Saturday, May 18, 2013

Matrikulasi atau Universiti atau Kolej atau Form 6, mana satu pilihan anda?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Saban hari kejayaan demi kejayaan dapat dikecapi oleh Malaysia. Salah satunya Malaysia melahirkan ramai graduasi yang berjaya di luar sana dan kebanyakkan mereka survive. So, today, saya nak cakap khas untuk panduan adik adik junior saya sedang mengalami konflik jiwa mental rohani dalaman jasmani dalam memilih keputusan yang tepat.

Entry kali ni bukanlah mengagungkan mana mana institusi pengajian tinggi, hanya untuk panduan.

Baru baru ni keputusan pengambilan pelajar untuk program asasi dan diploma telah pun berlaku. So ada di antara junior junior yang saya kasihi telah bertanya "Akak rasa mana okay?" "Nak masuk matrik, tapi kena struggle" "Entahlah nak masuk mana, masuk U or matrik?"

Okay. Di bawah saya cerita apa yang saya tahu.


MATRIKULASI
Matrikulasi ni lebih kurang macam asasi tapi bezanya, bidang yang boleh kita amek untuk degree nanti luas kalau study kat matrik. Kalau asasi agak terhad sikit. I mean AGAK terhad. AGAK okay. For those yang kata "Alaa matrik ni kena struggle la kalau tak nanti kena tendang la apa la". Kemon akak akak dan abang abang junior sekalian. Kalau kat U belajar memain pun pointer teruk seghupe gak kena tendang. So sama je. Ni saya cakap berdasarkan pengalaman saya as matric student la.


Mungkin saya seorang yang ambil subjek Kemahiran Hidup ERT di matrik. Mungkin. Saya rasa mungkin.

Dekat matrik ni, memang jadual sangat sangat padat. Korang mestilah seorang yang tabah semasa di matrik. Kelas tutoran, kuliah dan kelas makmal memang full setiap hari. Kelas bermula hari Isnin hingga Jumaat. Jam 8 pagi sampai 5 petang. Kalau Jumaat balik macam budak sekolah, pukul 12 dah habis kelas. Pensyarah ajar dalam kuliah memang laju, so kena cepat pick up. Sebab apa? Sebab silibus kat matrik banyak. Kadang kadang kalau tak habis silibus ikut jadual yang ditetapkan, pensyarah akan buat kelas/kuliah tambahan pada hari minggu or pada waktu malam. So dari sini memang agak letih sikit. Thats why program matrik setahun @ dua tahun je. Kalau 3 tahun baik pergi diploma je dik. (:

Peraturan dekat matrik lebih kurang sama je peraturan dekat sekolah dulu. Bezanya korang bebas nak bawa phone, korang bebas nak pakai baju kurung warna apa dan tudung apa pun. Kat matrik peraturannya pelajar lelaki mesti pakai baju kemeja seluar hitam bertali leher dan perempuan berbaju kurung bagi muslimah dan bagi non muslim, baju kemeja dan kain skirt bawah lutut. Then outing pun bukan boleh tetiap hari. So rasa macam dekat asrama la bila di matrik ni. Life kat matrik ni rasa macam "we complete each other". Sebabnya yang belajar kat sini semua bayee sebaya kita je. So macam kitorang takda masalah untuk berkomunikasi dengan baik. Lagipun matrik kecil je, balik bilik keluar bilik pergi kuliah nanti jumpa muka yang familiar je.

Pastu kalau kita tak faham dekat kuliah, kita boleh datang admin bila bila masa je utk tanya pensyarah. Pensyarah akan cuba tolong kita. Jangan risau okay. Basicnya, matrik ni kita kena pandai cari kawan belajar dan kena pandai cari curi masa untuk jumpa pensyarah agar kita berjayaa di sana kelak.

About elaun pula. Korang akan dibekalkan RM250 sebulan. Kalau korang pandai jimat, mungkin cukup la kan untuk sebulan. Tapi bagi saya memang tak cukup, sebab nak bayar duit fotostat nota kuliah itu ini nak makan mana topup lagi. Lagi kalau jenis yang suka bergayut dengan boipreng girlpreng memalam, eh memang tak cukup la. Hihihi. Jadi fikirlah sendiri eaa. Masa saya dulu alhamdulillah so far takda la sampai nanges tak makan tak topup. Sebab ada baucer buku PM bagi, pastu kad siswa. Agak menyenangkan sikit la di situ ye.


Universiti / Kolej Swasta
Dua dua sama je cara hidupnya. Cuma mentaliti orang selalu set yang Universiti ni bagus gah dabik dada komfem dapat kerja dengan kerajaan, murah dan bla bla bla then yang kolej swasta mahal takbagus budak2 kaya je masuk sana yang tak dapat masuk U je campak ke sana nanti susah dapat kerja. BLERGHHH, sila la buang jauh jauh pemikiran sempit begini.

