Tuesday, January 31, 2012

Tips Kawal Kemarahan.


Assalamu'alaikum. Hello bloggers sekalian. Straight to the point. Kauorang pernah rasa marah tak? Marah sampai nak tumbuk orang. Sampai nak bunuh orang? Aihh tak elok tu. Marah tu emosi yang tak stabil ditambah dengan hasutan syaitan. Okay jom kita trivia sikit tips nak kawan kemarahan.

1. Tarik nafas dalamdalam sedalam lautan yang paling dalam. Hahh tarik nafas pastu hembus tau. Jangan tak hembus pulak. Dah aku dituduh sebagai pembunuh. HAHAH. Actually bila kaourang banyak sedut oksigen, sistem darah dalam badan korang dapat bergerak dengan lancar dan menghantar isyarat ke otak agar berfikir secara waras dan sekaligus mencegah tubuh badan korang dari buat sesuatu perkara di luar dugaan lebihlebih lagi time kauorang tengah marah.


2. Ubah kedudukan anda. Hahh? Macam mana tu. Okay macam ni. Andai kata time kauorang marah tu, kauorang tengah berdiri. So relaxkan badan dengan duduk. Kalau masih marah, maka baringlah kauorang. Kalau baring pun masih marah, cuba pusing kiri or ke kanan. InsyaAllah kemarahan kauorang akan reda. Nak lagi best, tidurlah wei! Bangun komfem mamai tak ingat apa. Ingat makan je sebab lapar! >.<


3. Sejukkan diri dengan air. Maksudnya kalau kau sedang panas membuakbuak macam nak marah nak lempang orang ke apa, silalah lekaslekas basuh muka korangg. Kasi sejuk sikit. Bagi yang muslim tu ubati penyakit marah dengan selalu berwuduk. Berwuduk ni banyak manfaatnya. Nanti aku buat entry pasal wuduk okay? Hmm, ada orang bila dia marah dia akan mandi. Bila keluar bilik air je terus segar muka suci semua. Tryy okayy tips ni.


4. Menukar pandangan ke arah yang menyenangkan. Take it easy. Aku rasa muka baby tu cukup comel kan? Hahh apa kata kauorang yang tengah bengang marahkan something, pandanglah muka baby yang ada disekitar korang. Takpun korang cucilah mata melihat keindahan flora dan fauna. Tengok something yang warna hijau mendamaikan hati. Warna hijau kan warna Islam. Kan kan? Hmm kauorang boleh jugak pergi ajak family or pergi alone tenangkan fikiran kat pantaipantai berdekatan. Seriusly, aku kalau tengok ombak kat pantai, semua masalah aku hilang. Jiwa aku macam kosong. Tryy okay.


5. Meluahkan kemarahan dengan cara tersendiri. Nowadays aku lihat ramai remaja yang luahkan kemarahan dia kat facebook. Update sana sini. Bagi aku semua tu tak perlu. Mungkin aku pernah buat macam tu. Tapi aku dah delete okayy. Nak satu tips yang selalu aku buat bila aku marah? Haa amek sehelai kertas. Pastu kauorang tulis setiap apa yang terbuku di hati kauorang. Pastu simpan elokelok. Sebulan kemudian kauorang baca balik apa yang kauorang tulis tu. Mesti kauorang rasa "maca sengal je aku ni?" hahaha. Tak caya. Cubalahh. (:


6. Last but not least. Dengarlah zikir. Aku berani jamin. Dengan zikir kauorang akan reda kemarahan tu. Nak lagi mujarab kauorang ikut la sekali berzikir. Jadi syaitan pun lari la. Bila dah lari, syaitan pun gagal nak hasut kauorang lebihlebih. So automatik marah korang akan reda. Malah dapat PAHALA lagi! *Baca al-Quran pun boleh.


Okaylah tu je aku nak share. Cuba tauu tipstips yang aku bagi ni. Kalau kauorang masih marah, datang jumpa aku ehh. Aku bagi coklat. XD *mainmain je. Babaii bloggers.

Nah toffle aiskrim coklat aku bagi kalau kauorang marah. HAHA.

Assalamu'alaikum.

2 comments:

  1. wouuuu sdp nya aiskrim coklat nie nk sikit hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameklah. Takda halangan pun. Hahah.

      Delete