Tuesday, February 10, 2015

Part 1 :Projek Klinik Mini MITEC Bermanifesto Gituh

Ni cerita masa semester lepas when I was 20 years old (Kena akui tahun ni dah 21 tahun sobss dulu mak aku umur 21 dah anak sorang OMG terasa tua tapi boipreng takda lagi)

Amboi kemain Tini kau membebel seorang diri di blog. Kepada yang baca blog I ni, harap jangan ada hard feeling ya sebab saya tengah mood gila sikit. Kau fikir la dah bakpe Tini duduk bertenggek kat tepi tingkap sambil nyanyi lagu "Mara perkasaaa menjunjung amalan muliaaa....~~~" pastu bila orang lalu tepi tingkap "Hai awakk, nak signature kita tak?". Kejadian berlaku pada ketika roomate saya tiada di bilik.

Mampos kalau dia ada dalam bilik, dengan lincahnya dia akan piat piat telinga saya dan tanya "Aku tanya apa kaba? Aku tanya apa kaba? Aku tanya apa kaba?" sambil shuffle depan saya. Maka kami pun berjoget bersama. Kecoh dalam bilik macam apa je.

Halahhh halahhh panjangnya introduction. Mahapp mahapp.

Haa ni cerita bermula pada suatu hari di negeri Langkasukahatiakulanakbaginamaapapun.

Ni cerita pasal gorup Project Management aku. Ohh maap typo. Group Project Management.
Group aku ni buat projek pasal Mini Clinic at UniKL MITEC. Kelas kau Bedah nak bersalin boleh pegi sini siap ada bidan sambut baby malah ada doktor hensem lagi. Ok takdelah sampai Bedah boleh bersalin. Tapi doktor hensem tu ada dalam perancangan bagi menjana pendapat sesebuah klinik. Amboi gituh.

Projek ni dibuat selama berbulan bulan lamanya (3 bulan lebih je) oleh kami kami semua. Siapa lagi kalau bukan group aku. Dipendekkan cerita masa final presentation, aku dan roomate aku yang kena present projek kami. Jenis aku ni memang present spontan. Tak reti nak hafal hafal. Sebelum presentation amboihh semua membisu je tegang je muka kalah ketegangan kulit ketika memakai As Beauty. Amboi metaforanya Kak Tini ni.

I la yang pakai tudung pink tu. Sebelah I tu Project Planner and sebelah tu lagi Secretary I yang setia menyimpan segala Secret I sebab I selalu belanje dia Secret Garden. Haruslah my secretary bersih supaya I senang hati. I tengok building plan tu, I jadi berdebar. Sebab I belum makan lagi masa ni jadinya I masam mencuka dan pada ketika inilah I hampir bertukar menjadi kannibal. Mujur Secretary I sumbat Secret Recipe ke mulut I takdelah I meroyan guling guling.


Masa presentation, I takboleh terima kenapa second presenter pegang pasu bunga masa I tengah present. I ada gambar tu tapi mana entah I letak mungkin sebab I terlalu takboleh terima second presenter terlalu menyokong I dari belakang dengan menjulang julang pasu bunga bila I dah habis present. Biasa orang lempar bunga after present, tapi kalau member I tu baling pasu bunga ke I lepas habis present. Maka ketahuilah team I kena kerja keras untuk merealisasikan projek Mini Clinic in UniKL MITEC ni. I lah orang pertama yang daftar sebagai pesakit ICU.

Dah habis final presentation, semua senyum kambing sesama sendiri. I rasa kalau kambing tengok pun diorang menangis air mata pelangi sebab depa tahu depa tak setanding kambingnya berbanding kawan kawan I punya senyum ni. I pulak tetiba jadi seram dengan diorang. I berharap I bukan berada dalam program Misteri Jam 12 ataupun Misteri Nusantara ataupun Mistik Alam Hitam sebab member member I ni punya senyum sampai koyak pipi diorang. Errr.

Sebuah lembaga, maaf seorang lembaga bewarna merah dikesan sedang bergembira selepas habisnya presentation dan kelihatan semuanya seperti berada di alam bawah sedar kerana I selfie sorang sorang tanpa dipedulikan sebab mereka terlalu amat sangat gembira sampai mempunyai sifat sifat gas yang dimana volatile dan less density for one room. Aktif sangat lepas final presentation sampai I boleh rasa kasih sayang sebuah dinding dek kerana I kurang diberi perhatian selepas itu. Sayang dinding.


Tapi kegembiraan dan ke-volatile-an mereka tak tahan lama......................................(saja kasi titik banyakbanyak)

Sesi tazkirah oleh Pak Long (Bukan nama sebenar) sedikit sebanyak telah menginsafkan kami semua bahawa volatile dengan membiarkan I bercakap dengan dinding adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Kegembiraan Hakiki Haruslah Dikongsi Bersama, Seksyen 22 Kanun Kegembiraan yang boleh dijatuhkan hukum hiburkan I selama setahun jika disabit kesalahan.


Selepas semua kembali kepada normal, I pun ajak la bergambar ramai ramai supaya ada kenangan bersama bersama tempuhi segalaaa saat indah akan tibaa~ (nyalakan lighter ramai ramai sambil ayun ke kiri dan kanan kelas kau romantik sangat menangis pengarah Romantika)

Selepas kena tazkirah dengan Pak Long, mereka menjadi sopan dan bertatasusila dah. I pulak jadi awkward bila member member I ni menunjukkan ciri ciri eksekutif yang bersinar dan bergemerlapan sembilan sepuluh sebelah sampai habis.

I fikir itu permanent, tapi....

Sangkaan I meleset sama sekali. Dengan I sekali terjebak sama. Haaa takpe I terjebak sama ok. Takdalah I menumpang kasih sayang dinding. Seems like depa menunjukkan reaksi yang berbeza beza selepas habis pembentangan projek. Maafkan muka I yang umpama kelemasan di lautan bergelora. Haa tengok Project Planner I begitu bersemangat waja menggengam bara api biar sampai jadi abu bakar ella. I la Ella tu (flip tudung.) Pak Long masih di awang awangan barangkali dia pula yang berkasih sayang dengan dinding. 


Okay Kak Tini rasa sampai situ je hakak tulis. Nantikan Part 2 : Berpiknik Pizza Ala Ala Tepi Pantai .
Kak Tini nak sambung bertenggek di tingkap. Bye.

1 comment:

  1. Mesti model mini clinic hang cantik kn..aku nk tgk nnt leh x..hehe

    ReplyDelete