Sunday, July 28, 2013

Berapa Lama?

Berapa lama kita nak simpan hasad itu?
Sakitnya pada kita juga.
Salah lepas, musuh bertambah.



Berapa lama kita perlu membangga diri?

Membuka kronologi kehidupan sendiri.
Yang dipenuhi kemewahan abadi.
Yang diwarnai kejayaan bertubi.



Berapa lama hendak sembunyikan perasaan takut?

Dunia ibarat sekumpulan harimau di hutan.
Harus pandai memburu peluang yang tiba.
Bersembunyi di balik semak menunggu untuk dibaham.
Atau keluar menembak sasaran dengan cepat.



Berapa lama bersabar untuk dikhianati? Ditindas?

Tidak perlu membalas. Tidak perlu.
Berjagalah setiap hari demi maruah.
Siap siaga apabila ia mendatang.
Persiapkan diri dengan ilmu yang menggunung.
Pabila diserang, lontarkan peluru hujahmu.



Berapa lama setia untuk cinta palsu?

Jika benar cinta itu. 
Cool sahaja.
Tidak perlu until Jannah.
Kerana Jannah comes when you keep Allah in your heart.
Tidak usah mendera hati sendiri.



Berapa lama lagi?
Berapa?

1 comment: