Friday, May 3, 2013

Episod Ketiga.

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak cerita pasal ber-bulan Ramadan di matrik. First time puasa kat kolej ni. Awuwuwu. Aku ingatkan puasa dapatlah cuti seminggu kan. RUPANYA TAK. Dapat berpuasa dengan family sehari je. Okay. Mind set time tu fikir :

"Boleh ke aku tahan penat berpuasa sedangkan ada kelas pada bulan Ramadan ni? Pukul 8 pagi hingga 5 petang? Boleh ke aku fokus study?"

Fuh fuh ayat macam budak tiga empat tahun yang baru nak belajar berpuasa. By the way takdalah teruk mana berpuasa dalam masa yang sama ada kelas dari pagi sampai petang. Seronok tau berpuasa di matrik ni. Masa memula puasa kekonon gedik la kan satu kuliah buat muka takda semangat nak belajar. Lecturer-lecturer yang tengok pun macam "Alaaa siannya bebudak ni takpelah minggu pertama la kan bagi la can kat dorang dismiss awal"

HAHAHA so fun okay.
Yes! Cikgu bagi dismiss awal. BAGUS.

Tapi.

Masuk minggu kedua, kitorang buat agenda sama(muka tak semangat nak study.)
And lecturer was like :

"Berani kau kata TAKNAK belajar, nanti panda ni datang dalam mimpi ngeri kauorang baru tahu"
*Siapa pernah tengok iklan panda ni, dia tahu maksud aku.

------------------------------------------------------------------------

Sahur apa? Berbuka apa? Kafe bukak ke time bulan puasa? Macam mana orang non muslim kalau lapar?
Okay aku cerita kat sini.

Matrics life is quite busy. Busy nak study. Busy nak basuh baju. Busy nak iron baju. Kalau ada kelas malam. Busy nak kelas malam lagi. Lots of thing to do. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kalau dulu kat rumah sahur sedap sedap. Mak masak sampai 3 jenis lauk tapi habis juga dimakan oleh anak-anak beliau.

Di matrik? Aku cuma sahur nasi kosong lauk ayam goreng. Tanpa kuah. Sedap ke? Honestly aku cakap. SEDAP! Taktau la kenapa. Setiap hari aku sahur benda yang sama. Nasi kosong dan ayam goreng bungkus polistrin ikat tepi. Cewah. Janji dapat isi perut ni jadilah kan. Air pulak air kosong je. Memula macam nak nanges jugaklah fikir family kat rumah mesti makan sedap sedap. Tapi aku yang pilih jalan ni. So kenalah tempuhi walau apa pun terjadi.

And this was my first experience. Ada satu hari tu, nak bersahur. Nak makan nasi dengan ayam sambal *menu lain hari tu*. Tetiba tengah sedap makan baru aku perasan ada seekor lalat telah selamat disemadikan di dalam sambal tersebut. Maka dengan itu aku pun buanglah semuanyaaa. Tak sahur aku hari tu. Sobs. Takpe dugaan semua tu. Mungkin memang takdir aku untuk sahur nasi dan ayam goreng je sampai habis ramadan. Hihihi.


As your information, kafe memang tak bukak time puasa. So non muslim pun kena turut berpuasa sekejap. Bekalan dorang mungkin biskut dalam almari or air masak je. Tapi aku tahu mereka semua tak kisah kalau tak makan. Sebab setiap petang ada bazar di KMJ yang menjual pelbagai jenis lauk dan juadah berbuka. Aku respect jugaklah kat dorang. Sangat menghormati Muslim berpuasa. Dorang tak makan depan kami yang sedang berpuasa. Minum air tu adalah. Tapi tak terliur pun.

Petang ada bazar Ramadan. Ada ah lebih kurang 15 khemah didirikan kot. Macam macam dijual. Tapi tak banyak macam kat luar la kan. Setiap hari menu berbuka aku berbeza. Kejap Nasi Tomato la. Kejap Laksa Penang la. Kejap roti jala. Kejap kebab. Kejap nasi ayam. Kuih muih wajib ada. Hihik, pastu time berbuka duduk berempat kat bilik makan reramai. Pastu solat. Ah seronoknyaa.

View dari atas tingkat ke seratus empat puluh lapan di blok Al-Biruni. Khemah khemah bazar Ramadan.


Tapi ada satu jenis nasi yang sampai sekarang buat aku ingat iaitu "Nasi Ombak Rindu Menangis Izzah bila Hariz Ungkapkan Cinta Buat Dirinya" Err. Kejap. Nama sebenar "Nasi Ombak Rindu" je. Yang belakang tu saja tambah. Aku beli nasi tu, makan. Fuh terasa bagai menaiki kapal Titanic sambil mendepakan tangan dan menjerit "Dolphin dolphin sekalian, bawalah aku ke duniamuu~~"

"Wassup dude! Soalan gua sekarang, lu reti berenang tak?"


Macam seminggu sebelum ups tu kitorang ada buat majlis iftar bersama praktikum memasing. Okayy time tu agak teruja la kan. Duduk reramai makan kat masjid. Masa azan berkumandang tu, kitorang semua makan kurma je dulu 3 biji gitu la. Pastu amek wuduk solat magrib jemaah. Then baru sambung makan.

Berikut adalah gambar praktikum aku sebelum, semasa dan selepas iftar bersama. (gambar tak ikut turutan.)


For the first time nampak Thiru pakai baju melayu. Proud of you!






Selepas iftar. Dah kemas kemas. Balik? NO! Bergambar dulu.





Ladies and guy? :D










"Nah amek ni tini aku suap segenggam kat kau!"
"Boleh shida, tangan kau pun aku boleh makan."
Lalalala~~






Makan berdulang bersama mentor MD15.



Sekian saja untuk episod ketiga. Terima kasih kerana membaca! :D
Assalamualaikum.

Majlis Iftar Perdana Kolej Matrikulasi Johor. *Bersama roomates & jiran depan bilik.* Hihihi.

4 comments:

  1. lagi 2 bulan nk puasa.... B-)

    http://ifaizi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. seronoklah sahur pun dpt mkn ayam goreng..
    kitorang dulu makan biskut "mayat" ngan air susu jek..

    ReplyDelete
  3. weh tinot share bende newh kt FB kmj batch kite, mesti dorg bace nye.. haha :D

    ReplyDelete