Thursday, July 9, 2015

KFC dan Badut.

Buat sekalian badut di Malaysia dan seantero dunia, ketahuilah post ini bukan ditujukan kepada anda semua tapi apa orang kata kerana nila setitik rosak susu sebelanga begitu juga kerana badut seorang rosak nama baik baduts sedunia.

Well, I bukan taksuka badut. I respect diorang sebab sanggup menghiburkan ramai orang dan tampil berani depan public berpakaian bewarna warni demi melihat kanak-kanak atau orang orang tua gembira dan tersenyum.

TAPI TAK BERKESAN PADA I.
Sejak azali lagi I jenis takut kat badut. Sebab muka dia yang berconteng sana sini baju jahit ikut suka hati mungkin sebab mak I dulu amek upah menjahit masa I kecik2 dulu, so I macam expert bab kelim kelim baju, jenis jahitan. So when it comes to attire badut, I jadi wooooo kenapaa begitu menakutkan jenis jahitan baju dan muka manusia ini? SIAPAKAH MANUSIA YIIINEYY?

And in fact I berdoa dan berharap I tidaklah dijodohkan dengan bakal suami yang ada part time kerja badut sebab I tak rela bangun pagi pagi setiap hari gaduh dengan laki I sebab dia selalu habiskan mekap I terutama gincu yang I baru beli beberapa hari lepas. I pakai gincu tu kat bibir, tapi laki I sapu kat mata la, kat pipi lukis lukis kat sekitar mulut dia. Penat kot kalau setiap hari I kena beli gincu baru tapi I pakai 5% je gincu tu selebihnya dia pakai. One more habis bedak sejuk I buat penat penat laki I tepek tebal tebal kat muka dia terus pergi kerja kat sepital kanak-kanak. I taknak jadi isteri derhaka belasah suami I yang kerja sebagai sorang badut hanya sebab mekap omaigad nanti satu Malaysia gelakkan I dan Berita Hairan yang keluarkan tajuk akhbar "Isteri Tomoi Suami Angkara Alat Solek".

Ok I nak cerita sikit pengalaman I dengan badut ni.
As I said, I memang jenis takut badut. Takut yang kalah letak result final exam sebelah menyebelah dengan badut pun, I takkan amek result I tu sampai badut tu pergi dari tempat kejadian. I google jenis takut I ni dan ianya dinamakan Coulrophobia iaitu fobia pada badut.

So, here the story. Masa umur I around 2 tahun sampai 7 tahun my dad akan bawak kami anak beranak pergi shopping mall setiap hujung minggu saja jalan jalan. Kadang I je mengada ajak daddy I pergi mall dengan alasan nak makan kepci. Then, one day I keluar dengan daddy dan abang I dengan tujuan nak beli kepci bungkus makan kat rumah.

I taktahu la ada event apa kat mall tu. Oh nama mall tu Queensbay Mall Penang. I membesar banyak kat Utagha sana. Dah tua tua ni baru rasa hidup di selatan. So, masa event tu ada banyak sangat badut dengan pelbagai jenis warna dan pelbagai rupa bentuk pakaian. Niat I masa tu nak makan kepci je tapi eh apehal banyak sangat badut ni I jadi seramshit, I kat Queensbay ke kat Clownbay ni?

Inilah the baduts yang kita boleh kategorikan biasa.


Ini pula apa yang ada dalam otak I masa berhadapan dengan clown kategori biasa. Dan situasinya.
Mampus I cenggini macam mana nak survive dalam mall yang cukup besar tetapi dipenuhi dengan manusia manusia yang menakutkan seperti di atas yiinneyy. Inilah yang sedang I fikirkan pada ketika I berhadapan dengan puluhan badut dalam mall tu. Tolonglahh batu belah batu bertangkup telanlah haku, haku taknak masuk mall ini lagi. Masa ni baru teringat kat Pintu Suka Hati Doraemon tapi semuanya dah terlambat sebab I kat Penang bukan di Jepun. Aaaaaaaaaaaaa

