Friday, January 27, 2012

Bestnya Malaysia!



Assalamu'alaikum. Hello bloggers sekalian. Hihik. Hari ni aku nak cerita sikit keunikan Malaysia pada mata aku sendiri la. Aku rasa berbangga tauu dapat jadi anak Malaysia. (:
Okayy jangan buang masa, jom kita trivia!


1. Masyarakat majmuk.
Haa, aku rasa seantero dunia dah tahu yang Malaysia ni memang terkenal dengan budaya masyarakat majmuknya. Dalam Malaysia ni ada kaum Melayu, kaum Cina, kaum India, kaum Iban, kaum Kadazan, kaum orang Asli pun ada tauu. Unik kan? How come boleh wujud banyak sangat masyarakat dalam Malaysia ni? Okay sila bukak buku Sejarah Tingkatan 3,4 dan 5. Korang akan faham. Heheh. (:


2. Budaya.
As you know, kalau dah ada masyarakat yang berbilang bangsa ni sudah tentunya budaya mereka lainlain mengikut peninggalan zaman nenek moyang mereka. Okayy sebagai contoh, orang Melayu terkenal dengan budaya wayang kulit. Actually aku teringin sangat nak menonton wayang kulit. Tapi sayangg, takda peluangg. Ciss takpe. Haa, lagi orang India terkenal dengan budaya mengikat sanggul mereka menggunakan bunga mawar. Duludulu aku tengok ramailah perempuan India buat macam ni. Tapi sekarang gile susah nak jumpa.



3. Perayaan.
Raya? Ohh yeah! Seronok bebbb. As we all tahu, perayaan orang Melayu Islam mestilah Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Manakala orang Cina pula merayakan Sambutan Tahun Baru Cina, Pesta Kuih Bulan dan Cap Goh Mei. Orang India pulak merayakan Deepavali dan Thaipusam. Hahah aku suka hari raya sebab aku boleh main mercun(walaupun dilarang kerajaan.Heheh.) Pastu time raya je la aku dapat rasa macammacam jenis kuihmuih dan lauk pauk. Untunglahh berat naik. Hahaha. Pastu boleh dapat duit raya. *Ok dah jauh melencong ni. Tak kurang juga kaum Iban yang merayakan Hari Gawai. Hari Gawai ni disambut tanda kesyukuran atas hasil tuai padi sepanjang tahun. (:





4. Pakaian.
Setiap kaum di Malaysia ini mempunyai pakaian tradisi mereka. Pakaian ini melambangkan jati diri mereka sebagai sebuah bangsa yang harus dihormati antara satu sama lain. Pakaian tradisi yang amat sinonim dengan kaum Melayu adalah baju kurung dan baju melayu. Manakala bagi kaum India pula adalah sari, kurta, dhoti, dan sarung. Berbeza dengan kaum Cina. Pakaian tradisi mereka adalah cheongsam dan sam fu. Err pakaian lain yang juga menjadi turun temurun masyarakat Baba dan Nyonya adalah baju kebaya.




5. Makanan & Minuman.
Haa yang ni best. Sebab aku suka makan. Biarlah aku gemuk ke. Janji aku sihat kan. Okayy berbalik pada isu makanan. Di Malaysia ni terlalu banyak makanan yang boleh dikongsi bersama. Contohnya roti canai, satay, keropok lekor, teh tarik, nasi lemak, capati, laksa, mee rebus, air herba, dan macammacam lagi. Sebenarnya dalam soal makanan dan minuman ni tak kesah ikut kaum. Asalkan halal untuk dimakan. Maka semua bangsa di Malaysia ini boleh menikmatinya. As example, ketupat atau nasi himpit untuk kaum Melayu, Buah limau Mandarin simbol makanan orang Cina dan rempah ratus sebagai menu utama kaum India. Siapalah tak pernah rasa semua tu kan? Sedapp woo.



Okay kita sentuh sikit tentang makanan yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Nak? Heheh. Di Sarawak kita terdapat Laksa Sarawak dan Mi Kolok. Manakala di Sabah,(er aku tak tau sangat pasal Sabah.) Tapi aku ada tengok Warung Kita dihandle oleh Alex. Aku tertarik dengan embuyakk. Dia macam pekatpekat gitu. Embuyak ni dihasilkan dengan nasi mentah yang digaul dengan tepung kanji bersama air masak sehingga ianya pekat likatt dan dimakan begitu saja. Taktau apa rasa. Hooo. :O



6. Kepercayaan.
Kepercayaan ni bukanlah dari sudut agama sahaja. Sebagai contoh masyarakat Cina di Malaysia ini percaya akan Feng Shui dan sifat Yin dan Yang. Malahan, mereka juga percaya bahawa warna merah itu akan membawa tuah kepada hidup mereka. Selain itu, masyarakat India pula mempercayai bahawa lembu itu suci. Mereka tidak akan sekali kali makan daging lembu kerana kepercayaan mereka bahawa lembu itu adalah Tuhan mereka.

Bagi orang Melayu zaman dahulu kala, kepercayaan mereka kuat apabila berlaku sesuatu perkara. Contohnya apabila ada burung belatuk mengetuk2 pokok berhampiran rumah kita, bermakna ada saudara terdekat kita sudah meninggal dunia. Sejauh mana kebenarannya, kita sebagai majoriti umat Islam haruslah percaya pada yang SATU sahaja okayy.(:


7. Agama.
Di Malaysia ni masyarakat yang berbilang kaum ini bebas untuk mengamalkan agama masingmasing asalkan tidak mengganggu ketenteraman negara berdaulat ini. Antara agama yang terdapat di Malaysia adalah agama Islam, agama Buddha, agama Hindu, dan agama Kristian. Majoriti penganut agama Islam terdiri daripada orang Melayu. Manakala penganut agama Buddha dan Kristian adalah terdiri daripada orang Cina. Dan penganut agama Hindu pula terdiri daripada orang India. Ada juga di antara mereka yang tidak terikat dengan mana mana agama. Heyy macam mana tu? :O Entahlah.



Okayy itu sahaja entry kali ni yaa. Apa apa pun sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah bekerjasama dan berkolaborasi antara satu sama lain agar kemakmuran dan perkembangan sejagat dapat dinikmati bersama oleh generasi akan datang.
Peace! Assalamu'alaikum. (:

No comments:

Post a Comment