Monday, April 9, 2012

Pengalaman bekerja di kilang.

Assalamu'alaikum.

Esok adalah hari last aku kerja kat kilang McTronic, Benut.
Seronok rasanya. Tapi sedih juga. Kilang? What the yellow?
Why must kilang? Kerja berat, gaji sikit. Well, actually seronok weh.
Kerja manamana pun sama je. Asalkan kauorang pandai jaga diri.

Dah sebulan lebih aku kerja. Aku kenal semua pekerja production situ.
Mereka baik. Peramah. Sporting. Banyak tolong aku.
Aku bekerjasama dengan warga Vietnam, Myammar, Indonesia dan Nepal.
Hopsss, Malaysian pun ramai okayy. Actually dorang taklah teruk pun.
You all hormat dorang, dorang pun hormat la you all.

First time masuk sini. Serius, seminggu tak lalu aku makan. PENAT.
Mana taknya, kerja aku tak duduk LANGSUNG! 12 Jam berdiri.
Aku ni dah la tak pernah berdiri lebih 2 jam. Inikan 12 JAM!
But masuk minggu kedua, dah takda apa dah. Alah bisa, tegal biasa broo!
Kerja aku simple, tapi kena teliti. Hihik, tapi tu dulu.
Sekarang kerja aku training budakbudak baru masuk. Fuhh macam *bos pulakk :P


Kena marah? Hahaha dah biasa kena marah dengan leader dan bos.
So what? Dorang nak marah pun sebab kerja kita tak betul kan.
So buat apa dorang suruh, senang. Bos senang hati, kita pun senang hati.

Esok aku last, aku rasa macam kejap je aku kerja.
Aku macam sayang nak berhenti. Aku macam nak sambung balik.
Hmm, Takpe nanti aku fikir nak sambung balik ke tak. HEHE.
Bukan apa, aku dah kenal semua orang kat production tu.
Seriusly, aku akan merindui mereka semua. Baik local mahupun luar negara.


Btw, kerja kilang ni banyak mengajar aku erti sabar.
Erti penat lelah mencari rezeki. Pengorbanan untuk diri sendiri.
Hohoh, ingat kerja kilang gaji sikit ke? Banyak wooo. Tak caya?
Jumpa aku nanti, aku bagitahu berapa. Kat sini tak syiok ahh.
Hehe, okayy byee.

Assalamu'alaikum.

No comments:

Post a Comment