Wednesday, September 26, 2012

Stress buat aku makin Bersemangat.

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera.

Ehhem.
Gua nak speaking.
Tapi entahlah huruf-huruf untuk BI tu takda kat keyboard.

Pasal MUET?
Gua exam 16 Oktober tepat jam tujuh stongah pagi.
Pehh dedor gua kat KMJ ni.
Cuaca kat Ledang ni pun sejuknye hadui.
Lagi terketar-ketar gua nak skipping Londang. Eh salah. London.

Hehh?
Macam mana nak skor Band 4 at least ni. Itu hari praktis pun. Hmm. Hmmm.
Hmm.. je la yang mampu gua cakap.

Nampak tak kasih sayang antara gua dan buku MUET gua. Bahagianya hidup. Sila amalkan nilai murni sebegini ye sidang hadirin hadirat sekalian.


Hehehh, hahh, selain MUET, gua punya pertandingan boria pun makin dekat.
Nak tahu nama kumpulan boria gua?
"Bara Bara Bere Bere"
Menatang apakah itu? Sabar jangan runsing. Benda boleh setel.
Apa ada pada nama kan.
Gua rasa gua adalah insan paling sibuk di antara roomate-roomate gua.
Peh kesian mereka terabai. Entah cukup makan ke tak. Sabar ye roomates guaa.
Gua balik malam ke rumah pun gua ada kerja beb.

Setiap kali gua pi praktis boria kan, gua selalu nampak dua ekor ni dating bawah blok. Konon sweet la tu. Cehh jantan bermulut manis. Dah bape betina dia tackle. Taiko betul.

------------------------------------------

Ladies and gentleman,

Lately gua ni ada masalah penghadaman perut. So gua terpaksa berkorban dengan membeli ini :
Vitagen. Baik untuk penghadaman. Cepat beli. Satu pengorbanan yang berbaloi bebb.

Tssskkk tssskk. Gua terpaksa korek tabung untuk membeli Vitagen. Hidup ini tak selalu indah ye kawan kawan.


Muka bahagia lepas minum Vitagen. Jika inginkan muka seperti saya, belilah Vitagen.
Gua pun taktau kenapa gua promote. Sebab gua rasa air Vitagen ini telah buat hidup gua lebih ceria dan gembira. Kini Tini tiada lagi kekerutan di dahi.

------

PSPM? Final exam.
Gua taktau la gua dah ready belum. Yang gua tahu tanggungjawab gua buka buku,
study. Revision. Buat tuto. Kejadian sama berulang dari sehari ke sehari.
Gua tak pernah bosan. Sebab prinsip gua. Gua nak parents gua gembira dengan
pencapaian hidup gua sebelum mereka pejam mata.

Terharu gua bila fikir mereka. Gua lebih bersemangat.

You all. (Sopan tetiba.) Bila kiteww nak tidur atau berniat malas belajar. Kiteww akan tengok gambar ni. Kiteww akan terus bangkit dari pembaringan menuju ke meja belajar dan belajar dan belajar. Pehh nampak tak kiteww anak yang baik? (Kelip-kelip mata.)

Sebab gambar ni kiteww jadi rajin. Kiteww insapp dah. Kitew akan buat yang terbaik untuk mereka yang tersayang. Untuk diri kiteww. (memalu meow.)


Akhir kata. Gua harap gua dapat buat terbaik untuk ketiga-tiga benda ni.
Gua memang dedor sekarang ni. Mak ayah. Doakan Tini yaa. I love both youu. :DD

Bye Assalamu'alaikum.

*Actually gua dalam Makmal Komputer sekarang. Lepas rindu update blog.



No comments:

Post a Comment