TAPI.
I nak makan kepci. Jarak kepci dengan puluhan badut di depan mata I masa tu lebih kurang 50 meter je. Belok kiri ada dia pegang belon. Belok kanan ada dia lontar lontar bola. Nak terus ada dia tengah lukis kartun. Kelas engko badut lukis kartun part time kartunis majalah Apo?! kot. So masa tu I dah confuse jalan mana yang terbaik agar I dapat follow daddy I pergi makan kepci. Daddy I jalan je ke depan, I follow dari belakang. Follow rapat beb, mana tahu kalau jadi apa apa kat I, I tinggal tarik je baru daddy I kan.

Then, jalan punya jalan. Terdingkit dingkit I jalan dengan kadar 0.8 decibels agar badut baduts sekalian ni tidak menyedari kehadiran seorang kanak-kanak berumur 4 tahun ni. Tapi malang tak berbau, ada seorang badut telah lama peratikan I dari jauh terbawa lukisan hatimu hilang mencari kemanakah pergi. This clown tetiba datang dekat dengan I pastu lambai ke I sambil senyum.

Dan I ingat dialog dia sampai sekarang.

"Hello sweet girl, wanna some balloon? It's free just for you sweet girl."

Memang indah dan manis ayat itu, tapi tidak bagi seorang Kartini yang penuh kefobiaan pada badut sejak azali lagi. Nampak macam mesra rakyat je badut ni, tapi well otak I memang akan gambarkan macam gini.

"Hello adik manis, mahu belon dan ikut abang lari ke Kanada? Sana ada banyak gula gula manis macam adik manis yiney. MUEHEHEHEHEHEHE" *poof! keluar gambaran muka creepy macam zombie*


Bila dah situasi macam tu, I macam terkesima kejap sambil tangan I paut kuat kuat pada baju daddy I. Bila I toleh ke depan, rupanya bukan baju daddy yang I paut, rupanya baju badut yang I paut. Then I macam slow motion nak key in data dalam otak dan initializing action yang patut I buat sekarang. Harus diingatkan seawal usia 4 tahun lagi I dah kena buat keputusan yang serius terhadap tindakan seterusnya yang patut I ambil.

Hmmmmmmmm apakah masa depanku hancur berkecai di sini? Adakah aku akan ke Kanada dan akan meninggalkan daddy dan mummy I di Malaysia? *initializing information*......... Cepat sikit otak cari langkah untuk escape dari terjebak ke Kanada. Lincahhh 

DAN

Langkah-langkah tersebut.
1) Menjerit sekuat hati di tengah tengah kumpulan badut sambil pegang erat baju badut tu.
2) Menangis kat situ tanpa mempedulikan apa yang sedang berlaku dan berharap daddy I nampak I tengah melalak.
3) LARI.

Setelah memikirkan pro and cons langkah langkah tersebut, I buat keputusan untuk pilih langkah ketiga. LARI. Tapi sebelum lari, I kena cari dimanakah radar daddy I pergi. I scan satu persatu dan dah jumpa. Daddy I ada dengan abang I kat sudut sebelah kiri. Diorang tengah tengok badut buat belon. I apalagi terus berlari TANPA melepaskan tangan I yang berpaut pada baju badut tu. Badut tu pun ikut berlari sama dengan I then I rasa terancam sebab "apehal hengko ikut lari dengan aku?" but then baru perasan tangan I pegang baju dia. I dengan rasa insecure tahap innocent ntahpapeje terus pijak kuat kuat kaki badut tu then I lepaskan tangan I.

Terus I dapatkan daddy dan abang I, I tarik tangan daddy I ajak balik sebab I tak sanggup nak harungi ombak zombi di depan mata I masa tu. Daddy dan abang I follow je. Balik rumah terus daddy I cerita kat my mom.

My mom gelakkan I. Then my mom tanya soalan yang buat I serba salah the whole day.

"Mana KFCnya?"


No comments:

Post a Comment