Monday, January 30, 2012

Cantik ke korang kalau...


Assalamu'alaikum. Well hello bloggers! How are you? Hope sihat sihat je okayy. Tajuk macam panas je kan? Hahaha jom straight to the point okay. Nowadays aku tengok terlalu ramai orang kat luar sana yang molek cantik semua. Okayy jom aku cerita sikit.

Cantik ke korang kalau...
MEKAP TEBAL PATPOLOHPAT INCI.
Okay macam kejam sangat patpolohpat inci tu kan. Hiperbolanya, aku nak tegaskan takguna kalau kauorang cantik sebab mekap. Bagi aku mekap tu sekadar untuk menaikkan seri wajah je. Macam muka korang berminyak kan, tepek la bedak sikit supaya dapat kawal minyak dan menghindarkan muka tu pucat macam hantu. Hihik. Actually mekap yang terlalu tebal ni akan buat kauorang syok sendiri perasan cantik je. Hakikatnya natural face tu lagi bagus. Jangan mekap over sangat nanti jadi macam badut ni. Nak ke?



Cantik ke korang kalau...
EDIT GAMBAR YANG KETERLALUAN.
Okay, yang ni aku sentuh sikit la. Aku kalau ambil gambar pun edit jugak. Tapi just edit untuk melawakan background dan menaikkan seri warna supaya gambar tu kelihatan berwarna menarik. Hmm, unless kauorang tu seorang photographer terunggul gila kambeng ikut suka kauorang la kan nak edit. Sebab gambar kauorang bertujuan untuk promosi kerjaya korang atau bakat korang sebagai photographer. Maksud aku edit berlebihan ni gambar kau dah molek macam tu cantik je. Tapi kau edit merahkan bibir kau, mata berwarna warni pastu pastu lighting cerah gila nak pengsan sampaikan nampak mata dan mulut kau je. Pastu upload kat myspace,blog,FB,Tumblr. Ramai ahh komen cakap kau cantik semua. Pastu masuk contest sana sini hanya bermodalkan gambar kau yang superb edited tu. Tak baiklah menipu orang. Aku edit gambar pun just nak tutup aib aku. Bukan nak kelihatan cantik.


Cantik ke korang kalau...
SEMUA TEMPELAN KAT MUKA KAU TU PALSU.
Bulu mata palsu, Contact lens berwarna warni macam muntah pelangi, rambut palsu. OMK! Janganlah fake sangat. Memang la semua tu buat kau jadi cantik, tapi semua tu palsu. Maka diri kau pun palsu ketika pakai itu. Alahai aku rasa macam kesian kat orangorang macam ni. Berat badan tambah sekilo nanti pakai semua benda ni. *ceh tipu je. Aku akui ramai artis Korea dan Jepun pakai semua tu untuk cantik. Tapi dorang artis. Biar pi la kat depa semua. One more thing, yang buat aku gelak gulingguling time tido adalah mereka yang bergigi cantik. TAPI pakai braces. What for la korang nak pakai braces kalau gigi tu dah molek. Nak cantik kat gigi pulak dengan pakai braces kaler kaler? Aihh esokesok gigi kau jongangg betul baru tahu. Hihihik.



Cantik ke korang kalau...
AMBIL GAMBAR BUAT DUCKFACE.
Hahaha, tahu tak apa duckface? Hehe, aku ni ada stalk FB sorang ppuan ni. Dia cun gila wehh bagi akulah. Aku pun tengok la satusatu gambar dia. Tapi tetiba ada satu gambar dia buat duckface. Omaigod! Aku paling geli dengan orang yang buat duckface. Duckface tu macam korang pose gedikgedik muncungkan bibir macam hot sangat la. Mak aku kata buruk bebenor perempuan macam tu. Hahaha see macam mana kauorang perempuan yang cantikcantik tu nak tambat hati mak mertua? *jap aku merepek. Please jangan buat duckface. Senyum molekmolek je la eh. One more, takyah nak jelirjelir lidah sangat. Ni pertandingan lidah sape paling panjang eh? Hehehe. Peace.



Cantik ke korang kalau...
TUNJUK MIDDLE FINGER.
Seriusly, muka kau dah ramai akui cantik,manis, cute blablabla dan seangkatan dengannya. Aku ni rajin stalk orang. Perhati peribadi mereka sorang demi sorang. Okayy ada sorang perempuan ni, molek benor la aku tengok. Status dia pun baikbaik je. Sekali ada satu hari dia upload gambar dia hang out dengan kawankawan dia. Ambil gambar tunjuk middle finger. Alahaii terus aku unfriend budak tu. Yelah taknak tambah dosa mengutuk dia lagi kan. Aku taktahu nak cakap apa. Speechless. Tengok komen kawankawan dia semua macam galakkan lagi. Ciss bedebah. Hahh aku dah marah ni. Ok stop.


Cantik ke korang kalau...
TAK HABISHABIS DENGAN HASAD DENGKI.
Hasad dengki. Seperti aku cakap, ramai orang dah akui kauorang tu cantik. Tapi kau punya hati busuk. Lebih busuk dari bangkai. Kau macam takboleh orang lain lebih dari kau. Kau buli orang lain. Pastu kau cari pasal dengan orang lain tak kira lelaki ke perempuan. Kira kau ni perangai macam lipas la. Lipas kan suka benda kotor. Hahaha. okay dahbye.

*Okay ni gambar aku paling takboleh blahh. Contoh saja.

Aku rasa setakat ni je la point aku. Tuntasnya, kalau dah cantik luaran tu, minda dan hati tu kenalah cantik juga. Ya aku tahu semua orang tak perfect. Tapi jangan salahkan Allah sebab segala kebaikan datang dari Allah dan keburukkan semua datang dari kita sendiri. WaAllahualam.

Assalamu'alaikum bloggers. (:

No comments:

Post a Comment