Dua dua sama kerana dua dua memerlukan duit untuk meneruskan pengajian. Dua dua memerlukan semangat berdikari yang tinggi untuk teruskan hidup di sini. Saya cakap ni berdasarkan pemerhatian saya dan selidik saya terhadap orang ramai. Cewah.


Dekat IPTA/IPTS ni kita bebas nak buat apa pakai apa pergi mana makan apa. Tiada halangan. Tapi janganlah tohorkan pemikiran nak buat benda benda yang tak sepatutnya kita buat. Apa apa pun back to basic, ingatlah tuhan dan ingatlah mak ayah. Kita masuk sini utk belajar bukan berjoli berseronok sakan tau. Kita ada matlamat di sini. Cewahh. Kehidupan di sini adalah 100% ditentukan oleh kita sendiri. Tiada peraturan. Tiada sekatan. Kena pandai jaga diri sendiri. Kena pandai cari ilmu sendiri. Kena pandai bergaul dengan orang lain.

Paling important, kena pandai pilih kawan dekat sini. Yelah, dekat sini semua peringkat umur ada. Ada yang sebaya kita, ada yang lebih muda dari kita dan ada yang lebih tua dari kita. So paling penting mulut jangan puaka tebing biru ok. Nanti ada yang kecik hati acamne. Lagi kalau kita dapat U atau kolej yang jauh. Memang kena selalu berwaspada. Bagi kaum perempuan, ni nasihat saya. Tolong jangan jalan sorang sorang WALAUPUN tempat yang korang lalu tu ada orang. Sebab kat sini memang totally nobody cares about you. Tiada siapa nak ambil peduli awak dari mana kenapa awak pakai baju macam tu apa awak makan. NO. Unless korang ada secret admirer. Tett.

Pembelajaran di sini macam mana? As I said before, semuanya kena sendiri. Based on what my lecturer said, "di Universiti nanti terserah you all nak datang kuliah/kelas or not. Terserah you all nak main handphone dalam kuliah ke nak tido dalam kelas ke, pensyarah U langsung tak kesah. Apa yang dia tahu, dia ajar ajar dah cukup masa dia blah. Tapi you all yang susah nanti, nak jawab kuiz macam mana nak cover? Haaa. And then jangan terkejut kalau you all takboleh ambil exam sebab you all banyak kali ponteng kelas. Pensyarah memang tak tegur but you will regret later. Lepas tu, study di matrik tak sama dengan U. Dekat matrik boleh la you all jumpa lecturer minta ajar mana yang you all tak faham. Tapi di Universiti or Kolej, sometimes you have to make an appointment with the lecturer. Ada pensyarah yang malas nak layan, dia tak bagi you all ganggu dia di admin."

That is what my pensyarah matrik said. Saya terlopong besar besar mulut ni bila dia bercakap panjang lebar. And I think I will have culture shock when I further my degree. Pheuwww. About fees, kita bayar ikut semester la. Kalau semester 1 korang failed, so kena repeat paper la kan. Ohh gucci. Belajar la sungguh sungguh bila masuk U or Kolej ni. Jangan sia siakan pinjaman MARA or PTPTN yang diberi. Kalau yang dapat biasiswa tu, jangan fikir nak berjoli je. Korang sakit belajar kejap je. Nak kerja nanti lama wooo. So think wisely okay.

Form 6
Form 6 ea. Hmm tak tau nak cakap apa la. Standard law dia macam student sekolah la kan. But my aunty said that form 6 is the hardest. Form 6 ni kalau nak dibandingkan dengan matrik dan U, lagi susah form 6. Form 6 ni pun kira macam fast track untuk pergi degree sama macam matrik. Cuma bezanya form 6 kena tempuhi STPM after 1 and half years you studied. Suasana sama macam sekolah harian. Follow the rule as usual. Balik sekolah cam bese. Senang dapat kawan. Dibimbing cikgu. Ada hari sukan. Alaa macam kat sekolah. And you are the big senior in the school but jangan buli junior korang okayy. Hehehe. Tu je kot nak cakap. But seriusly form 6 ni taff jugak studynye. (:

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay itu je saya nak cakap. Saya mungkin tak dapat membantu adik adik junior saya ni sangat. Korang kena la fikir seribu kali dan buat pilihan terbaik. Sebab yang nak hidupnya korang. Saya cuma bagi guideline je. Kalau susah sangat buatlah solat istikhara ye. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk korang.

Sekian, Assalamualaikum.


Hasta la vista Matrik Johor!

No comments:

Post a Comment