Saturday, April 7, 2012

Aku sayang mak ayah aku.(:

Assalamu'alaikum.
Aku tak tahu kenapa aku dilahirkan.

Orang cakap aku dilahirkan sebagai tanda rezeki kepada mak ayah aku.
Mereka cakap aku dilahirkan untuk berbakti kepada ibu bapa aku.
Ada juga yang mengatakan aku dilahirkan ke dunia untuk menjadi khalifah Bumi.



Mana satu harus aku percaya?
Ahh tigatiga sebenarnya sama je.
Aku ni cuma manusia biasa. Aku tak sempurna.
Ya, in fact Allah dah jadikan aku cukup sifat.
Tapi itu luaran saja.

Aku ni pelupa. Selalu lupa.
Aku lupa siapa orang pertama yang aku lihat setelah mata aku terbuka.
Ahh kalau aku ingat pun, entah mereka hidup lagi atau tak.
Terima kasih doktor kerana tolong rawat mak aku.
Terima kasih Allah kerana masih panjangkan usia mama.
Aku taktau apa jadi andai mak aku tewas dalam pertarungan melahirkan aku.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah.
Aku masih boleh berkongsi suka duka. Pahit manis.
Bersama insan yang dipanggil mak dan ayah.




Aku juga fikir. Dalam tempoh hampir 18 tahun.
Tipulah kalau mereka tak pernah kecewa dengan sikap aku.
Tipulah kalau mereka tak pernah marah dengan kedegilan aku.

Tapi setiap hari aku cuba perbaiki diri.
Mungkin hari ni aku kecewakan mereka.
Namun aku taknak ulangi kesilapan lalu.

Makan. Pakai. Tempat tinggal. Duit.
Kemahuan aku. Semua mereka bagi.
Aku yang tamak. Minta lebih. Tapi tu dulu.
Sekarang aku cuba berdikari.

Aku mahukan selepas ini aku yang berikan mereka segalanya.
Aku mahukan selepas ini aku merasai apa itu pengorbanan.
Ya, mungkin tidak sama pengorbanan mereka kepada aku.
Tapi aku mahu jika diberi peluang. Mungkin tidak sekarang.
Mungkin tidak esok. Tapi masa mendatang dan selamanya.
Sehingga hembusan nafasku yang terakhir.


Terima kasih mak. Terima kasih papa.
Mungkin mereka tak baca. Mungkin mereka taktahu.
Tapi walau apapun, aku tetap mendoakan buat mereka.
I love you my superdupercool PARENTS! (:



Pada mereka, aku anugerah terindah dalam hidup mereka.
Pada aku, mereka anugerah yang diamanahkan Allah untuk dunia dan akhirat.(:

Assalamu'alaikum.

2 comments: