Wednesday, May 2, 2012

Nikmat Allah besar tak terkata.

Assalamu'alaikum. Hai bloggers and readers.(: Pernah tak kauorang berfikir sejenak seberapa banyak nikmat yang Allah bagi kat kauorang? Pernah tak? Pernah?
Aku bersyukur sangat sebab sampai saat ini, aku masih lagi bernyawa. Masih lagi mampu berbakti utk kedua ibu bapa aku. Masih lagi sempat untuk aku memohon maaf kepada semua. Masih sempat untuk aku beribadah. Masih sempat. Ya Masih sempat. Alhamdulillah.



Mata. Ya mata. Alhamdulillah. Allah masih bagi kesempatan untuk aku. Untuk aku melihat. Untuk aku menilai diri aku. Untuk aku melihat mana yang benar dan mana yang tidak. Untuk aku melihat keindahan ciptaan Maha Agung ini. Ya, aku pernah fikir. Jika nikmat melihat aku ditarik balik. Aku buta. Aku tak dapat melihat. Ya Allah, akulah manusia paling rugi. Mungkin sebab aku tak hargai nikmatNYA.



Hidung juga adalah nikmat yang besar. Tanpa hidung, aku mungkin akan hilang deria rasa sebanyak 50%. Kenapa? Sebab hidung ni membantu kita sebanyak 50% dalam merasa sedapnya sesuatu makanan or minuman itu. Faktanya, sila belajar Biologi. Terima kasih. Jadi sila nasihatkan diri aku sendiri agar jaga hidung aku baikbaik. :D



Senyum! Cheese. Haa, mulut kita dah molek dah dikurniakan satu je. Alhamdulillah. Aku nasihatkan pada diri aku juga, silalah jaga mulut ni baikbaik. Adalah lebih elok kita ucapkan perkataan yang baik dan bermakna. Allah itu Maha Pengasih. Walau sejahat mana mulut kita berbicara. DIA masih lagi bagi peluang untuk kita bercakap. Mungkin kelak DIA akan beri hidayah untuk kita gunakan mulut itu untuk berdakwah. Siapa tahu kan? :D

Alhamdulillah, setakat ni je den menulis. Part 2 nanti la kiteeww tulis. Penat ah. Bye, Assalamu'alaikum.

No comments:

Post a Comment