Monday, January 9, 2012

The Montel's Story

Assalamu'alaikum.(:



Ini dia Encik H kitee. Awak, kita rindu saat kita study samasama. Memang diakui awak sungguh pandai lebih lebih lagi subjek Chemistry dan Add Math. Awak selalu ajar mana kita tak faham. Walaupun ada satu saat awak hampir give up dengan kesengalan saya. Tapi awak tak putus asa. Kita tuisyen Add Math samasama. Setiap kali balik je dapat gulagula free. Hohohokk.

Setiap balik tuisyen je awak mesti tunggu kitee sampai kakak or abang kita ambil. Then baru awak balik. Padahal kakak awak dah tunggu lama. Maaf kakak. :) Then, ada satu malam tu, kakak kita jemput kita. Terkejut bukan kepalang kita bila mak kita pun ada time tu. Hmm,then awak dengan selamba senyum ke arah mak kita. Mak kita lambai awak. Awak pun lambai. Haha,sampai cikgu tuisyen Add Math perasan. Dan terkantoi di situ. Aww,kita rindu itu.(:




Encik H,

Kita nak cakap yang kita cukup terkejut apabila awak berani meluahkan perasaan awak kat kita depan mak kita. Time tu kita ingat, mak kita pun terkejut. Tapi mak kita takdalah marah. Just nasihat suruh belajar dulu. Time tu awak macam give up je sebab fikir mak kita tak suka kat awak. Lama awak merajuk. Tapi lamalama mak kita boleh terima. Kita cuma taknak cinta monyet dari awak. Setiap orang ada impian kan? (:

Pastu kita terpaksa berterus terang dengan awak yang kita kena pindah ke Batu Pahat. Kita tahu awak sedih. Tapi takboleh buat apa kan. Awak pun sibuk dengan kerja. Tapi thanks luangkan masa teman kita cari novel dan main boling kat angsana. Time tu awak kata awak nak ajak kita kacau budakbudak ST kerja. Kesian mereka. Ramai juga geng ST kat angsana tu.(:


Encik H,

Masa kita keluar untuk pertama kali dan terakhir kalinya(rasanyalah), awak kata awak ada surprise untuk kita. Kita pun macam excited la kan. Lepas solat Asar kat Angsana, kita pun kata nak balik. Then awak ajak kita ke Cherry Land. Awak keluar membawa plastik berisi kotak besar. Awak kata buka kat rumah. Kita boleh agak itu Teddy bear sebab saiz kotak besar kan. :P Lepas sampai rumah kita buka kita keluarkan ini :



Lepas tu ada bunga ros merah sekali dalam kotak tu. Kita rasa terharu. Walaupun mungkin perempuan di luar sana anggap Teddy bear tu nothing. Tapi pemberian yang ikhlas dari hati opkos dapat dirasai kan.(: Pastu awak hantar kita balik sampai ke kereta kakak kita. Awak salam mak kita. Kita rasa lepas ni dah tak dapat jumpa awak lagi. Tapi kita nak awak tahu, banyak kenangan pahit manis kita lalui walaupun hanya 7 bulan kan. Sobs.

Kita nak berterima kasih sebab ajar kita main boling. Ajar teknik yang betul untuk hentam pin. Awak terer banyak kali strike. Walaupun kita tak reti main, tapi boleh la sikit kan. Ada peningkatan. Ceh ada ke? :P Kita harap awak sudi datang BP tapi kita tahu itu mustahil kan. Kita tahu awak anak yang baik. Awak kerja elokelok tau. Jaga mama baikbaik. (:



Okaylah,kita rasa itu je kita nak cerita ceriti. Hohok, awak annoying dengan cerita kita? Siapa suruh baca. Hahaha, kita tak ngumpat sesiapa pun. Awak taksuka? Kita tutup telinga je. Hohok. I am HAPPY with my life now (: With beautiful family, and caring HL.

Okay,babaiii. Assalamu'alaikum.



*Gambar yang paling gedik. Hahaha, awak jangan marah. XD

6 comments:

  1. sweetnya korang.. hehe

    thanx follow blog saya :)kotak follower awak kat mana? saya nak follow balik ni ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Follow button ada kat atas header blog. Hihi terima kasih :)

      Delete
  2. Replies
    1. Hehe terima kasih ShaLiyaa Aien. :D

      Delete