Thursday, September 12, 2013

Dari Matrikulasi ke Universiti.

Assalamualaikum.

Hari ni baru berkesempatan untuk menulis.
Tengok tajuk dah tahu apa point nak bagi kan?

Most of university student said that :
"Student matrik semua manja"
"Student matrik kurang matured la berbanding budak U"

Sebelum aku pergi jauh.
Harus ditekankan. Aku ex Kolej Matrikulasi Johor.
Pada tanggal 1 September 2013. Cewah tanggal ea. :P
Aku dah mendaftar ke Universiti Kuala Lumpur.
Cawangan?



UniKL Malaysian Industrial Technology or shotpom UniKL MITEC.
Kos? Hm, kos kiteww ni tak pemes pun awak. Mesti majoriti dari awok taktau kos ni.

Ijazah Sarjana Muda Industri Logistik dengan kepujian.
Logistik? Pebende tu? Chopstik ke?

Err, cam tak sampai je lawak kau Tini.

Okay. Kos Industri Logistik ni tersangat sangatlah luas bidangnya. Di mana mana ada je logistik ni.
Boleh didapati di lautan. Di udara. Mahupun di darat. Its more to transportation actually.
How we deliver things from one place to another place. Guna apa? Haa jawab!

Ya. Transport.

Bagaimana kita hantar perabot dari kilang dalam kuantiti yang banyak?
Bagaimana kita nak import buah epal yang fresh dari New Zealand ke Malaysia?
Bagaimana kita nak exchange teknologi yang canggih dari Jepun?
Gajet multitasking dari Amerika? Russia? China?(hehe)

Semuanya guna logistik punya elemen.
Kontena. Kargo. Kapal. Airport. Lori. Treller. And so on.

Ok, gini la hipotesisnya.
Semakin maju sesebuah negara, semakin membangunlah sektor logistik di negara itu. Kayo kayoo.

---------------------------------------------------------------------------------

Lepas MSR (orientasi) memang memasing penat. Aku pun muka penat lesu tidak bermaya. Kesian. Kesian. Kesian. (gema)

Stop introduction pasal kos aku.
Now life aku kat U.

Jujur.
Aku rasa life kat matrik lagi fun.
Ya. Mungkin student matrik dimanjakan.
Semua diberi. Ditunjuk ajar. Macam sekolah.
Ada kawan kawan yang caring gila nak mampos.(Euww, dah korek hidung pun tanya ke?)

But.
In U, pegh jujur dari view aku.
Shock! Shock! Shock! (menggelupur atas lantai.)

There are too many differences between matric life and U life.
Kenangan lalu kau dan aku takkan terhapus. Duri ranjau dalam belajar. Lumrah dunia~~
Pebende kau Tini nyanyi pulak.

Kat sini semuanya sendiri. Nak belajar sendiri. Nak buat assignment sendiri.
Takda dah guideline nak wat cemana. Camtu ke camni ke. Apa yang lecturer tahu.
Sampai due date, mesti ado tugasnya dah siap.

Beza dengan matrik. Pegh pensyarah semua tunjuk apa yang kena buat. Apa yang takboleh.
Ada yang baik bagi markah kesian. Ada yang suruh present balik. Itu pun kekadang mengeluh.
"Apa bende lecturer ni, aku dah bentang disuruhnya bentang lagi. Pebennnndeeeenyeeeeeee laaaaaa...." (angkat tangan macam Karam Singh Waliya.)

"Sehari sepinggan beras. Itu ditanak pakai rice cooker la. Sehari sepinggan nasi. Seminggu itu nasi jadi seguni la. Dari mana datangnya nasi kalau tidak dari beras. Banyak berat ini perut seghupe itu guni beras amma appa.!"

Dari segi kawan. Kena pandai pilih. So far memasing belum tunjuk belang lagi la.
So aku anggap semua baik baik belaka la. And one more thing. Aku ni kira student degree yang muda ah.
Yang lain semua dah 20 tahun ke atas. Eh cam terancam gak ahh. Sebab pengalaman aku sikit je.
Garam kat rumah pun jarang aku makan. So kurang makan garam la.

Aku rasa itu je kot aku mampu kongsi. Sebab baru 2 minggu kat MITEC ni. Nanti dah masuk semester 2.
Aku cerita lagi. Ehehehe.

Btw, MITEC kampus baru. Kat Bandar Seri Alam. Sebelah MRSM. Sebelah sekolah Seni. Tak lama lagi ada UiTM dibuka di sini. Jemputlah sambung study di sini. Bye nak tido.

Assalamualaikum.



3 comments:

  1. Huishh, masa mula2 masuk u dulu mmg shock gila :OO. Semoga dapat adapt cepat2 taw ^^. good luck ye aok. btw, join segmen E ni http://snapanyway.blogspot.com/2013/09/aktiviti-blogwalking-dengan-e.html

    ReplyDelete
  2. hi tini! congratz and welcome to new phase :) awal2 mmg semua benda shock.nnti lelame insyAllah okay.gud luck :)

    ReplyDelete
  3. unikl mitec cantikkk sesangat tini... :P

    ReplyDelete