssskkkk. (T____T)

Okay bye. Assalamu'alaikum.


Nikmat Allah besar tak terkata.

Assalamu'alaikum. Hai bloggers and readers.(: Pernah tak kauorang berfikir sejenak seberapa banyak nikmat yang Allah bagi kat kauorang? Pernah tak? Pernah?
Aku bersyukur sangat sebab sampai saat ini, aku masih lagi bernyawa. Masih lagi mampu berbakti utk kedua ibu bapa aku. Masih lagi sempat untuk aku memohon maaf kepada semua. Masih sempat untuk aku beribadah. Masih sempat. Ya Masih sempat. Alhamdulillah.



Mata. Ya mata. Alhamdulillah. Allah masih bagi kesempatan untuk aku. Untuk aku melihat. Untuk aku menilai diri aku. Untuk aku melihat mana yang benar dan mana yang tidak. Untuk aku melihat keindahan ciptaan Maha Agung ini. Ya, aku pernah fikir. Jika nikmat melihat aku ditarik balik. Aku buta. Aku tak dapat melihat. Ya Allah, akulah manusia paling rugi. Mungkin sebab aku tak hargai nikmatNYA.



Hidung juga adalah nikmat yang besar. Tanpa hidung, aku mungkin akan hilang deria rasa sebanyak 50%. Kenapa? Sebab hidung ni membantu kita sebanyak 50% dalam merasa sedapnya sesuatu makanan or minuman itu. Faktanya, sila belajar Biologi. Terima kasih. Jadi sila nasihatkan diri aku sendiri agar jaga hidung aku baikbaik. :D



Senyum! Cheese. Haa, mulut kita dah molek dah dikurniakan satu je. Alhamdulillah. Aku nasihatkan pada diri aku juga, silalah jaga mulut ni baikbaik. Adalah lebih elok kita ucapkan perkataan yang baik dan bermakna. Allah itu Maha Pengasih. Walau sejahat mana mulut kita berbicara. DIA masih lagi bagi peluang untuk kita bercakap. Mungkin kelak DIA akan beri hidayah untuk kita gunakan mulut itu untuk berdakwah. Siapa tahu kan? :D

Alhamdulillah, setakat ni je den menulis. Part 2 nanti la kiteeww tulis. Penat ah. Bye, Assalamu'alaikum.