Thursday, May 30, 2013

Jika ini berlaku pada anda.

Andaikan saya ni sahabat baik awak yang sudah lama terpisah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suatu malam, ketika hujan lebat awak duduk rumah sendirian. Awak tengah main facebook sambil tengok TV kat ruang tamu sementara tunggu mak ayah awak pulang dari annual dinner tempat kerja ayah awak walaupun mereka bawa kunci pendua.

Then pintu rumah awak diketuk seraya "assalamualaikum" kedengaran. Awak buka pintu dan nampak saya.
Aaaaa! Kita dah lama tak jumpa. Saya buat surprise untuk awak. Kita berpelukan depan pintu. Saya gembira sangat dapat tahu rumah awak kat sini atas bantuan kawan-kawan lain.

Awak tarik saya masuk rumah awak. Kita main games sama-sama.. Kita masak maggi sama-sama. Yelah hujan sejuk sejuk sedap makan maggi beb. Lagi tomyam. Saya gembira sangat dapat jumpa awak. Awak bercerita macam macam dekat saya. Kita bertukar-tukar cerita. Awak pelawa saya tidur rumah awak. Saya okayy je sebab awak kata saya boleh pakai baju awak. Kita kan sahabat ^_^

Then dalam bilik, kita ambil gambar bersama sama guna DSLR awak. Kita gelak ketawa dalam bilik. Then masa untuk tidur. Saya minta tolong awak tutup lampu sebab saya takboleh tidur tanpa lampu. Then gelaplah bilik tu. Tapi kita belum tidur lagi. Kita berbual bual dalam gelap. Kita cerita zaman kita sekolah rendah dulu. Saya cerita macam macam sampai terburai gelak ketawa antara kita berdua. Biasalah sahabat baik kan. Kita bersembang sampai dekat pukul 1 pagi.

Then tetiba awak baru teringat iPhone awak tertinggal kat ruang tamu. Yelah seronok sangat bercerita sampai lupa handphone sendiri. Pastu awak suruh saya tunggu kejap dalam bilik. Alamak, dah la dah pukul 1 pagi. Bilik awak ni besar. Saya agak cuak la sikit ditinggalkan. Awak kata kejap je. Nak ambil phone pastu nanti cepat cepat naik bilik la. Then saya minta awak berjanji, walau apa pun terjadi awak mesti naik semula ke bilik ni. Saya ni penakut sikit. Then awak janji. Awak janji kat saya walau apa pun terjadi, awak tetap naik semula ke bilik. Awak ejek saya penakut.

Awak pun turun bawah. Pergi ke ruang tamu. Mencari iPhone awak di sofa, di tepi laptop. Tak jumpa. Then suddenly deringan handphone berbunyi. Rupanya iPhone awak yang berbunyi. Ada di dapur. Tertinggal masa awak dan saya masak maggi bersama. Yelah kekonon nak ambil gambar maggi upload dalam instagram. Pastu awak tengok kawan awak yang tepon awak. Awak pun pelik la. Yela pukul 1 pagi pehal nak tepon. Macam important call je kan.

Awak pun jawablah anggilan tersebut. Dalam perbualan pendek tu, kawan awak kata saya iaitu sahabat baik awak telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di highway utara selatan. Dia beritahu saya akan dikebumikan esok pagi. Kawan awak mohon awak datang rumah saya di alamat sekian dan sekian untuk majlis tahlil. Awak terkejut bukan kepalang. Awak terduduk di dapur. Awak teringat janji awak pada saya.

Persoalannya sekarang, adakah awak akan tunaikan janji awak kepada saya? Adakah awak akan naik ke atas semula ke bilik awak untuk temankan saya yang awak kenal sebagai seorang yang agak penakut?

Will you?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekian, Assalamualaikum.


3 comments:

  1. keadaan tu memang memaksa,kalau jadi macam tu mesti kita akan mendahului perkara yang sedang terjadi dan automatik lupakan yang lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putra, Tini tak faham. Hahahahaha

      Delete
    2. hahaha putra maksudkan kita mesti tinggalkan kawan kita dkt atas tu,then mesti dahulukan si mati tu,hmm.

      Delete