Sunday, May 11, 2014

Dipinggiran Pilu.

Sudahlah coconut shake tidak dapat.
Hilang punca. Hilang arah. Hilang hala tujuan.
Tanpa ada yang hulur,

"Hai awak, nak coconut shake?"

Oh hai, itu baru introduction. Aku dah lama tak update blog.
Tika aku menaip, jam pukul 2.50 pagi hari Isnin, 12 Mei 2014.
Ah sampah apa perasaan ini. Sarap apa isi hati ini.
Apa kau fikir aku tak punyai hati.
Apa kau fikir lemak aku takda perasaan?

Ah kambing ini, sungguh kambing.
Sudahlah dihina.
"Awak ni gemuk lah. Cuba kuruskan badan tu."
"Awak ni jalan lembab la. Cuba laju sikit."
"Awak cuba jangan jalan. Duduk atas kerusi roda. Saya bawa. Laju sikit."

Seriushit. Rasa marah dengan diri sendiri.
Budak gemuk mana yang taknak kurus? AH, cuma mentaliti.
Bila nak kurus sikit, mula ada soksek soksek kata.
"Hei tak makan ke? Diet lettuw."
Baspak kambing golek dia ah, bukan nak support.
Perli.

Sudahlah ditinggal boyfriend.
Sudahlah ditinggal kawan.
Sudahlah diejek rakan.
Cis, apa tiada keadilan bagi si gemuk macam aku ke?

Oh ada adilnya.
Budak gemuk pandang sipi pun tak heran.
Budak kurus pandang penuh lagi tak berkelip mata tu diaa bak hang.
Aku bukan prejudis. Aku bukan gila populariti.


Sekadar ingin rasa kasihnya berkawan.
Sekadar ingin rasa sayangnya bersahabat.
Sekadar melukut di tebing nan tinggi mencapai kejayaan bersama.
Khayalan semata.


Ya, aku bersyukur dijadikan begini. Bukan mengeluh.
Sekadar luahan terbuku beberapa lama sehingga menjadi novel.
Tapi, novel itu indah walau ada plot yang kucintaik Mungkin.
Kerana taksemua novel itu berkisar cinta. Ada juga thriller.
Mungkin thriller terwujud akibat sikap antagonis mereka di sekeliling.

Ini sungguh membinasakan hati. Meluluhkan rebung jantung.
Melihat budaya ke arah kekayaan dalam inti dan prospek yang serba cantik dan indah.
Maka itulah punca aku diketepikan.

Ya itulah dia.

Yang benar,
TINI---
Yang tiada siapa pernah tahu kewujudannya melainkan dia saja yang cuba menonjolkan diri.
Sekian, selamat malam.

Last seen,
3:05 AM, 12 MAY 2014