Wednesday, January 18, 2012

Sama Tapi Berbeza

Assalamu'alaikum. Hari ni entry aku agak ringan dan ringkas. Entry aku kali ni menyentuh kepada dua sikap yang berbeza akhlaknya tapi sama maksudnya. Keliru? Okay jom trivia bawah ni. Enjoy!




1. Jimat DAN Kedekut.
Nampak macam sama je meaning dia kan? Ohh tidak sama sekali. Meh aku explain. Jimat ni sikap yang terpuji sebenarnya. Contohnya korang nak jimat elektrik. Korang mestilah off lampu or kipas or pendingin hawa etc bila tak digunakan. Berbeza dengan kedekut. Kedekut ni ekstrim gila punya jimat, HAHA. Contohlah ehh, korang tak pasang lampu tak pasang kipas. Just buka tingkap rumah je. Pastu kalau nak membaca pakai lilin or keluar dari rumah. SEE THE DIFFERENCE?


2. Pemurah DAN Boros.
Haa, dua dua ni keluarkan harta. Tapi pemurah ni dia keluarkan hartanya kepada jalan kebaikan. Kira saham akhirat la. Paham tak? Heheh. As example, si folan ni baru dapat gaji kan. Dia pun belanja la family dia makan kat luar SEAFOOD youu. Its okay what? Family dia juga. Then boros ni macam contoh si folan ni dapat gaji. Fuh enjoy ahh apa lagi. Pergi shopping barang branded, makan mahal2 sorang2. Pagi dapat gaji. Malam dah habis. Haha gila ahh.




3. Peramah DAN Kepoh.
Okay peramah ni lebih kepada friendly la. Kauorang senang menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Peramah ni kira macam senang dibuat kawan la. Yelah kalau semua membisu, sepilah dunia ni. OK kepoh pulak camne? Kepoh ni lebih kepada korang bercakap tanpa henti. Kadangkadang boleh korang boleh menyakitkan hati orang lain hanya sebab sikap kepoh korang tu. Contohnya, bercerita terus pasal peribadi korang yang patutnya private tapi korang cete juga kat orang yang baru kau kenal tu. Tak ke kepoh? Nanti orang amek kesempatan kat kauorang, baru nak menangis. >.<


4. Ambil berat DAN Busybody.
Bunyi macam sama je kan? Ambil berat ni perkara yang amat disenangi oleh semua orang. For example, kawan korang tanya "Eh kau dah siap belum assignment? Minggu depan tau kena hantar." Kan menyenangkan hati tu? Thanks God ada kawan yang ingatkan aku dan caring pasal aku. Busybody pula lebih kepada sikap yang menjengkelkan dan merimaskan. Contohnya, korang tengah sedih sebab anak kucing kau mati. Pastu datang si folan. Tanya kenapa sedih. Kenapa kucing kau mati. Siapa nama kucing kau. Tanam kat mana. Berapa umur kucing tu. WAIT KAU KESAHKAN AKU OR KUCING AKU? sobss busybody ah kau ni. -_____-'


*Cakap dengan haiwan lagi best. (^^,)


5. Memilih DAN Cerewet.
Ahakss! Memilih ni tak semestinya cerewet. Tapi cerewet tu memang memilih. Okayy. Memilih ni macam kauorang nak sesuatu benda yang ikut citarasa korang ala kadar je la okay. Macam contohnya. Korang nak lapar nak makan. Ada dua restoran. Satu restoran tu banyak kambeng, lembu, kucing, lalat. Pastu takda tanda halal tapi tukang masak orang melayu. The other restaurant, bersih, perangkap lalat pun ada, ada logo halal, tukang masak pun dipercayai. So korang akan MEMILIH yang bersih la kan? Kalau cerewet ni lain macam sikit overnya. Pergi makan kat restoran. Konon panas. Suruh pasang kipas laju sikit la. Pastu bila sudu garpu basah sikit,minta lapkan. Cerewet nak itu ini macam makan kat hotel je. HAHAHA.


*Manusia umpama Tumbuhan menghijau. Mereka bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan kehidupan dan tumbesaran yang sempurna. (:

SO, kesimpulannya. Jadilah manusia yang sentiasa bersederhana dalam semua aspek fizikal mahupun mental. Sayangilah diri anda dan orang lain. Sekian. Assalamu'alaikum.

2 comments:

  1. kadang2 konfius gak pasal ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. Hahaha, confuse pasal entry saya ke? :D

    ReplyDelete