Tuesday, May 14, 2013

Episod Keempat: Bahagian Dua.


Beginning je dah gambar pasukan boria.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan.
Hari ni baru saya berkesempatan untuk update episod 4 bahagian 2. Entry kali ni adalah sambungan daripada

Yes! Pasal boria. Kita tengok kat TV macam senang je nak buat boria kan. Nyanyi joget semua. Tapi ekceli buntu juga la nak pikiaqq apa nak buat. Maka pencarian lagu lagu boria pun bermula. Nak jana idea susah beb. Lagi kalau kita tanya sorang demi sorang tapi semuanya pasif untuk memberikan respons. Hanya mampu merenung mereka dengan pandangan belas kasihan je la.


Ini masa latihan boria, sempat sempat je ni sebelum kena marah dengan ketua. Hihihi


Agak lama juga la kitorang berbincang mengenai props lagu tarian sketsa semua tu. Penari boria kelas saya cuma 10 orang. Kot. Tak silap la. Lima perempuan lima lelaki. Pelakon sketsa boria kitaorang pulak ada 7-10 orang gitu la. Tak ingat la. Ihiks. So bermulanya latihan kami. As you know, life kat matrik totally packed with classes. Bayangkan la pukul 8 pagi sampai 5 petang kitorang ada kelas. So bila latihan?

MALAM LAAA!
Peh penat boleh? Bukan mengeluh cuma berkata. Tiga bulan untuk prepare sebelum pertandingan mini KAKOM. Okay here is our plan:
Habis kelas balik bilik terus mandi pergi makan solat then cepat cepat siapkan tutor. Then malam pukul 9 malam turun ramai ramai buat latihan boria. Sampai bila? Sampai kena halau dengan pak guard yang naik motor ada bendera Malaysia kat belakang dia bawak ronda ronda dengan muka santainya. Amboi kemain pak guard semangat kebangsaan.


Muka penat sungguh dipaksa senyum dengan hati tak rela siap ada tulisan KEMEK. Saya namakan ini senyum KEMEK.

BUT...
biasalah janji orang Melayu kiteee. Masa memula je awal punctual datang turun buat latihan. Bila masuk bulan kedua terus---- Janji pukul 9 malam tapi datang pukul 10 malam. Ada tu sampai tak datang langsung. Biasa alasan banyak tutor nak buat itu ini. Hihihi macam la saya dan kawan kawan saya yang lain yang turun latihan ni takda kerja nak buat. But biasalah tu kan. Dah faham sangat. Dan kadang kadang tu dah boleh agak muka muka yang bakal tak datang latihan.





Kami semua mula bagi kerjasama yang padu bila sebulan sebelum nak pertandingan tu. Cindarella punya perangai. Hahahaha. Daripada situlah kitorang semua bersungguh sungguh buat sehabis baik. Ada masa terluang sabtu ahad kami akan buat latihan. Kadang kadang rasa nak balik rumah tido makan tido makan berenang kat bilik air lelama. Sebab tak tahan penat sungguh. Konon macam nak angkat bendera putih time tu. Ngadu kat kekawan nak berhenti matrik. Dan dan nak berhenti matrik. Terus dilempangnya saya lelaju. "Dah nak habis sem 1 pun yang kau ngada ngada nak berhenti pehal?" Ok tak jadi berhenti.

So which part am I? In boria? I am dancer! Pegh jalan macam harimau kekenyangan ni pun layak jadi penari boria? Tapi siapa kesah?
Masa memula menari macam tungguh kayu tahu tak. Tahu apa itu tunggul kayu? Tak tahu? *facepalm versi 9GAG*

Introducing, tunggul kayu. Sobs.
Tapi, Setiap kali latihan, saya cuba buat sungguh sungguh untuk lembutkan gerak tari saya. Alhamdulillah walaupun tak lembut mana tapi ada la juga lenggok tari boria. Hihihi.

Pemilihan lagu? Jap. Lekluu. Tema boria kelas saya adalah jauhi buli. Well pelakon pelakonnya mostly lelaki la kan. Sebab perempuan kelas saya semua muka soft soft je. I mean softspoken. So lelaki je la ungguli sketsa boria kelas saya. Masa latihan paling best la. Berlakon macam tak semangat je. Tapi masa seminggu sebelum pertandingan, fuh aura dia lain sikit woo. Same goes to the dancers. Semua jadi semangat nak buat boria. Lagu yang kitorang pakai mix la. Ada boria. Ada kopi dangdut. Nak tengok video? Dekat FB saya okay.










We all semua berbincang dan sepakat, apa pun terjadi. Anggaplah kita semua dah buat yang terbaik dan janji kita semua berseronok on that competition day. So sehari sebelum pertandingan kitaorang ada raptai penuh pertandingan. Omak aii. Semua hebat hebat seh. Rasa macam dedor. Tapi apa kami kisah? Kami cuba buat yang terbaik. Kalah menang itu rezeki.

Maka hari pertandingan pun kunjung tiba. Persiapan pakaian, props, latar, sound effect, PA system semua dilakukan di Dewan Sri Ledang. Time tu macam kecut jugak la. Kelas saya punya giliran adalah ke berapa entah. Tapi betweeny 5-9 kot. Lupa dah. So sementara tunggu giliran, kami semua buatlah latihan penuh di luar dewan. Makin hari menginjak ke tengahari, makin ramai la penonton datang memeriahkan dewan.

Bila dah habis kitorang punya boria, semua rasa lega sangat. Kelas saya semua berkumpul di luar dan ambil gambar kenangan bersama pensyarah kokurikulum kami. Lepas tu memasing buat hal memasing. Ada yang telefon la. Ada yang amek gambar tak sudah.





Akhir kata, itulah sedikit sebanyak pengalaman saya ber-boria di matrikulasi. Bitter-sweet memory. Bitter? Sebab boria la kami pernah bergaduh sampai ada yang menangis. Sweet? Sebab boria la kami dapat mengeratkan lagi persahabatan antara kami.

Sekian, terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.

2 comments:

  1. As salam kak nk tnye yg bju warna oren tu tempah ke klu tempah boleh tnye dkt mana akak busy

    ReplyDelete