Wednesday, February 1, 2012

Manusia Tipikal Di Facebook.

Assalamu'alaikum. Haii bloggers. Hari ni aku nak share berdasarkan kajian aku dekat Facebook. Ada banyak jenis dan banyak ragam manusia manusia di Facebook tauu. Nak tahu? Jom baca bawah ni.


1. Sentiasa tukar Profile Picture.
Ada beberapa manusia yang aku perhatikan. Tak sampai sehari tukar gambar baru. Hahaha. Tak kisah la. Hak kauorang kan. Tukar banyak kali pun muka tetap sama. Lainlah kalau kauorang buat plastic surgery kan. *AMARAN,jangan buat plastic surgery tanpa sebab yang memudaratkan.

2. Wall to wall chatting.
Hehe, aku pun alami benda ni. Secara jujurnya. Aku tak kisah kalau kauorang nak wall to wall chatting dengan aku or orang lain. Tapi bagi aku. Lepas wall2wall. Aku akan delete semua post wall2wall kawan aku. Sebab aku rasa itu boleh jadi kecaman stalker kepada aku. So lebih baik delete. Hehe sorryy gengg wall2wall aku. ><

3. Kaki like.
Manusia begini seringkali like semua post yang muncul di News Feed beliau. Haha, manusia begini tak menyusahkan orang pun. Tapi kalau salah like boleh bawak gaduh. So hatihati tauu manusia di Facebook sana.


4. Mencarut sesuka hati.
Manusia begini menjadikan FB sebagai medium untuk dia mencarut sesuka hati tanpa memikirkan hati orang lain yang membaca post post dia. Sometimes aku fikir, mak ayah dorang ni tak pantau kegiatan anakanak mereka ke? Lagipun mecarut tu tambah dosa je. Hahaha.

5. Sering menukar relationship.
Mulamula single. Pastu in relationship with si folan. Then single. Pastu Engaged with si Polan. After that divorced. Tak lama kemudian Married. Pastu blablablabla. Ini bukan cinta monyet. Ini cinta cimpazi. Hahaha.

6. Artis Facebook.
Artis FB ni kira ramai likers je la. Tu je. Update status pendek je. Tapi like sampai lima puluh ke atas. So sesiapa yang likers lebih dari 50 tu, akui je la kauorang tu artis facebook. Manusia hot di FB. Okayy.

7. Semua benda nak share.
Alahai point ni aku paling benci. Bagi aku kalau setakat nak lovingloving dengan yang tersayang bolehlah aku tahan lagi. Kalau dah sampai berak cebok semua nak tulis kat FB. Memangg foreveralone la manusia ni. Yang perempuan pun, tengah period punn update. Hahah funny.

8. Kaki penyibuk.
Haha, kaki penyibuk ni sometimes buat orang happy sometimes buat orang sakit hati. Macam contohlah kan. Kauorang update status tengah bengang dengan someone. Pastu datang si folan mana entah tetiba bagi komen berapi kat status korang tu. Haha. Ada je manusia begini. Kan Kannn? ><

9. Buat bisnes.
Manusia sebegini ada juga. Jadikan FB sebagai medium untuk jana pendapatan. Jual tudung la. Jual kek la. Hahh tapi bagus juga. Ada manfaat la kan. Tapi aku paling tak gemar bisnes macam MLM tu. Cari orang bawah kita jadi downline. Buang masa. Hahaha.

Okaylah. Itu je point aku nak sampaikan. Sampai berjumpa lagi di next entry. Babaii bloggers and readers. Assalamu'alaikum.


*point sampingan. Kaki tayang DSLR mahal dia. Untunglah ANAK orang kayo.

6 comments:

  1. tweeny..post dah menarik..just cadangan,kalu add sedikit pasal kesan2 buat sepeeti contoh2 yang tweeny bagi kat atas lagi memberi kesan barangkali penulisannya=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih abang Sam. Next entry Tini buat ehh. Hehe baru aktif berblogging ni. >.<

      Delete
  2. sebab perkara2 di atas lah fa deactivate fb. :D
    tinggal untuk ping blog je. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak rasa menyesal ke deactive FB? Hihih, takpe. Fokus on the blog. (:

      Delete
  3. nope. tak menyesal. maybe because memang fa tak aktif fb sejak azali. :D

    ReplyDelete